Hazama Azmi

penyanyi, penulis lagu, pemuzik dan pelakon Malaysia
(Dilencongkan daripada Hazama)

Hazama bin Ahmad Azmi merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, pemuzik dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan pada 28 November 1984 di Hospital Changkat Melintang, Perak. Sejak mula merakamkan lagu secara solo pada tahun 2011, beliau popular dengan rangkaian lagu-lagu hits seperti Cinta Teragung, Simetri, Relakan Jiwa dan banyak lagi.

Hazama Azmi
Kelahiran
Hazama bin Ahmad Azmi

(1984-11-28) 28 November 1984 (umur 39)
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, pemuzik, pelakon
Tahun aktif2006–kini
Ketinggian1.73 m (5 ka 8 in)
PasanganGenervie Kam (k. 2017)
Kerjaya muzik
GenrePop, balada
InstrumenVokal, Gitar
Syarikat rakaman
Astro Entertainment
Nova Music Malaysia
Pengkarya berkait
Meet Uncle Hussain, Amy Search, SleeQ, Dina Nadzir, Mawi, Daly Filsuf, Dayang Nurfaizah, Aman RA, Siti Sarah, Elizabeth Tan

Pembabitan awal

sunting

Nama Hazama mula diperkenalkan di persada muzik ketika beliau berusia 20 tahun apabila beliau tersenarai sebagai salah seorang calon awal untuk program realiti Akademi Fantasia (musim 4) (AF4). Sebelum terpilih ke AF4, Hazama telah mencuba nasib dalam berpuluh-puluh ujibakat dan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian. Persembahan pertama Hazama di kaca televisyen pada 27 Mei 2006 untuk Konsert Prelude AF4. Dalam pertandingan itu, seramai 20 orang peserta merebut 12 tempat ke Akademi Fantasia. Hazama tampil menyanyikan lagu "Zakiah" nyanyian asal Ramli Sarip yang juga pengetua AF4. Namun tuah tidak memihak kepadanya apabila gagal tersenarai kerana nyanyiannya disifatkan tiada originaliti. Pun begitu bakat yang ada pada Hazama tidak diabaikan oleh Astro apabila Hazama diberi peluang untuk menyertai jelajah promosi stesen TV tersebut di beberapa lokasi bersama beberapa peserta AF. Malahan Hazama juga berpeluang untuk muncul sekali lagi di kaca TV apabila beliau dipilih oleh Astro untuk memasuki Akademi Fantasia selama seminggu dan membuat persembahan lagu "Bukan Aku Tak Cinta" (kumpulan Iklim) pada minggu ketujuh pada 16 Julai 2006 bersama seorang lagi peserta yang tidak terpilih iaitu bintang yang kini terkenal sebagai pelakon TV, Leez Rosli.

Tuah Hazama berterusan apabila Astro melihat kesungguhan dan komiitmen yang diberikan beliau sepanjang jelajah promosi. Maka sepanjang tahun 2007 hingga 2008, Hazama diserap menyertai pasukan artis residen Astro yang terlibat dalam program Gempak Astro dan Gempak Desa Astro di seluruh pelusuk negara. Menerusi karnival jelajah inilah Hazama melatih diri untuk menjadi penyanyi yang lebih baik serta belajar selok belok dunia seni persembahan dan juga lakonan. Hasilnya beliau berkenalan dengan banyak nama-nama besar termasuk kumpulan rock Meet Uncle Hussain (MUH). MUH ketika itu diambang pergolakan ahli kumpulan apabila penyanyi utamanya, Azlan Rosle keluar dari kumpulan kerana dikaitkan dengan masalah disiplin. Kepergian Azlan membuka peluang kepada Hazama untuk menjadi penyanyi pengganti sementara untuk kumpulan tersebut. Setelah melalui banyak ujibakat dan diundang oleh ketua kumpulan MUH, Nik Mutaza (Taja), Hazama terpilih dan menyertai banyak pertunjukan bersama kumpulan tersebut. Hazama sempat merakam sebuah lagu ketika bersama MUH iaitu lagu hits popular "Pokok" pada awal tahun 2011.

