Amir Jahari
Mohamad Amirullah bin Jahari atau lebih dikenali sebagai Amir Jahari (lahir 31 Mei 1992) merupakan seorang penyanyi, pemuzik, pelakon, dan penulis lagu Malaysia. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di negeri Bumi Kenyalang, Sarawak. Kerjaya muzik beliau bermula pada 2011 apabila beliau diujibakat untuk musim kesembilan rancangan pencarian bakat baru dalam bidang nyanyian, Akademi Fantasia. Beliau menandatangani kontrak bersama Kasi Gegar Entertainmemt (KGE) milik bekas peserta Akademi Fantasia Musim 5, Aizat Amdan dan melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 2013. Beliau juga bergiat aktif bersama kumpulan muziknya sendiri, The Amir Jahari Project.
Amir Jahari | |
---|---|
Nama lahir | Mohamad Amirullah bin Jahari |
Juga dikenali sebagai | Amir Jahari |
Kelahiran | Kuching, Sarawak, Malaysia | 31 Mei 1992
Genre | Pop, akustik |
Pekerjaan | Penyanyi, pemuzik, penulis lagu, pelakon |
Instrumen | Vokal, gitar |
Tahun aktif | 2011–kini |
Syarikat rakaman | Kasi Gegar Entertainment |
Pengkarya berkait | Aizat Amdan, Go Gerila, The Amir Jahari Project |
Laman sesawang | www.amirjahari.com |
BiografiSunting
2011-2012: Kejayaan komersial awalSunting
Amir Jahari ialah salah seorang peserta Akademi Fantasia musim kesembilan pada 2011 dan beliau hanya bertahan selama tiga minggu dalam akademi apabila konsert minggu ketiga dia digugurkan bersama seorang lagi pelajar AF9 iaitu Ayda Jebat melalui Operasi Gugur disebabkan tiada peningkatan prestasi dalam persembahan mereka selama tiga minggu konsert AF9 berlansung.
2013-kini: Album pertama dan projek muzikSunting
Amir Jahari melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 29 April 2013, album ini memuatkan sebanyak 9 lagu, termasuk 2 lagu akustik. Beliau menggunakan permainan teka silangkata sebagai kulit album. Single pertama dari album ini ialah Tanpamu, diikuti oleh single kedua, Penghibur Jalanan dan single ketiga, Gelisah.
Beliau menyertai kumpulan Go Gerila yang mana beliau ialah vokalis utamanya bersama Aizat Amdan dan seterusnya menubuhkan kumpulan muziknya sendiri, The Amir Jahari Project.
Pada 2016, beliau melancarkan single pertamanya yang bertajuk Ingga yang akan dimuatkan dalam album keduanya yang akan menjengah pasaran nanti. Mengetengahkan bahasa Melayu Sarawak sepenuhnya. Lagu ini menampilkan bunyian 'sape, alat muzik tradisional Orang Ulu dengan alunan melodi Sarawak digabung bersama muzik Amir yang berentak folk rock kontemporari.[1]
Kehidupan peribadiSunting
Beliau berkahwin dengan Kartini Sulaiman pada Oktober 2013 dan dikurniakan tiga orang anak. Dua perempuan dan seorang lelaki bernama Nur Izzah Amaani.[2], Aqil Salim dan Asmaa Aisyaah.
Akademi Fantasia 9Sunting
Amir berjaya terpilih diantara 12 orang pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran dirumah kaca Akademi Fantasia musim kesembilan. Namun pada konsert minggu ketiga beliau dan Ayda Jebat telahpun digugurkan daripada akademi melalui Ops Gugur berikutan tiada peningkatan dalam persembahan selama tiga minggu di akademi. Berikut persembahn beliau;
Konsert | Lagu | Ked. |
---|---|---|
Minggu Tirai | "Aku Skandal" nyanyian asal Hujan / "Seribu Tahun" nyanyian asal Imran Ajmain | - |
Minggu 1 | "Just The Way You Are" nyanyian asal Bruno Mars | 7th |
Minggu 2 | "Cinta Gila" nyanyian asal Dewa 19 | 9th |
Minggu 3 | "Dilema" nyanyian asal d'Masiv | Digugurkan |
DiskografiSunting
Album studioSunting
- Penghibur Jalanan (2013)
SingleSunting
- "Ingga" (2016)
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Amir Jahari perkenal lagu loghat Sarawak Diarkibkan 2016-08-28 di Wayback Machine Nor Azurin Ali. Kosmo!. Diakses pada 7 Ogos 2016.
- ^ Farhana Ab. Rahman (30 Julai 2015). Bukan mudah jadi bapa pada usia 23 tahun - Amir Jahari BH Online. Diakses pada 7 Ogos 2016.
Pautan luarSunting
- Laman web rasmi Amir Jahari Diarkibkan 2018-08-22 di Wayback Machine
- Amir Jahari di Facebook
- Amir Jahari di Twitter
- Amir Jahari di Instagram