Anugerah Juara Lagu ke-27

Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) ialah konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2012.

Anugerah Juara Lagu ke-27
TV3
Tarikh 6 Januari 2013
Tempat Stadium Putra Bukit Jalil
Pengacara Faizal Ismail dan Cheryl Samad
Penerbit Muhamad Sufian Che Isa
Juara Lagu "Terukir Di Bintang"
nyanyian Aizat Amdan (menggantikan Yuna
(gubahan: Yuna/
lirik: Yuna)
 < ke-26 Anugerah Juara Lagu ke-28 > 

AJL27 dijuarai oleh lagu "Terukir Di Bintang", lagu gubahan dan seni kata Yunalis Zarai , nyanyian Yunalis Zarai digantikan oleh Aizat Amdan . "Terukir Di Bintang" merupakan lagu pertama dan satu-satunya (setakat ini) memenangi Juara Lagu hasil daripada nyanyian oleh penyanyi gantian.

AmSunting

Tema AJL27 ialah "Ekspresi Seni" yang mana penonton dapat menyaksikan 'gabungan seni dan muzik di atas pentas' anugerah yang sudah memasuki lebih dua dekad penganjurannya.[1] Juara AJL27 membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), tempat ketiga (trofi dan RM12,000) manakala persembahan dan vokal terbaik masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000. Menariknya, juara kategori persembahan terbaik akan ditentukan 100% di tangan peminat muzik tanah air melalui undian SMS.[1]

Barisan juri AJL27 dianggotai oleh 10 orang, iaitu jauh kurang berbanding 22 orang pada edisi sebelumnya. Juri diketuai oleh Azmeer. Penerbit AJL27, Muhamad Sufian Che Isa berkata, kebanyakan juri yang ditawarkan untuk mengadili karya termasuk lagu dan lirik bagi acara berkenaan terlalu sibuk dengan kerja seni masing-masing.[2]

Muzik-Muzik Separuh AkhirSunting

Konsert Muzik-Muzik Separuh Akhir disiarkan pada tiga malam Ahad berturut-turut pada 11, 18 dan 25 November 2012, jam 9 malam, bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam.

Lihat di sini untuk senarai lengkap penyertaan Separuh Akhir Muzik Muzik 27,

Anugerah Juara LaguSunting

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-27 diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 Januari 2013. Terdapat perubahan dalam barisan persembahan yang mana Yuna terpaksa menarik diri kerana terikat dengan komitmen penerbitan album terbarunya di Los Angeles, Amerika Syarikat dan diganti[3] oleh Aizat Amdan untuk persembahan lagu "Terukir di Bintang".[4]

Menurut Azmeer, 70% penilaian sesebuah lagu adalah berdasarkan melodi, lirik, susunan muzik, kreativiti dan penerimaan juri dan masyarakat terhadap lagu tersebut. Manakala 30% lagi adalah menerusi persembahan penyanyi itu sendiri.[5]

Majlis AJL 27 membuka tirai dengan persembahan lagu "Bunga-Bunga Cinta" oleh pemenang AJL18 Misha Omar diikuti oleh pemenang-pemenang kategori iaitu "Fatalistik" oleh Ziana Zain dan "Anti Graviti" oleh Faizal Tahir.

12 buah lagu layak ke peringkat akhir kali ini. Urutan persembahan adalah seperti berikut:

  1. "Ombak Rindu"
  2. "Patah Seribu"
  3. "Simetri"
  4. "Idola"
  5. "Pelangi Senja"
  6. "Lagu"
  7. "Tanpamu"
  8. "Teman Pengganti"
  9. "Terukir Di Bintang"
  10. "Ku Akui"
  11. "Andaiku Bercinta Lagi"
  12. "Anak Kampung"