Bergelar Penyanyi Terkenal

sunting

Pada tahun 2011, Astro mengumumkan bahawa lagenda rock Amy Search bakal dilantik sebagai pengetua bagi Akademi Fantasia (musim 9). Ketika itu Hazama ingin mencuba nasib sekali lagi kerana ingin berguru bersama Amy, namun sekali lagi namanya tidak tersenarai apatah lagi ketika itu lagu "Pokok" sedang cukup popular dan beliau tidak lagi dianggap sebagai bukan penyanyi rakaman. Namun ekoran beberapa faktor yang tidak dijangka, Hazama mendapat pelawaan daripada Amy dan Astro untuk diserap masuk ke dalam pertandingan tersebut pada minggu ke-3. Menariknya, seminggu selepas diserap masuk, kedudukan undian Hazama terus berada di tangga pertama dan bertahan sehingga final sekaligus berjaya dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia 9. Hazama menyampaikan lagu solo pertamanya di konsert akhir yang berjudul "Cinta Teragung" ciptaan Kuncidemak. Lagu tersebut bersama-sama lagu "Pokok" berjaya mara ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-26 namun kedua-duanya gagal ke peringkat akhir.

Setelah bergelar juara [1], Hazama dilamar untuk merakamkan album sulung dan salah satu projek pertamanya adalah merakamkan lagu single secara duet bersama pengetuanya, Amy Search dalam lagu rock berjudul "Simetri". Ini adalah kolaborasi kedua di antara pengetua dan peserta AF selepas gandingan M. Nasir dan Mawi. Lagu "Simetri" yang menangkap telinga itu terus popular di seluruh negara hingga Hazama berjaya buat pertama kalinya mara ke peringkat akhir ketika Anugerah Juara Lagu ke-27. Pada penghujung tahun 2012, Hazama mengeluarkan single pertama dari albumnya yang berjudul "Majnun" . Single seterusnya "Relakan Jiwa" dilancarkan sempena drama bersiri dan sambutan tahun baru 2013 selain diteruskan dengan lagu "Aku Mahu Dia" pada tahun 2013. Ternyata impak lagu "Relakan Jiwa" cukup besar hingga terus menjadi hits malar segar sehingga tahun 2014. Menerusi "Majnun", Hazama memperolehi pencalonan pertamanya untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki) di Anugerah Industri Muzik ke-19 . Sebuah lagi kategori yang beliau bertanding adalah Lagu Rock Terbaik ("Simetri").

Album pertama Hazama yang berjudul "Penglipurlara" akhirnya menjengah pasaran pada 2013 mengandungi sembilan buah lagu dan menampilkan konsep yang begitu sebati dengan diri Hazama iaitu Pop Rock. Album ini menampilkan hasil nukilan komposer dan penulis lirik terkemuka tanah air seperti Audi Mok, Omar K, Manusia Putih, Cat Farish dan Mike Chan. Apa yang istimewanya mengenai album ini, Hazama juga tampil dengan sebuah lagu yang dicipta sepenuhnya olehnya yang berjudul "Dengarlah". Akhirnya sempurna juga hasratnya untuk mempunyai album solo sendiri setelah 7 tahun sekian lama berkecimpung dalam arena seni tanah air sebagai artis pelengkap acara. Pada tahun 2013 juga menyaksikan beliau kembali ke AJL dan kali ini secara solo untuk lagu "Penglipurlara". Selain itu Hazama mengungguli Anugerah Industri Muzik ke-20 dengan 5 pencalonan termasuk kategori Album Terbaik. Beliau juga berjaya disenaraikan sebagai calon akhir penyanyi lelaki paling popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian sejak 2012.

Lakonan

sunting

Sejak menyertai Astro Gempak Desa, Hazama dikesan memiliki bakat sebagai penghibur. Telatahnya bak pelawak serta kemahirannya mengajuk gaya dan suara artis lain sangat digemari oleh rakan-rakan artis. Pengarah Ahmad Idham menjadi orang pertama yang mengesan bakat lakonannya apabila mempelawa beliau berlakon watak sampingan dalam filem "Apa Celop Toqq" pada 2012. Beliau muncul lagi dalam beberapa filem seperti "Hantu Nan Sempit" (2013) dan "Lari" (2013) [2] [3]. Sejak itu Hazama mula serius secara sambilan untuk bergelar pelakon.

Pada 2018, Hazama telah membintangi drama bersiri bertajuk Ammar & Opie arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin untuk TV3 [4].

