Fahmy Reza

Sheikh Zulfahmy Reza Sheikh Abdul Ghani (lahir 9 Disember 1990) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seninya sebagai pelakon bermula dari tahun 2014. Nama beliau semakin dikenali selepas membintangi drama rantaian slot Akasia di TV3 iaitu drama Biar Aku Jadi Penunggu dengan memegang watak sebagai Rafaal Haziq.[1]

Fahmy Reza
FahmyReza.jpg
Kelahiran
Sheikh Zulfahmy Reza bin Sheikh Abdul Ghani

(1990-12-09) 9 Disember 1990 (umur 32)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2014–kini
Terkenal kerana
Ketinggian6 ft 1 in (1.85 m)

KerjayaSunting

Beliau memulakan kerjaya hiburan pada 2014 di bawah naungan Metrowealth International Group, ketika itu beliau berusia 24 tahun. Hanya pada tahun 2016, beliau menjadi perhatian umum setelah berlakon bersama Alif Satar dan Siti Nordiana dalam drama slot Megadrama Astro Ria Dia Semanis Honey yang mana beliau memegang watak sisi gelap sebagai Naqib.[2]

Nama beliau juga semakin melonjak naik pabila berlakon bersama Ashraf Muslim dan Janna Nick dalam Biar Aku Jadi Penunggu (2016) sebagai Rafaal Haziq di slot Akasia TV3.[3]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Terbitan
2015 Banglo Berkunci Mangkin Prestij
2015 Keranda Tok Wan Terbang Metrowealth

DramaSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2019 Kl Meroyan Tino RTM
2018 Makmun Yang Paling Aku Cinta Mustafa Hypp Tv
2018 Split tv Series Akim Astro Citra
2017 Kerna Syurga Bukan Percuma Aiman Astro Oasis
2017 Mencintaimu Mr. Photographer Akmal Astro Ria
2017 Pembancuh Kopi Mr. Vampire Megat Benjamin Hypp Tv
2017 Biar Aku Jadi Penunggu Rafaal Haziq TV3
2016 Dia Semanis Honey Naqib Astro Ria
2016 Si Kolot Suamiku Badrul
2016 Hantu Punya Bos Azham TV3
2021 Masih Ada Rindu Badrul
2022 Suamiku Lelaki Pendosa Reza
Seribu Nina Sado Viu

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2017 Obses HyppTV
2017 Pony Shoes Merah Jambu Faris Fitri
2016 Abang Sadoku Kekwat Ustad Lufti
2015 Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku
2014 Selamat Hari Raya Aidil Dan Fitri Mamat Gila

Muzik videoSunting

Tahun Tajuk Lagu
2015 Ost Suamiku Jatuh Dari Langit
2015 David Teo - Kawan Lama

RujukanSunting

Pautan luarSunting