Juara Lagu Kategori Balada

Juara Lagu Kategori Balada merupakan pertandingan lagu yang dimasukkan dalam penganjuran Anugerah Juara Lagu oleh TV3 bermula pada tahun 1992 dan ditamatkan pada 2008. Lagu-lagu yang dipertandingkan dalam kategori ini terdiri daripada lagu-lagu yang berentak pop balada, pop melayu, jazz, R&B, blues, slow rock dan kontemporari balada yang bernuansa perlahan. Sebanyak 17 buah lagu telah memenangi kategori ini dengan komposer Adnan Abu Hassan dan Ajai menerajui senarai pemenang terbanyak dengan 3 kemenangan buat masing-masing. Habsah Hassan dan Lukhman S unggul sebagai pemenang dengan 2 kemenangan sebagai penulis lirik.

Juara Lagu Kategori Balada
Logo Anugerah Juara Lagu
GenreMuzik
PenciptaDatuk Ahmad Merican
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan musim17
Penerbitan
Tempoh siaransebahagian daripada Anugerah Juara Lagu
Penyiaran
Saluran asalTV3
Julung kali ditayangkan di
AJL 7
Siaran asal1992 – AJL 23
Kronologi
Mengikuti2008
Diikuti olehKategori Terbuka
Pautan luar
www.anugerahjuaralagu.com Laman sesawang

Penyanyi Siti Nurhaliza mengungguli dengan 4 kemenangan diikuti oleh Ziana Zain dan Misha Omar dengan 2 kemenangan sebagai penyanyi.

Senarai Pemenang dan Finalis

sunting

Edisi ke 7 pada 1992:
Pemenang: "Pada Syurga Di Wajahmu"
Komposer: Fauzi Marzuki/ Penulis Lirik: Bob Lokman /Penyanyi: Nash Elias

    • "Kekasih Awal dan Akhir" - Komposer: Fauzi Marzuki / Penulis Lirik: S. Amin Shahab /Penyanyi: Jamal Abdillah
    • "Madah Berhelah" - Komposer: Saari Amri / Penulis Lirik: Saari Amri /Penyanyi: Ziana Zain
    • "Syakila"i - Komposer: M. Nasir / Penulis Lirik: M. Nasir /Penyanyi: Razzi Rahman




  • Edisi ke 10 pada 1995:
    Pemenang: "Cinta Beralih Arah" ‡
    Komposer: Jari Idris / Penulis Lirik: Habsah Hassan /Penyanyi: Aishah
    • "Di Persimpangan Dilema" : - Komposer: Adnan Abu Hassan / Penulis Lirik: Elyna /Penyanyi: Nora Ariffin
    • "Lamunan Terhenti" - Komposer: Saari Amri / Penulis Lirik: Saari Amri /Penyanyi: Aris Ariwatan
    • "Di Pintu Mahligai" - Komposer: Umarah / Penulis Lirik: S. Amin Shahab /Penyanyi: Kumpulan Iklim



  • Edisi ke 12 pada 1997:
    Pemenang: "Aku Cinta Padamu" ‡
    Komposer: LY/ Penulis Lirik: Baiduri /Penyanyi: Siti Nurhaliza
    • "Naluri (Hadirlah Kekasih)" - Komposer: Johan Nawawi / Penulis Lirik: Johan Nawawi /Penyanyi: Nora Ariffin
    • "Seroja" - Komposer: M.Nasir/ Penulis Lirik: S.Amin Shahab/Penyanyi: Kumpulan Search
    • "Senja Nan Merah" - Komposer: Darwis (M. Nasir)/ Penulis Lirik:Seth (Loloq) /Penyanyi: Awie & Ziana Zain




  • Edisi ke 15 pada 2000:
    Pemenang: "Kau Kekasihku"
    Komposer: Ajai / Penulis Lirik: Alam Maya / Penyanyi: Siti Nurhaliza
    • "Impian Cinta" - Komposer: Ajak /Penulis Lirik: Ajak / Penyanyi: Rem Kassim
    • "Nian Di Hati" - Komposer : Azmeer / Penulis Lirik: Azam Dungun / Penyanyi : Siti Nurhaliza
    • "Pasrah" - Komposer: Saari Amri / Penulis Lirik: Yusof Kelana / Penyanyi: Erra Fazira



