Buka menu utama

Mohd Faizal bin Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penggubah lagu dan penerbit album yang cukup popular di Malaysia. Anak kelahiran Masai, Johor ini mula membabitkan diri dalam bidang muzik sejak tahun 1989 lagi sebagai pemain keyboard kumpulan Exists untuk empat album pertama mereka.[1] Selepas keluar daripada Exists pada tahun 1997, Ajai kemudianya membina kerjaya sebagai penyanyi duet terkenal bersama isterinya pada ketika itu dengan gelaran Ajai & Nurul.

Ajai
KelahiranMohd Faizal bin Maas
(1975-03-28) 28 Mac 1975 (umur 44)
Masai, Johor, Malaysia
Nama lainAjai, Ajai Exists
PekerjaanKomposer, penyanyi, pemuzik
Tahun aktif1989 - kini
PasanganNoorulhuda Abdul Wahab (k. 1996; c. 2006)
Norliza Ilias (k. 2009)
AnakAyu Nazirah (anak bersama Nurul, lahir 1998)
Danisha (anak bersama Liza, lahir 2010)
Laman webhttp://instagram.com/byajai
Kerjaya muzik
GenreRock, Balada, Pop Rock
InstrumenVokal, Keyboard
Syarikat rakaman
Wake The Baby Sdn. Bhd.
Kegiatan berkaitan
Exists, Ajai & Nurul

Sepanjang kariernya sebagai penyanyi dan komposer, beliau pernah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular pada tahun 2002 biarpun hanya tampil dengan satu single solo berjudul Bisikan Asmara pada tahun tersebut. Selain itu, beliau juga pernah memenangi anugerah Lagu Terbaik sebanyak tiga kali di Anugerah Industri Muzik.

Kehidupan PeribadiSunting

Ajai pernah berkahwin dengan penyanyi Noorulhuda Abdul Wahab atau Nurul yang berasal dari Pulau Pinang pada tahun 1996 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah (lahir 1998). Mereka kemudiannya menjadi pasangan duet terkenal menerusi empat buah album iaitu Sehati Sejiwa (2001), Ajai & Nurul (2002), Seiring Sejalan (2004) dan Serasi Bersama (2006). Namun begitu, perkahwinan ini berakhir dengan perceraian pada tahun 2006 akibat masalah rumahtangga.

Setelah 3 tahun menduda, Ajai kemudiannya berkahwin dengan pengurus artis bernama Norliza Ilias atau Liza yang juga anak jati Pulau Pinang pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Danisha (lahir 2010). Perkahwinan kedua Ajai bersama Liza kekal bertahan sehingga kini.

Populariti Duo Ajai & NurulSunting

Selepas kejayaan lagu Aku Cinta, Aku Rindu yang diterbitkan pada tahun 1998 untuk album solo isterinya ketika itu, Ajai bereksperimentasi dengan lagu duet kedua berjudul Satukan Kita Berdua dan ternyata sambutan positif terhadap gandingan mereka menyuntik idea untuk bergabung dalam sebuah album studio. Maka pada tahun 2001 lahirlah album sulung pasangan ini berjudul Sehati Sejiwa. Album ini mendapat sambutan hebat dengan 3 buah single menguasai carta muzik iaitu lagu Sehati Sejiwa , Maafkanku & Bila Kau Tiada. Album ini mendapat sentuhan komposer seperti Anang dan Aidit Alfian. Disamping itu Ajai turut menyelitkan single solo sebagai penyeri karier nyanyiannya iaitu menerusi lagu Bisikan Asmara (2001) dan saduran lagu Dewa 19 yang berjudul Aku Milikmu (2002). Populariti Ajai sebagai penyanyi solo terbukti apabila meraih trofi Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 menewaskan Anuar Zain dan Jamal Abdillah.

Menyusul kejayaan album duo pertama mereka meluncurkan album kedua pada tahun 2002 berjudul Ajai & Nurul yang lebih moderate dengan single seperti Keliru ciptaan Aidit Alfian dan Lagu Rindu mendominasi carta muzik. Lagu Keliru mencuri tumpuan umum sehingga meraih anugerah juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu ke-17. Populariti mereka semakin meningkat sehingga mereka digandingkan dalam filem (direct to video) yang berjudul Cinta KLCC pada tahun 2003. Itu merupakan satu-satunya cubaan Ajai sebagai pelakon.

