"Hey! Kau" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Sandra Dianne, dikeluarkan sebagai single sulungnya selepas tersingkir dari Mentor Legend.[1] Lagu ini ialah hasil karya Tam Spider dengan liriknya ditulis oleh Iman Imran dan dikeluarkan pada Jun 2015 oleh Indigital.[2]

"Hey! Kau"
Single oleh Sandra Dianne
Dikeluarkan padaJun 2015
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenrePop
Panjang3:50
SyarikatIndigital Music
PenulisTam Spider, Iman Imran
PenerbitTam Spider
Kronologi single Sandra Dianne
"Hey! Kau"
(2015)
"Aku Tak Mahu Cinta"
(2016)

SambutanSunting

"Hey! Kau" dikeluarkan pada Jun 2015 sebagai single sulung Sandra selepas tamat Mentor Legend.[3] Video lirik untuk lagu "Hey! Kau" di saluran YouTube rasmi Indigital pada 23 Ogos 2015. Sejak dilancarkan, ia telah meraih jumlah tontonan sebanyak 5 juta tontonan. "Hey Kau!" turut mendapat respon positif di Indonesia apabila lagu tersebut telah dimainkan di beberapa stesen radio di republik itu.

Persembahan secara langsungSunting

 
Sandra mempersembahkan "Hey! Kau" secara langsung dalam MeleTOP.

Sandra mempersembahkan lagu "Hey! Kau" secara langsung dalam rancangan MeleTOP pada 19 Januari 2016[4] dan dalam konsert minggu pertama Big Stage musim ketiga pada 16 Ogos 2020.

Kemunculan lainSunting

Lagu ini juga menjadi lagu tema drama Cik Cinderella dan Encik Tengku dibintangi oleh Zahirah MacWilson dan Shukri Yahaya.

Format dan senarai runutSunting

Muat turun digital[5]
  1. "Hey! Kau" – 3:50

Sejarah keluaranSunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia Jun 2015 Muat turun digital[5]
Penstriman digital[6]
Indigital

RujukanSunting

  1. ^ Othman, Kemalia (9 Mei 2016). "Sandra Gembira 'Hey Kau' Terima Respons Positif Di Indonesia". mStar Online. Diarkib daripada yang asal pada 12 September 2020. Dicapai pada 21 Ogos 2016.
  2. ^ Georgie Joseph (2 September 2015). "Tak sia-sia mantap vokal". Harian Metro. Dicapai pada 30 Oktober 2015.
  3. ^ Michelle Gun (22 September 2015). "Impian tiga gadis terkabul". Harian Metro. Dicapai pada 2 Oktober 2015.
  4. ^ "Persembahan 'live' Sandra "Hey! Kau"... Jom dengarkan Sandra "Hey! Kau"". MeleTOP. 19 Januari 2016. Dicapai pada 23 Oktober 2016.
  5. ^ a b "Hey Kau! - Single by Sandra". iTunes (MY). Dicapai pada 23 Oktober 2015.
  6. ^ "Hey Kau! - Single by Sandra". Spotify. Dicapai pada 23 Oktober 2015.