Akademi Fantasia 9

sunting

Hazama pernah menyertai Akademi Fantasia Musim 4 pada tahun 2006 namun beliau hanya bertahan di Konsert Prelude dan tidak berjaya menempatkan dirinya diantara 12 orang pelajar AF4. Namun pada tahun 2011 beliau berjaya memasuki rumah kaca Akademi Fantasia Musim 9 apabila beliau diserap masuk pada minggu ketiga dimana dia menggantikan tempat Amir Jahari yang digugurkan melalui Ops Gugur. Beliau berjaya melangkah ke konsert akhir AF9 dan dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 9. Berikut persembahan beliau;

Konsert Lagu Ked.
Minggu 2 "Jangan Kau Rayu" nyanyian asal Rahim Maarof
Minggu 3 AF SERAP
Minggu 4 "Srikandi Cinta" nyanyian asal Bloodshed Pertama
Minggu 5 "Noktah Cinta" nyanyian asal Hafiz Suip Pertama
Minggu 6 "Hey, Soul Sister" nyanyian asal Train Pertama
Minggu 7 "Segalanya Ku Terima" nyanyian asal Illusi Pertama
Minggu 8 "Sendiri" nyanyian asal May Pertama
Minggu 9 "Angin" nyanyian asal Dewa 19 Pertama
Minggu Akhir "Pukau" nyanyian asal Tomok Juara
"Cinta Teragung" nyanyian asal Hazama
  • Lagu: Kuncidemak
  • Lirik: Rafiq Bakar

Mania!

sunting

Setahun selepas bergelar juara Akademi Fantasia Musim 9, Hazama menyertai satu lagi program realiti tv, iaitu Mania! dimana beliau diantara 15 orang bintang yang menyertai Mania! dan terpilih di Empayar Merah, dibawah produser Dato' M. Nasir. Berikut persembahan beliau;

Konsert Lagu Ked.
Minggu 3 "Nur Nilam Sari" nyanyian asal Awie & Search Dipilih oleh Dato' M.Nasir
Minggu 4 "Kejoraku Bersatu" nyanyian asal Search Ke-5
Minggu 5 "Semalam Yang Hangat" nyanyian asal Wings Ke-6
Minggu 6 "Cindai" nyanyian asal Dato' Siti Nurhaliza Ke-7
Minggu 7 "Suatu Masa" nyanyian asal Dato' M. Nasir
(duet bersama Azlan)
Ke-3
Minggu 8 "Sekuntum Mawar Merah" / "Kisah Kau dan Aku" nyanyian asal Alleycats Ke-3
Minggu 9 "Putihnya Lukisan" nyanyian asal Meet Uncle Hussain Pertama
"What's Up" nyanyian asal 4 Non Blondes
Minggu Akhir "Saat Ku Idamkan" nyanyian asal Amy Search Tempat Ke-4 (Finalis)
"Kepadamu Kekasih" nyanyian asal Jamal Abdillah & Hattan
(duet bersama Hattan)

Diskografi

sunting

Album Studio

sunting

Single

sunting
  • "Pokok" (bersama MUH)
  • "Cinta Teragung"
  • "Simetri" (nyanyian bersama Amy Search)
  • "Majnun"
  • "Noktah"
  • "Dengarlah"
  • "Relakan Jiwa" (ost Jika Itu Takdirku)
  • "Aku Mahu Dia"
  • "Ulek Sayang"
  • "Lari" (duet kumpulan Sleeq)
  • "Penglipurlara"
  • "Percaya" (duet Dina Nadzir)
  • "Malaikat"
  • "Al Nuraa... Yang 5 Yang 6" (nyanyian bersama Mawi & Daly Filsuf)
  • "Sampai Mati" (OST Hati Perempuan TV3)
  • "Di Amaran Mama" (OST #AssalamualaikumCinta Astro Ria)
  • "Sedetik Lara" (OST Tercipta Untukku)
  • "Bangkit" (nyanyian bersama Dayang Nurfaizah & Aman RA)
  • "KekasihNya" (Album Inspirasi 25 Rasul)
  • "Percayakan Hati Kita (bersama Noryn Aziz)
  • "Saya Anak Malaysia" (bersama Usop)
  • "Aku Yang Sebenar"
  • "Aku Bukan Dewa"
  • "Tunggu Aku Datang" (OST drama Amar Dan Opie)
  • "Peneman" (OST Drama Asalkan Dia Bahagia)
  • "Terakhir Buat Teman" (nyanyian bersama Allahyarham Siti Sarah)
  • "Suara Licik" (bersama Tomok,Black dan Akim
  • "Abadi" (OST Seindah Cinta)
  • "Beku" (nyanyian bersama Elizabeth Tan)
  • "Sang Pemilik"
  • "Adinda" (OST Potong)
  • "Makuta" (nyanyian bersama Kmy Kmo & Luca Sickta)
  • "Rasa Tak Menipu"
  • "Fasa" (nyanyian bersama Tuju)
  • "Ilusi" (nyanyian bersama Marsha Milan)
  • "Cintaku Di Negeri Perak"
  • "Misteri" (OST Bunga Aku Tunggu)
  • "Cinta Tak Biasa" (bersama ST12)
  • "Harapan Tak Kunjung Usai" (bersama ST12)
  • "Buru Terburu"
  • "Apa Makna Cinta" (Album Pujangga)
  • "Bukan Sendiri" (OST Harimau Malaya The Untold Journey)