  • Edisi ke 17 pada 2002:
    Pemenang: "Menadah Gerimis"
    Komposer: Azmeer / Penulis Lirik: Azmeer / Penyanyi: Ziana Zain
    • "Bicara Manis Menghiris Kalbu" - Komposer: Zulkifli Majid (Aiman) / Penulis Lirik: Lukhman S / Penyanyi: Siti Nurhaliza
    • "Gelisah Mimpi" - Komposer: Zulkifli Majid (Aiman) / Penulis Lirik: Alam Maya / Penyanyi: Liza Hanim
    • "Syair Si Pari-pari" - Komposer: Aidit Alfian / Penulis Lirik: Ad Samad / Penyanyi: Zamani Ibrahim






  • Edisi ke 22 pada 2007:
    Pemenang:"Izinku Pergi" †
    Komposer: Azlan Abu Hassan / Penulis Lirik: Sulu Sarawak / Penyanyi: Kaer Azami digantikan oleh Sahri
    • "Ceritera Cinta" - Komposer: Ross Ariffin / Penulis Lirik: Habsah Hassan / Penyanyi: Rio Febrian digantikan oleh Lah Ahmad & Jaclyn Victor
    • "Harapan" - Komposer: Hazami / Penulis Lirik: Hazami / Penyanyi: Fazli Zainal
    • "Kasih Tercipta" iv - Komposer: Ajai / Penulis Lirik: Shuhaimi Baba / Penyanyi: Faizal Tahir digantikan oleh Yusrizan Usop
    • "Mahakarya Cinta" iv - Komposer: Audi Mok / Penulis Lirik: Shah Shamsiri / Penyanyi: Faizal Tahir digantikan oleh Fiq



† = Lagu yang memenangi Lagu Terbaik AIM
‡ = Lagu yang dicalonkan sebagai Lagu Terbaik / Lagu Pop Terbaik AIM
Nota

