Novel [no-vél] atau juga roman[1]:II ialah suatu bentuk sastera terdiri daripada karangan prosa panjang yang ditulis seseorang penulis (novelis) mengandungi rangkaian cerita kehidupan seseorang watak dengan orang sekelilingnya dengan menonjolkan perwatakan dan sifat setiap pelaku dalam kisah yang diceritakan secara bahagian tertentu dalam bentuk bab mengisahkan permulaan, konflik dan peleraian. Tebal dan panjang novel ini amat diambil kira yang membezakan penulisan bercerita ini dengan cerita pendek; malah panjang sebuah novel masih menjadi hal penentu dipakai kebanyakan anugerah sastera sebagai kriteria penilaian.[n 1]

Novel yang mudah lazim mengisahkan suatu "wira" atau hero yang mudah dikenali. Walter Scott mendefinisikannya sebagai "narasi fiktif dalam bentuk prosa atau sajak. Tujuannya adalah menjadikan peristiwa di dalamnya sebagai peristiwa yang luar biasa dan jarang terjadi", sementara dalam novel "peristiwa-peristiwanya adalah rentetan peristiwa nyata yang biasa terjadi dalam kehidupan manusia dan keadaan masyarakat saat itu".[3]

PeristilahanSunting

Kata "novel" berasal dari bahasa Itali novella bererti "baru", "berita", atau "cerita pendek mengenai sesuatu yang baru", dan kata itu sendiri berasal dari bahasa Latin novella, bentuk jamak dari novellus yang disingkatkan kepada novus, yang turut memberi erti sama.[4]

"Roman" juga merupakan istilah berkait rapat yang difahamkan adalah cerita panjang atau karangan berprosa yang melukiskan perbuatan pelakunya menurut watak dan isi jiwa masing-masing - kata ini datang daripada kecenderungan karya-karya sebegini ditulis dalam bahasa-bahasa Romawi (langues romanes, lingue romanze) berbanding bahasa Latin yang dianggap terhad dalam lingkungan formal[5] di mana karya-karya ini sering mengemukakan tema pengembaraan, kesetiaan dan kehormatan.[6] "Roman" pernah digunakan sepadan dengan medium bernama "novel" dalam konteks bahasa Melayu semasa zaman Poedjangga Baroe.[1]:II[7] sebelum nama "novel" menjadi lebih dominan lewat abad ke-20.

Banyak karya yang digelar roman, termasuk roman-roman historis karya Scott,[8] Wuthering Heights karya Emily Brontë[9], dan Moby-Dick karya Herman Melville,[10] sering juga disebut novel. Roman yang disebutkan di sini berbeda dengan roman percintaan fiksi populer atau novel roman. Malah, bahasa-bahasa Eropah lainnya tidak membedakan antara roman dan novel: "a novel is le roman, der Roman, il romanzo."[11]

Tujuan penulisanSunting

Novel ditulis dalam bentuk prosa bertulis kerana ceritanya panjang, tidak dapat dihabiskan dalam masa sejam dua. Ada novel yang tebalnya 1000 muka surat. Novelis akan menggambarkan tentang sesebuah zaman dan lazim diadunkan dengan percintaan antara hero dan heroin.

Karya agungSunting

Masyarakat pembaca digalakkan membaca karya agung atau novel agung yang tersebar di seluruh dunia atau di sesebuah negara.

Karya agung biasanya tentang sebuah cerita lengkap sesuatu zaman atau era. Contohnya percintaan semasa Perang Dunia Kedua. Ia akan diadun dan diselitkan dengan falsafah dan konflik kemanusiaan supaya dapat menyentuh hati nurani pembaca. Cerita sedih dan dapat mengalirkan air mata pembaca lebih menarik dan diingati berbanding ceritas kelakar.

NotaSunting

  1. ^ Anugerah Nebula diberikan oleh organisasi The Science Fiction and Fantasy Writers of America misalnya menetapkan kategori novel sekiranya melebihi 40,000 patah kata, novela antara 17,500-39,999 patah kata, novelet antara 7,500-17,499 patah kata dan cerita pendek kurang daripada 7,499 patah kata.[2]

RujukanSunting

  1. ^ a b "'roman' - Maklumat Kata". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 22 Jun 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ "Nebula Rules" (dalam bahasa Inggeris). Science Fiction and Fantasy Writers of America, Inc. Dicapai pada 14 Julai 2016.
  3. ^ "Essay on Romance", Prose Works volume vi, hlm. 129, dikutip dalam "Introduction" to Walter Scott's Quentin Durward, ed. Susan Maning. Oxford: Oxford University Press, 1992, hlm. xxv.
  4. ^ Burgess, Anthony. Novel. Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 02-08-2009. Periksa date values in: |accessdate= (bantuan)
  5. ^ Schellinger, Paul (8 April 2014). "Novel and Romance: Etymologies". Encyclopedia of the Novel. Routledge. m/s. 942. ISBN 978-1-135-91826-2.
  6. ^ Saul, Nicholas (9 Julai 2009). The Cambridge Companion to German Romanticism. Cambridge University Press. halaman 1–. ISBN 978-0-521-84891-6.
  7. ^ Sarwadi (2004). Sejarah Sastra Indonesia Modern. Yogyakarta: Gama Media.
  8. ^ "Introduction" to Walter Scott's Quentin Durward, ed. Susan Maning, hlm. xxv-xxvii.
  9. ^ Moers, Ellen (1977). Literary Women: The Great Writers (dalam bahasa bahasa Inggris). Oxford University Press. ISBN 978-0195035827.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  10. ^ McCrum, Robert (13-01-2014). "The 100 best novels: No 17 – Moby-Dick by Herman Melville (1851)". The Guardian (dalam bahasa bahasa Inggris). Dicapai pada 14-07-2016. Periksa date values in: |accessdate=, |date= (bantuan)Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  11. ^ Doody 1997, halaman 15

Bacaan lanjutSunting

  • Ballaster, Ros (1992). Seductive Forms: Women's Amatory Fiction from 1684 to 1740. Oxford: Clarendon Press. ISBN 0-19-811244-0.
  • Doody, Margaret Anne (1997), The True Story of the Novel (dalam bahasa bahasa Inggris), New Brunswick, NJ: Rutgers University Press, ISBN 9780813524535Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  • Relihan, Constance C. (ed.), Framing Elizabethan fictions: contemporary approaches to early modern narrative prose (Kent, Ohio/ London: Kent State University Press, 1996). ISBN 0-87338-551-9