Dia Semanis Honey (drama)
Dia Semanis Honey ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2016 arahan Hadith Omar. Dibintangi oleh Siti Nordiana, dan Alif Satar. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 2 Mei 2016 menggantikan Suami Tanpa Cinta. [1]
Dia Semanis Honey | |
---|---|
Genre | Cinta Drama |
Berdasarkan daripada | Adaptasi Novel Dia Semanis Honey karya Dila Dyna |
Ditulis oleh | Nazri M. Anuar Fairul Nizam Ablah |
Pengarah | Hadith Omar |
Dibintangi oleh | Alif Satar Siti Nordiana Hairul Azreen Hafeez Mikhail Ziha Salleh |
Lagu pembukaan | "Memori Berkasih" nyanyian Achik & Nana |
Lagu penutup | "Akhiri Penantianku" nyanyian Alif Satar |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 16 |
Penerbitan | |
Penerbit | Michael Ang |
Tempoh siaran | Isnin - Khamis, 10 malam. |
Syarikat pengedaran | Cube Film Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria Astro Ria HD Astro Prima Awesome TV |
Siaran asal | 2 Mei 2016 (Astro Ria) 1 Mei 2020 (Astro Prima) 28 Jun 2021 (Awesome TV) – 26 Mei 2016 (Astro Ria) 22 Mei 2020 (Astro Prima) 5 Ogos 2021 (Awesome TV) |
Kronologi | |
Mengikuti | Suami Tanpa Cinta |
Diikuti oleh | Assalamualaikum Cinta |
Drama ini ditayangkan ulangan di Slot Tiara saluran Astro Prima.
Sinopsis Sunting
Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan.
Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.
Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?
Sambutan Sunting
Drama Dia Semanis Honey mendapat respons positif daripada penonton sehingga menyebabkan drama ini trending di laman sosial Twitter. Rata-rata memuji keserasian di antara Alif Satar dan Siti Nordiana serta persembahan daripada semua barisan pelakon.
Dia Semanis Honeymoon & Dia Semanis Honey Raya Sunting
Drama Dia Semanis Honey menjadi kata carian paling banyak di Google Malaysia[2]. Atas permintaan ramai, drama ini disambung ke siri Dia Semanis Honeymoon sebanyak 5 episod dan telefilem Dia Semanis Honey Raya.
Pelakon Sunting
Pelakon | Watak |
---|---|
Alif Satar | Ahnaf Wafiy |
Siti Nordiana | Hani Safira |
Hairul Azreen | Adam Hazrul |
Hafeez Mikhail | Hanafi |
Farez Ridzwan | Hakimi |
Dafi | Jack |
Ziha Salleh | Ara |
Nadya Syahera | Bella |
Datin Nina Juren | Puan Sri Hartini |
Aleza Shadan | Puan Munirah |
Zainol MacWilson | Dr Farid |
Ahmad Fauzee | Tan Sri Aminuddin |
Falisha Crossley | Ariana |
Fatihah Baharum | Aishah |
Nor Azam | Daim |
Nelissa Nizam | Dahlia |
Rayyan Dino | Rayyan #1 |
Danish Hazriq | Rayyan #2 |
Firdaus Ghufran | Rayyan #3 |
Adrianna Qasmia | Aira |
Lan Kristal | Hafiz |
Elly Suhailie | Kak Sal |
Fahmy Reza | Naqib |
Alif Hadi | Zaid |
Fara Fauzana | Melissa |
Izzue Islam | Fairuz |
Runut Bunyi Sunting
Lagu | Penyanyi |
---|---|
Memori Berkasih (lagu tema) | Achik & Siti Nordiana |
Paling Comel | Achik & Siti Nordiana |
Gurauan Berkasih | Achik & Siti Nordiana |
Akhiri Penantianku | Alif Satar |
Cukup Indah | Alif Satar |
Jangan Nakal | Alif Satar |
Lelaki Seperti Aku | Alif Satar |
Gadis Tiga Bulan | Alif Satar |
Bila | Alif Satar |
Kesempatan Kedua | Alif Satar |
Setiap Hari | Alif Satar |
Mencinta | Azhael |
Setengah Mati Merindu | Judika |
Sudah Ku Tahu | Projector Band |
Biarkanlah | Drama Band |
Di Amaran Mama | Hazama |
Hey Kau | Sandra |
Perlukanmu | Siti Nordiana |
Pesanan Teragung | Siti Nordiana |
Menatap Matamu | Aril |
Kembali Senyum | Aril (nyanyian asal Izwan Pilus) |
Aku Yang Berdosa | Shahir |
Setia | Kilafairy |
Aku Cuma Punya Hati | Mytha Lestari |
Dari Mata | Jaz |
Larut | Dewa 19 |
Mata Kunci Cinta | AishaHanim |
Pencapaian Sunting
Malam Throwbaek Drama 2017
- Watak Paling Meminta -Nadya Syahera-Menang
- Scene Paling Win-Dia Semanis Honey-Menang
- Kapel Throwbaek -Alif Satar & Siti Nordiana-Top 5
- Hero Throwbaek -Alif Satar-Top 5
- Heroin Throwbaek -Siti Nordiana -Top 5
- OST Paling Throwbaek -Memori Berkasih -Top 5
Anugerah Meletop Era 2017
- Finalis Drama TV Meletop
- FInalis Pelakon TV Meletop -Siti Nordiana
Rujukan Sunting
- ^ Drama Semanis Honey. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos
- ^ "Dia Semanis Honey Kata Carian Terhangat Di Google Malaysia Untuk Mei 2016". Astro Awani. 3 Mei 2016. Dicapai pada 4 Ogos 2021.