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Apa Celop Toqq Hazama Filem pertama
2013 Hantu Nan Sempit Ady
Lari Taugeh
2019 Tiada Tajuk Abadi
2020 Rock 4: Rockers Never Dai Omar
2021 Marabahaya Underground Muhammad Fisun (Chon)
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Kadok
2024 Sheriff: Narko Integriti Amirul Asyraff Penampilan kameo
Harimau Malaya: The Untold Journey Kasturi
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Ammar & Opie Ammar Zulkefli TV3 Drama pertama
2020 Kampong Pisang Bersiri-siri Firdaus Astro Citra Episod: "Monyet Rempit"
2020–2021 Potong Hamidun Astro Warna
2021 Keluarga Untuk Disewa Dirinya sendiri TV9
2022 Reen Putus Cinta Awesome TV
Epilog 3 Naga Khalid
Seindah Cinta Jali TV Okey

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Ady Valentino Nabil TV3
2014 Rock Sangkut Abadi Astro Prima
2017 Asam Pedas Pewitt Leman TV3
Ana Anak Ibu Dirinya sendiri Astro Citra
2018 Uniknya Cinta Erman TV3
2019 Telapak Waktu Syafiq
2021 Potong Raya Hamidun Astro Warna
Bayang Azam Astro Citra
Rumah Horey Horey Astro Ria
2022 Hantu Karaoke Abu Bakar TV3
Tilam Kekabu Kampung Berserah Mat Kontan TV1
2023 Raya Heist Dollah Tonton

