Abang Sado Jemur Kain

Abang Sado Jemur Kain ialah siri drama televisyen komedi Malaysia 2015 arahan Nuad Hj. Othman dibintangi oleh Shahz Jaszle, Janna Nick, Lan Siro, Cat Farish, Idris Khan, Ammar Alfian dan Afzan A. Rahman. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 16 November 2015 hingga 17 Disember 2015 menggantikan Alaa Bib.. dan digantikan oleh Kak Marr.

Abang Sado Jemur Kain
Genre
Ditulis olehRosmadewi
PengarahNuad Hj. Othman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Tepi Sikit" oleh Joe Flizzow
Lagu penutup"Tepi Sikit" oleh Joe Flizzow
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
PenerbitA. Aida
Tempoh siaran19–20 minit
Syarikat penerbitan
A. Aida Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal16 November 2015 – 17 Disember 2015

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[1]

Sinopsis sunting

Mengisahkan Marzuki, Budin dan Riduan yang telah membuka tempat penjagaan haiwan. Satu hari, kedai haiwan Marzuki didatangi seorang wanita Cina yang kelihatan sedih mengadu kucingnya mati dan meminta bantuan Marzuki untuk menguburkan kucingnya. Marzuki bersimpati lalu membantu wanita itu.

Pada sebelah malam ketika dalam perjalanan ke rumah, Marzuki bertembung dengan sekumpulan pemuda yang sedang membelasah seorang lelaki. Marzuki mengenali lelaki yang dibelasah itu sebagai Idrus lalu membantu menyelamatkanya. Menurut Idrus, budak-budak itu yang memukulnya itu adalah samseng jalanan yang mencuba untuk merompaknya. Setibanya dirumahnya, Marzuki disambut oleh isteri tercinta bernama Elyana dan anak lelakinya Amir. Marzuki berasa amat bertuah kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Ibu mertuanya, Mariam juga turut menjaga kebajikan anak menantunya dengan menyediakan makan malam.

Ketika mereka sedang beristirehat bersama keluarga, Marzuki dikejutkan dengan satu panggilan. Ianya adalah daripada kawannya Dino, yang sedang dalam bahaya. Marzuki bergegas keluar dari rumah untuk membantu kawannya dan ini membuatkan hati ibu mertuanya tidak keruan. Sebaik sahaja Marzuki hendak keluar rumah, Mariam berasa curiga terus bertanya kepada menantunya. Mariam tahu tentang kisah silam Marzuki yang merupakan bekas samseng. Marzuki berkeras menyangkal tuduhan Mariam.

Apabila berjumpa Dino, dia menceritakan kepada Marzuki yang dia telah diancam oleh sekumpulan samseng kerana tersalah mengurat wanita yang merupakan isteri kedua seorang ketua kumpulan samseng. Dino kecewa apabila Marzuki tidak dapat membantunya kerana dia telah bersara daripada menjadi samseng. Bagaimana Dino ingin menyelamatkan diri sendiri? Adakah Dino berjaya memujuk Marzuki untuk menyelamatkannya daripada kumpulan samseng yang mengejarnya itu?

Pelakon sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Abang Sado Jemur Kain (2015): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 31 Mei 2018.