Hantu Punya Bos ialah sebuah siri drama televisyen komedi romantik Malaysia 2016 dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Intan Najuwa.[1] Diadaptasi dari novel 2013 bertajuk sama karya Dekna Lee, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 28 Disember 2016 hingga 31 Januari 2017 menggantikan Love You Mr. Arang.[2][3]

Hantu Punya Bos
Genre
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Dekna Lee
PenciptaDekna Lee
Ditulis olehDekna Lee
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Hantu Atau Buaya" oleh Nana Sheme
Lagu penutup"Hantu Atau Buaya" oleh Nana Sheme
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
PenerbitDavid Teo
Tempoh siaran20 minit
Syarikat pengedaran
MIG Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal28 Disember 2016 – 31 Januari 2017

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

SinopsisSunting

Mengisahkan Abby (Intan Najuwa) yang mengambil keputusan secara mengejut untuk menggantikan tempat kerja sahabat baiknya, Diela kerana memerlukan wang untuk mengubati ibunya yang sedang sakit di kampung. Diela pula tidak sabar untuk berhenti bekerja dengan bos yang berperangai seperti hantu. Arrayyan (Shukri Yahaya) terkejut apabila Diela dapat cari penggantinya dalam masa yang singkat. Namun, Arrayyan akur dan menerima Abby sebagai pembantu peribadinya. Yang Arrayyan tidak sangka, sikap Abby yang cepat melatah dan suka menjawab bakal mencabar dirinya sebagai seorang bos yang sering ditakuti oleh pekerjanya.

Pada hari pertama, Arrayyan menyuruh Abby memperkenalkan diri kepada semua staf. Abby cemas dan terus dimarah oleh Arrayyan, Abby menjawab secara spontan dan membuatkan semua orang terpaku dengan keberaniannya. Arrayyan memaafkannya sebab baru hari pertama Abby bekerja. Arrayyan mula naik angin apabila Abby membalas tengkingannya. Itu merupakan kali pertama Arrayyan ditengking dalam seumur hidup. Pada mulanya, Arrayyan sukar untuk menerima telatah Abby yang suka melatah. Namun, dia akur apabila Abby segera meminta maaf.

Seluruh pejabat mentertawakan Arrayyan yang terkebil-kebil ditengking Abby. Oleh kerana terlalu bengang, Arrayyan hendak memotong gaji semua orang sebanyak 20%. Abby rasa bersalah dan meminta Arrayyan memotong gajinya. Dato’ Zainuddin, ayah kepada Arrayyan membuat lawatan mengejut ke pejabat. Dia memerhatikan sikap garang Arrayyan pada Abby. Dato’ Zainuddin berpesan kepada Arrayyan untuk mengawal kemarahan. Dato’ Zainuddin turut memberi amaran supaya Abby ialah pembantu peribadinya yang terakhir.

Pada masa yang sama, Abby berusaha mengambil hati Arrayyan. Arrayyan mula tertarik dengan kepetahan Abby ketika berinteraksi dengan klien. Kerjaya Abby yang baru bermula di syarikat Arrayyan terjejas dengan tuduhan bekas majikannya, kononnya dia dipecat kerana menggoda bos. Arrayyan marah dan mahu memecat Abby. Apakah jalan penyelesaian yang dilakukan oleh Arrayyan untuk mengetahui perkara sebenar tentang pembantu peribadinya itu? Adakah perbuatan Abby itu seburuk seperti diperkatakan?

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Pelakon kanak-kanakSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Drama Hantu Punya Bos (TV3)". My Infotaip. 27 Disember 2016. Dicapai pada 7 Mac 2017.
  2. ^ Tahir Alhamzah (29 Disember 2016). TELLY TALK: The Boss from hell New Straits Times. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  3. ^ Budiey (26 Disember 2016). Drama bersiri Hantu Punya Bos lakonan Shukri Yahaya dan Intan Najuwa Sensasi Selebriti. Dicapai pada 7 Mac 2017.
  4. ^ Hantu Punya Bos (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Mei 2018.
: Slot Iris, Setiap Isnin Hingga Khamis, 6:30 Petang
Sebelumnya Hantu Punya Bos Berikutnya
Love You Mr. Arang Abang Sado Jemur Kain