Pada tahun 2004 pasangan ini menerbitkan sebuah album tribut khas kepada pasangan-pasangan duet terdahulu seperti Hail Amir & Uji Rashid, Royston Sta Maria & Francesca Peter dan beberapa lagi. Album berjudul Seiring Sejalan berjaya meraih jualan memberangsangkan sekaligus mengukuhkan lagi nama pasangan ini. Bagaimanapun selepas menerbitkan album kompilasi Serasi Bersama pada tahun 2006, pasangan ini membubarkan kumpulan dan seterusnya bercerai akibat masalah rumahtangga. Duo Ajai & Nurul meninggalkan legasi yang tersendiri kepada penyanyi duet di Malaysia, termasuk pesaing seperti Achik & Nana yang tidak kurang popularnya pada ketika itu.

Komposer TerkemukaSunting

Ajai mula mencipta nama sebagai komposer apabila karya ciptaannya dinyanyikan oleh penyanyi Rem dalam album Semua Orang Tahu (1997). Sejak itu beliau mula mencipta lagu untuk artis-artis bernama besar seperti Saleem, Sheila Majid, Kris Dayanti dan Siti Nurhaliza. Bersama Siti, Ajai terlibat menerusi 3 buah album iaitu Pancawarna (1999), Safa (2001) dan E.M.A.S (2003) di mana gandingan ini berjaya menghasilkan hits unggul seperti Kau Kekasihku dan Percayalah. Ajai bagaimanapun diingati kerana terlibat dalam usaha menjenamakan semula dua penyanyi berbakat iaitu Dayang Nurfaizah dan Ning Baizura. Bersama Dayang, Ajai menerbitkan album dan lagu berjudul Seandainya Masih Ada Cinta yang menjadi fenomena pada tahun 2001 sekaligus melonjakkan nama Ajai ke peringkat yang lebih tinggi. Ajai juga menghasilkan dua buah hits utama untuk album "comeback" Ning yang berjudul Selagi Ada pada tahun 2003. Kerjasama bersama dua penyanyi ini membuahkan hasil apabila Ajai menerima anugerah Lagu Terbaik AIM buat kali kedua dan ketiga pada tahun 2002 dan 2004. Ajai bertanggungjawab mempopularkan dua penyanyi soul iaitu Deja Moss dan Sarah Raisuddin. Album debut Sarah yang diterbitkan beliau pada tahun 2002 telah memenangi tiga anugerah utama di AIM.

Pada tahun 2004 Ajai terlibat dalam pembikinan lagu runut bunyi untuk filem Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) di mana menyaksikan beliau bekerjasama dengan penyanyi pop terkenal Misha Omar. Kesemua lagu ciptaan Ajai untuk Misha menjadi hits kerana digunakan sebagai lagu asal filem. Lagu Pulangkan dan Ku Seru menghiasi kronologi filem seram PHSM serta lagu Riwayat Cinta untuk filem Gerak Khas 3. Ajai seterusnya menghasilkan runut bunyi untuk filem-filem seperti Kayangan, Waris Jari Hantu dan 1957 : Hati Malaya , kesemuanya diterbitkan pada 2007. Lagu-lagu seperti Kayangan, Kasih Tercipta, Perlu Kamu dan Menanti Pasti menghiasi filem-filem ini. Pada tahun 2008 hingga 2009 Ajai menyertai barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia musim keenam dan ketujuh sebagai Penasihat Muzik dan Vokal di bawah pengawasan pengetua Tiara Jacquelina dan Amy Search. Menerusi AF7, Ajai menemui bakat baru bernama Hafiz Suip yang mana beliau berjaya dengan kerjasama lagu-lagu popular seperti Noktah Cinta dan Ku Akui pada tahun 2010.

Ajai mempunyai syarikat rakaman bernama Wake The Baby yang dibuka pada tahun 2002.