KeputusanSunting

  • Anugerah Juara Mobile Celcom: "Ombak Rindu" (gubahan/lirik: Nurzaidi Abd Rahman)
  • Persembahan Terbaik: "Teman Pengganti" (Black & RJ), membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000
  • Vokal Terbaik: "Ku Akui" (Hafiz), membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000
  • Tempat ketiga: "Ku Akui" (Hafiz; lagu/lirik: Ajai), membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000
  • Naib juara: "Idola" (Azlan & The Typewriter; lagu/lirik: Audi Mok/Azlan), membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000
  • Juara: "Terukir Di Bintang" (Aizat; lagu/lirik: Yuna), membawa pulang trofi dan wang tunai RM35,000

FinalisSunting

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke-27, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 27.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-27:

Giliran Tajuk Lagu Kedudukan Terbaik Carta MM Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
1 "Ombak Rindu" 1 Nurzaidi Abdul Rahman Adira Suhaimi
Hafiz Suip
▷; kemudian dimuatkan dalam "Dewi Cinta" (2014) [6] Warner Music - Astro Entertainment Finalis
2 "Patah Seribu" 1 Nurshahila Amir Hamzah (Shila Amzah) Shila Amzah [7] ; kemudian dimuatkan dalam "Shila Amzah" (2013)[8] Sony Music - Urustabil / Shila Amzah Entertainment
3 "Simetri" 4 Mok Chuang Yew (Audi Mok) Zhel Firdaus Hadhuan Hazama Azmi
Amy
▷ ; kemudian dimuatkan dalam Penglipurlara (2013) [9] Warner Music - Astro Entertainment
4 "Idola" 2 Azlan Rosle Kumpulan Azlan & Typewriter "Runut Bunyi Filem Hoore! Hoore!" [10] Warner Music - Astro Entertainment Naib Juara
5 "Pelangi Senja" 1 Nik Mustaza Nik Mustapha (Taja) Nafisah Mohamat Yusof Khir (Tun Teja) Stacy Anam "Stay-C" [11] Warner Music - Astro Entertainment Finalis
6 "Lagu" 1 Bo Amir Iqram Kumpulan Bedroom Sanctuary [12]; kemudian dimuatkan dalam "I Cant Draw, So I Sing" (2014) [13] △ - Nacho Usual Collective
7 "Tanpamu" 4 Mohamad Amirullah Jahari Amir Jahari ▷ ; kemudian dimuatkan dalam "Penghibur Jalanan" (2013) [14] Fantasia Music City - Kasi Gegar Entertaiment
8 "Teman Pengganti" 1 Malique Ibrahim Malique Ibrahim (digantikan oleh RJ)
Black Hanifah
[15]; kemudian dimuatkan dalam "TKO : Pejamkan Mata" (2017) [16] Warner Music [17]- Qarma Music / The Talent Unit Persembahan Terbaik
9 "Terukir Di Bintang" 1 Yunalis Zarai Yuna Zarai (digantikan oleh Aizat Amdan)
Kumpulan The Palauan
"Terukir Di Bintang" [18] Fantasia Music City - Yuna Room Records Juara
10 "Ku Akui" 1 Mohd Faizal Maas (Ajai) Hafiz Suip "Masih Jelas" [19] Warner Music - Astro Entertainment Ketiga
Vokal Terbaik
11 "Andaiku Bercinta Lagi" 1 Edry Abdul Halim Kumpulan Mojo "Mojo" [20] KRU Records Finalis
12 "Anak Kampung" 1 Jimmy Palikatt Jimmy Palikatt
Mohd. Norzaidi Edris(Zydee)
Nur Hasan Baias
Shamimi Amalina Norhisham (Mimifly)
Jimmy Palikat
Kumpulan One Nation Emcees
[21] NOVA Muzik

Jemaah JuriSunting

  • Azmeer (Ketua Juri)
    • Aubrey Suwito
    • Helen Yap
    • Eddie Marzuki
    • Acis
    • Ramli Sarip (Singapura)
    • Hetty Koes Endang (Indonesia)
    • Yasin Sulaiman
    • Edrie Hashim
    • Ad Samad

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

RujukanSunting