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2011 Anugerah Juara Lagu ke-26 TV3
Mari Menari Astro Ria
Anugerah Industri Muzik ke-18 Astro Ria
2012 MeleTOP
Mega Raya
Konsert Kenangan Sudirman Astro Prima
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 TV3
Mentor (musim 6)
Anugerah Skrin 2012
2013 MeleTOP Artis Jemputan Astro Ria
Festival Filem Malaysia ke-25
Anugerah Blokbuster 2
Raja Lawak Astro Warna
Ceria Popstar (musim 1) Coach Astro Ceria
Helo Bro Tolong Masak
Kilauan Emas Astro Maya HD
Konsert Planet Gempak Astro Prima
Primadona
Ketuk Ketuk Ramadan TV1
Anugerah Skrin 2013 TV3
Ada Bran? TV9
2014 Akademi Fantasia (musim 11) Astro Ria
Hiburan Minggu Ini TV2
Malaysia Hari Ini TV3
Suara Anak Jantan Astro Maya HD
Suka Lattew
MeleTOP Artis Jemputan Astro Ria
Gegar Vaganza (musim 1)
Raya Line Clear
Anugerah Planet Muzik 2014
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 TV3
Anugerah MeleTOP Era 2014 Astro Ria
Mentor Legend TV3
Tom Tom Bak All Stars Astro Ceria
Pencetus Ummah Artis Jemputan Astro Oasis
Ceria Popstar (musim 2) Coach Astro Ceria
Anugerah Industri Muzik ke-21 Astro Ria
Bintang Mencari Bintang TV3
Super Spontan 2014 Astro Warna
Havoc Warna
Maharaja Lawak Mega 2014
2015 Sembang Teh Tarik
Qu Puteh Bintang Bersama Bintang TV3
Betul ke Bohong? Artis Jemputan Astro Warna
Dalang Prank
Kasi Gegar Raya
Tunggu Sekejap Artis Jemputan TV3
Wanita Hari Ini
Ye ke? Artis Jemputan
Ceria Popstar (musim 3) Coach Astro Ceria
Konsert Negaraku Astro Prima
Festival Filem Malaysia ke-27 Astro Ria
Menang Raya
Romantika
Anugerah MeleTOP Era 2015
Anugerah Planet Muzik 2015
MeleTOP Artis Jemputan
2016 Pop TV TV9
Konsert 2 Dimensi TV2
3 Juara TV3
Anugerah Melodi
Anugerah Skrin 2016
Wanita Hari Ini
Ye ke? Artis Jemputan
Ceria Popstar (musim 4) Astro Ceria
Super Spontan Superstar Artis Jemputan
Motif Viral Artis Jemputan Astro Ria
Festival Filem Malaysia ke-28
Gempak Superstar Artis Jemputan
MeleTOP Artis Jemputan
Kita Punya Raya TV9
Anugerah Industri Muzik ke-22 Astro Ria
Duo Star Artis Jemputan
Akademi Fantasia (musim 13)
Mentor Milenia 2016 Mentor TV3
Joras Dan Stars Astro Warna
2017 Melodi TV3
Nasi Lemak Kopi O TV9
Bintang Kecil TV2
Konsert Rapatkan Saf TV AlHijrah
hLive! Astro Awani
Ceria i-Star Astro Ceria
Pop TV Artis Jemputan TV9
PM Live Astro Ria
MeleTOP Artis Jemputan
Mentor Milenia 2017 Mentor TV3
Anugerah Skrin 2017
Konti Karat Astro Prima
2018 Konsert Pesona TV2
Melodi (rancangan TV) TV3
Nasi Lemak Kopi O TV9
It's Alif! Artis Jemputan NTV7
Bintang P.Ramlee TV2
hLive! Astro Awani
Fan Fanatik Artis Jemputan Astro Ria
Big Stage (musim 1)
Jozan Live Astro Warna
Lazada 11.11 Super Show TV3
Jenaka Kampung Kalut
Wanita Hari Ini
I Can See Your Voice Malaysia (musim 1) Artis Jemputan
The Sherry Show Artis Jemputan
Ceria Megastar Astro Ceria
2019 Wanita Hari Ini TV3
hLive! Astro Awani
Maharaja Lawak Mega 2019 Astro Warna
MeleTOP Artis Jemputan Astro Ria
Mentor Milenia 2019 Mentor TV3
Malaysia Hari Ini
The Sherry Show Pengacara Jemputan
Senang Terhibur Artis Jemputan
Melodi
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32
Pop!Express Artis Jemputan
Rialisasi Job Selebriti Astro Ria
Konsert Minggu Ini TV2
Tanya Cik Man
2020 Ceria Megastar Astro Ceria
The Sherry Show Artis Jemputan TV3
Nona
Helo Doktor
Wanita Hari Ini
Melodi
MPop!
Lagu Cinta Kita (Musim 2)
Masak Apa Tu?
Malaysia Hari Ini Artis Jemputan
Havoc Nak Raya
Reaksi Rakyat Astro Prima
Mingguan Wanita
Konsert Orang Kita TV2
Gegar Vaganza (musim 7) Astro Ria
MeleTOP Artis Jemputan
Punchline DAC Artis Jemputan Astro Warna
Rumah No. 107 Artis Jemputan
Sepahtu Reunion Live (2020) Cameo
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 TV3
Muzikal Wilayah Prihatin RTM
Anugerah Juara Lagu ke-35
MeleTOP Artis Jemputan Astro Ria
PHD Muzik
Kampung Pom Pom Letops
Konsert Retro Aidilfitri Astro Prima
Keringat Selebriti Artis Jemputan Awesome TV
Konfiden Ke Kenal
Shopee 4.4 Mega Show Astro Ria
The Lucky Bini Show
Maharaja Lawak Mega 2021 Astro Warna
I Can See Your Voice Malaysia (musim 4) Panel Jemputan TV3
Malaysia Hari Ini
2021–2022 Sumbang Suara Juri
2022 Gelanggang Awesome Raja Lawak Awesome TV
Mic ON! (Musim 2)
Festival Filem Malaysia ke-32
Melodi Artis Jemputan TV3
Wanita Hari Ini
I Can See Your Voice Malaysia (musim 5) Panel Jemputan
Karaoke Superstar Astro Ria
PHD Muzik
Anugerah Seri Angkasa 2022 TV2
2023 Selamat Pagi Malaysia TV1
Mic ON! Selebriti Pengurus Awesome TV
The Chosen One Coach Astro Ceria
Wanita Hari Ini Artis Jemputan TV3
Malaysia Hari Ini
MeleTOP Artis Jemputan
Mega Spontan Astro Warna
Konsert Hari Radio Sedunia RTM
Gegar Vaganza (musim 10) Astro Ria
Konsert FYP MeleTOP
2024 You Know Nothing About Cooking
One On One Astro Ria
Sepahtu Reunion Live (2024) Cameo Astro Warna
MeleTOP Artis Jemputan Astro Ria
Konsert Muzik Magis TV2
Konsert Unplugged Jiwa Merdeka
Hiburan Minggu Ini
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 TV3

