Anugerah Nebula mengiktiraf secara tahunan karya terbaik cereka sains atau fantasi yang diterbitkan di Amerika Syarikat.

Anugerah Nebula dianugerahkan Penulis Sains Fiksyen dan Fantasi Amerika (SFWA) untuk cereka sains atau fantasi yang diterbitkan pada tahun sebelumnya. Anugerah Nebula pertama dimulakan pada tahun 1966 untuk karya yang diterbitkan pada tahun 1965. Antara kategori Anugerah Nebula ialah novel terbaik, novela terbaik (17500 - 40000 patah perkataan), novel kecil terbaik (7500 - 17500 patah perkataan), cerpen terbaik dan lain-lain. Anugerah Nebula disifatkan sebagai salah 1 "anugerah cereka sains Amerika yang paling penting" dan bersamaan Anugerah Emmy untuk cereka sains dan fantasi.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Flood, Allison (2009-04-28). "Ursula K Le Guin wins sixth Nebula award". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-01. Dicapai pada 2011-12-12.