DiskografiSunting

Album Bersama ExistsSunting

Pembabitan Sebagai Penerbit AlbumSunting

SingleSunting

Lagu SoloSunting

  • Bisikan Asmara (2001)
  • Rindu Di Aidilfitri (2002)
  • Sentuhan Listrikmu (2004)
  • Syair Buat Najiha (2006)
  • Redupan Kayangan (2007)
  • Maafkanlah Cinta (2009)
  • Aduh (2014)
  • Gara Diriku (2014)
  • Salam Sesuci (2014)

Lagu bersama Ajai & NurulSunting

Lihat diskografi Ajai & Nurul

Lain-Lain Lagu DuetSunting

  • Hati Ini Telah Dilukai (1999) bersama Kris Dayanti
  • Perlu Kamu (2007) bersama Kris Dayanti
  • Kayangan (2007) bersama Tunku Mimi
  • Sayang (2009) bersama Marsha Londoh
  • Permaisuri (2012) bersama Ella

Single Ciptaan PopularSunting

1990anSunting

  • Selingkar Kasih - Rem (1997)
  • Semua Orang Tahu - Rem (1997)
  • Juwita - Saleem (1998)
  • Aku Cinta Aku Rindu - Ajai & Nurul (1998)
  • Kau Kekasihku - Siti Nurhaliza (1999)
  • Jatuh Cinta Sekali Lagi - Sheila Majid (1999)
  • Hati Ini Telah Dilukai - Ajai & Krisdayanti (1999)

2000anSunting

  • Satukan Kita Berdua - Ajai & Nurul (2000)
  • Hanya Denganku - Rem (2000)
  • Seandainya Masih Ada Cinta - Dayang Nurfaizah (2001)
  • Percayalah - Siti Nurhaliza (2001)
  • Bahagia - Dayang Nurfaizah (2001)
  • Keranamu Kekasih - Illa Sabri (2001)
  • Kau Tetap Di Hatiku - 2 by 2 & Liza Hanim (2001)
  • Asmara Ini - Fazley Yaakob (2001)
  • Asmara Ini - Deja Moss (2001)
  • Terkenang Jua - Ziana Zain (2002)
  • Lagu Rindu - Ajai & Nurul (2002)
  • Rela - Elyana (2002)
  • Kesetiaan - Sarah Raisuddin (2002)
  • Kau Tak Pernah Jauh - Nora Ariffin (2002)
  • Sebenar Cinta - Siti Nurhaliza (2003)
  • Selagi Ada Cinta - Ning Baizura (2003)
  • Kembali - Ning Baizura (2003)
  • Cinta Mencintai Kita - Ajai & Nurul (2003)
  • Lembah Asmara - Ziana Zain (2003)
  • Saat Hilangnya Cintamu - Sarah Raisuddin (2003)
  • Simbiosis - Ella (2003)
  • Pulangkan - Misha Omar (2004)
  • Riwayat Cinta - Misha Omar (2005)
  • Aku Cinta Kamu - Linda Nanuwil (2005)
  • Kenapa - Shazzy feat Lah Ahmad (2005)
  • Ku Seru - Misha Omar (2005)
  • Jika Kau Kekasih - Linda Nanuwil (2006)
  • Serasi Bersama - Ajai & Nurul (2006)
  • Aku Lebih Tahu - Mila Jirin (2007)
  • Persis Mutiara - Mila Jirin (2007)
  • Kasih Tercipta - Faizal Tahir (2007)
  • Menanti Pasti - Siti Nurhaliza (2007)
  • Aku Pencintamu - Felix Agus (2007)
  • Doa Dalam Lagu - Mawi & Heliza Helmi (2008)
  • Melara Jiwa - Ziana Zain (2008)
  • Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah (2008)
  • Ku Petik Satu Bintang - Alyah & Riz (2009)
  • Sampai Di Sini - Misha Omar (2009)

