Hantu Punya Bos (novel)

novel 2012 oleh penulis novel Malaysia, Dekna Lee

Hantu Punya Bos ialah novel 2012 oleh penulis novel Malaysia, Dekna Lee. Novel ini diterbitkan pada Ogos 2013 oleh Love Novel Enterprise. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2016.[1]

Hantu Punya Bos
Umum
PengarangDekna Lee
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, komedi
Penerbitan
PenerbitLove Novel Enterprise
Tarikh penerbitan
Ogos 2013
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman592
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789671188248

Sinopsis sunting

Bekerja sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu.

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! Melatah! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?

Keluaran dan legasi sunting

Hantu Punya Bos dikeluarkan pada 2013 oleh Love Novel Enterprise. Pada tahun 2016, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Iris bermula 28 Disember di TV3, dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Intan Najuwa.[2][3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Hantu Punya Bos by Dekna Lee". Goodreads. Dicapai pada 7 Mac 2017.
  2. ^ Tahir Alhamzah (29 Disember 2016). TELLY TALK: The Boss from hell New Straits Times. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  3. ^ Budiey (26 Disember 2016). Drama bersiri Hantu Punya Bos lakonan Shukri Yahaya dan Intan Najuwa Sensasi Selebriti. Dicapai pada 7 Mac 2017.