Anugerah dan pencalonan

sunting

Pertandingan

sunting
Tahun Program Musim Anak Didik Keputusan
2011 Akademi Fantasia 9 Juara
2012 Mania! 1 Finalis (Tempat ke-4)
2014 Ceria Popstar 2 Masya Masyitah Juara
2016 Mentor Milenia Fareez Fauzi Juara
2017 Mentor Milenia Usop Naib Juara
Balqis Separuh Akhir
2019 Mentor Milenia Apex Tajudin Juara
Arayn Malek Separuh Akhir

Anugerah Juara Lagu

sunting
Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Pencipta Lagu Penulis Lirik Keputusan
2012 (AJL 27) Simetri (duet bersama Amy Search) Audi Mok Zel Firdhaus Haduan Finalis
2013 (AJL 28) Penglipur Lara Omar K Zell Finalis
2014 (AJL 29) Malaikat Omar K, Mike Chan & Hazama Omar K, Mike Chan & Hazama Finalis
2015 (AJL 30) Sampai Mati Omar K & Audi Mok Omar K Finalis
2016 (AJL 31) Di Amaran Mama Ajai Ad Samad Finalis
2017 (AJL 32)
Aku Yang Sebenar Dato' M. Nasir Ad Samad
Finalis
2019

(AJL 34)

Peneman Tam Mustafah Tam Mustafah Finalis

Anugerah Industri Muzik

sunting
Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Pencalonan Keputusan
2011 (AIM 18) Lagu Rock Terbaik Pokok (sebagai vokalis gantian Meet Uncle Hussain) Dicalonkan
2012 (AIM 19) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) Majnun Dicalonkan
Lagu Rock Terbaik Simetri (duet bersama Amy Search) Dicalonkan
2013 (AIM 20) Album Terbaik Penglipur Lara Dicalonkan
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) Relakan Jiwa Dicalonkan
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu Lari - Sleeq & Hazama Dicalonkan
Lagu Rock Terbaik Ulek Sayang Dicalonkan
Kulit Album Terbaik Penglipur Lara Menang
2016 (AIM 22) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) Sampai Mati Dicalonkan
Lagu Pop Terbaik Sedetik Lara Dicalonkan
Video Muzik Terbaik Sampai Mati Dicalonkan
sunting
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2011 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
2012 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2013 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2014 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2015 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2018 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular (bersama Altimet) Tercalon
2023 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon

Anugerah Planet Muzik

sunting
Anugerah Planet Muzik (APM)
Tahun Kategori Pencalonan Keputusan
2014 Lagu Terbaik Malaysia Relakan Jiwa Dicalonkan
Artis Paling Popular APM Dicalonkan
Lagu Paling Popular APM Relakan Jiwa Dicalonkan
2015 Artis Terbaik Lelaki Sampai Mati Dicalonkan
Lagu Terbaik Malaysia Malaikat Dicalonkan
Artis Paling Popular APM Dicalonkan
Lagu Paling Popular APM Sampai Mati Dicalonkan
2016 Artis Paling Popular APM Dicalonkan

Anugerah MeleTop Era

sunting
Anugerah MeleTop Era (AME)
Tahun Kategori Pencalonan Keputusan
2015 Penyanyi Meletop Dicalonkan
Lagu Meletop Malaikat Dicalonkan
2016 Penyanyi Meletop Dicalonkan
Lagu Meletop Sampai Mati Dicalonkan

Anugerah Pilihan Online

sunting
Anugerah Pilihan Online (APO)
Tahun Kategori Keputusan
2016 Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online Menang

Rujukan

sunting
  1. ^ Hazama Juara AF9. mstar. Dicapai pada 11 Julai 2012.
  2. ^ Hazama Tidak Mahu Jadi Pelakon Sepenuh Masa. mstar. Dicapai pada 30 Julai 2017.
  3. ^ Hazama Malu Tonton Lakonan Sendiri. mstar. Dicapai pada 26 Julai 2017.
  4. ^ Tangisan Hazama. harian metro. Dicapai pada 17 Disember 2018.

Pautan luar

sunting