2010anSunting

  • Noktah Cinta - Hafiz Suip (2010)
  • Ku Akui - Hafiz Suip (2011)
  • Biar Mimpi Sampai Ke Bintang - Asmidar (2011)
  • Beginilah Caranya - Shaheizy Sam & Yana Samsuddin (2012)
  • Melawan Arus Cinta - Puteri Caroline (2012)
  • Mana Mungkin - Black Hanifah (2015)
  • Terimaku Seadanya - Hafiz Suip & Misha Omar (2016)
  • Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah (2017)

PencapaianSunting

Anugerah Industri MuzikSunting

Menang

  • Lagu Terbaik AIM6/1999 - Aku Cinta Aku Rindu - Ajai & Nurul, lirik oleh Nurul Wahab
  • Lagu Terbaik AIM9/2002 - Seandainya Masih Ada Cinta - Dayang Nurfaizah, lirik oleh Syed ENV
  • Album Terbaik AIM10/2003 - Sarah - Sarah Raisuddin, sebagai penerbit
  • Album Pop Terbaik AIM10/2003 - Sarah - Sarah Raisuddin, sebagai penerbit
  • Lagu Terbaik AIM 11/2004 - Selagi Ada Cinta - Ning Baizura, lirik oleh Nurul Wahab
  • Album Terbaik AIM11/2004 - E.M.A.S - Siti Nurhaliza, sebagai penerbit
  • Album Pop Terbaik AIM11/2004 - E.M.A.S - Siti Nurhaliza, sebagai penerbit

Anugerah Juara LaguSunting

Penyertaan sebagai Komposer

Tahun Kategori Judul Lagu Keputusan Lirik Penyanyi
1998 Balada "Juwita" Dicalonkan A. Zaman Saleem
2000 Balada "Kau Kekasihku" Menang Alam Maya Siti Nurhaliza
2001 Balada "Percayalah" Dicalonkan Siti Nurhaliza Siti Nurhaliza
"Seandainya Masih Ada Cinta" Menang Syed ENV Dayang Nurfaizah
Pop Rock "Maafkanku" Dicalonkan Dicipta bersama Aidit Alfian Ajai & Nurul
"Bahagia" Dicalonkan Syed ENV Dayang Nurfaizah
2003 Balada "Selagi Ada Cinta" Dicalonkan Nurul Wahab Ning Baizura
2004 Balada "Pulangkan" Menang Habsah Hassan & Shuhaimi Baba Misha Omar
Pop Rock "Simbiosis (Cinta Padamu)" Dicalonkan Ad Samad Ella
2006 Balada "Ku Seru" Dicalonkan Habsah Hassan & Shuhaimi Baba Misha Omar
2007 Balada "Kasih Tercipta" Dicalonkan Shuhaimi Baba Faizal Tahir
diganti oleh Bob Yusrizam
2008 Etnik Kreatif "Doa Dalam Lagu" Dicalonkan Rosli Khamis Mawi & Heliza Helmi
Mawi diganti oleh Zahid Baharuddin
2009 Terbuka "Tak Mungkin Kerana Sayang" Dicalonkan Habsah Hassan Alyah
2010 Terbuka "Noktah Cinta" Menang Sheikh Qalam Hafiz Suip
2012 Terbuka "Ku Akui" Menang Ajai Hafiz Suip
2014 Terbuka "Matahari" Dicalonkan Ajai Hafiz Suip
2015 Terbuka "Mana Mungkin" Dicalonkan Ajai Black Hanifah
2016 Terbuka "Terimaku Seadanya" Menang Ajai Hafiz Suip & Misha Omar
"Di Amaran Mama" Dicalonkan Ad Samad Hazama Azmi

Penyertaan sebagai Artis
Lagu yang ditebalkan adalah juara keseluruhan

Tahun Kategori Judul Lagu Keputusan Lagu & Lirik Penyertai sebagai
1992 Pop Rock "Untukmu Ibu" Dicalonkan Rahim Othman / Megat Ismail kumpulan Exists
1994 Pop Rock "Anugerah" Dicalonkan G. Nola / Baiduri kumpulan Exists
2001 Pop Rock "Maafkanku" Dicalonkan Aidit Alfian / Ajai Ajai & Nurul
2002 Pop Rock "Keliru" Menang Aidit Alfian Ajai & Nurul

RujukanSunting

Pautan luarSunting