  • i Lagu ini asalnya dinyanyi untuk skor filem "Syakila" dengan menggunakan suara Rahim Maarof tetapi ketika filem menunggu tayangan, syarikat rakaman BMG memberikan lagu ini kepada Razzi Rahman, ditambah dengan kontroversi pelepasan kontrak di antara Rahim dan BMG. Lagu ini kemudian dirakamkan sekali lagi oleh Rahim Maarof dalam gubahan rock oleh Mac Chew dengan judul "Syakila '92" pada lewat tahun 1992.
  • i Lagu ini dipertandingkan di peringkat mingguan menerusi persembahan kumpulan Iklim, tetapi menjelang persembahan separuh akhir AJL, IKLIM tidak dapat membuat persembahan. Sebagai ganti, lagu ini disampaikan oleh seorang lagi penyanyi yang turut merakamkan lagu ini iaitu Adilla Idris. Lagu versi Adilla adalah dalam bentuk akustik dan keroncong serta telah dimuatkan dalam album beliau yang berjudul "Medley Popular '94". Adilla menyampaikan lagu ini dalam versi beliau sendiri pada acara separuh akhir dan akhir Juara Lagu.
  • iii Biarpun mempunyai beberapa rangkap penting dinyanyikan oleh penyanyi latar, lagu ini dipertandingkan sebagai lagu solo. Misha Omar menerusi lagu ini memenangi kategori Vokal Terbaik secara solo, dan tidak secara duet/menampilkan vokal.
  • iv Dua buah lagu ini disampaikan oleh penyanyi asal ketika peringkat separuh akhir tetapi akibat insiden buka baju, penyanyi Faizal Tahir dilarang muncul di kaca TV. Kedua-dua lagu ini disampaikan oleh penyanyi gantian.
  • v Lagu ini merupakan satu-satunya lagu yang dimasukkan ke senarai akhir setelah pengumuman dilakukan pada minggu sebelumnya. Pemilihan ini menjadikan lagu "Dingin" sebagai satu-satunya lagu yang bertanding secara wildcard.
  • 71 buah lagu pernah dipertandingkan dalam kategori ini di mana 40 buah lagu dinyanyikan secara solo oleh penyanyi wanita dan 21 buah lagu oleh penyanyi solo lelaki. 7 buah lagu disampaikan oleh kugiran dan hanya 3 buah lagu disampaikan secara duet.
  • Sebanyak 7 buah lagu daripada kategori ini berjaya menerima anugerah utama keseluruhan menewaskan lagu-lagu daripada kategori lain iaitu "Pada Syurga Di Wajahmu", "Teratai Layu Di Tasik Madu", "Cinta Beralih Arah", "Jerat Percintaan", "Bunga-bunga Cinta", "Gemilang" dan "Terlalu Istimewa".
  • Komposer Ajai dan penulis lirik Habsah Hassan menerima pencalonan terbanyak iaitu masing-masing menerusi 8 buah lagu. Dua daripadanya adalah kerjasama Ajai dan Habsah bersama penyanyi Misha Omar.
  • Adnan Abu Hassan & Ajai merupakan pemenang terbanyak kategori ini iaitu masing-masing sebanyak 3 kali.
  • Lukhman S dan Habsah Hassan merupakan pemenang terbanyak sebagai penulis lirik.
  • Saari Amri dan M. Nasir menerusi 5 lagu adalah komposer yang mempunyai pencalonan terbanyak tanpa sebarang kemenangan, manakala Rosli Khamis atau Loloq menerusi 4 buah lagu merupakan penulis lirik menerusi pencalonan terbanyak tanpa sebarang kemenangan. Penyanyi Nora Ariffin merupakan penyanyi terbanyak bertanding tanpa sebarang kemenangan iaitu sebanyak 5 kali.
  • Hanya Adnan Abu Hassan dan Azmeer merupakan pemenang lagu terbaik kategori menerusi penciptaan solo (muzik dan lirik), masing-masing sekali. Lagu mereka bagaimanapun tidak dinyanyikan mereka sendiri.
  • Aizat Amdan menjadi satu-satunya komposer, penulis dan penyanyi yang bertanding atas karya sendiri secara keseluruhan. Aizat juga merupakan komposer paling muda bertanding iaitu ketika berusia 19 tahun.
  • Siti Nurhaliza unggul sebagai penyanyi dengan kemenangan terbanyak iaitu menerusi 4 buah lagu. Beliau juga menerima pencalonan terbanyak sebagai penyanyi iaitu 8 buah lagu dalam 7 penganugerahan. Siti juga merupakan penyanyi termuda memenangi anugerah ini iaitu ketika berusia 17 tahun.
  • Adibah Noor merupakan pemenang tertua kategori ini iaitu pada usia 36 tahun.
  • Kesemua lagu yang menang adalah lagu solo, kecuali pada tahun 2004 lagu "Pulangkan" oleh Misha Omar bertanding secara solo biarpun mempunyai bahagian penampilan vokal dasar oleh penyanyi latar Izzad Izuddin.
  • Lagu "Ku Seru" (2006) merupakan satu-satunya lagu sekuel yang layak ke AJL. Lagu ini disambung dari lagu "Pulangkan" yang bertanding dan menang pada 2004. Lagu ini juga merupakan satu-satunya lagu yang disampaikan oleh seorang penyanyi menerusi persembahan dua watak dalam satu lagu. Kebiasaannya lagu sebegini disampaikan secara duet, tetapi "Ku Seru" memilih untuk memberikan kedua-dua watak dalam lagu tersebut kepada penyanyi solonya Misha Omar sebagaimana dua watak tersebut diperan oleh aktres Maya Karin dalam versi filemnya. Ramai beranggapan lagu "Nian Di Hati" (2000) oleh Siti Nurhaliza sebagai sekuel kepada lagu "Purnama Merindu", namun kedua-dua lagu tersebut tidak ditulis oleh penulis lirik yang sama.
  • Edisi ke 22 pada 2007 menyaksikan 85% lagu yang bertanding terpaksa menggunakan penyanyi gantian. Hanya Fazli Zainal merupakan penyanyi asal manakala Jaclyn Victor sebagai penyanyi asal "Ceritera Cinta" digandingkan dengan pasangan pengganti iaitu Lah Ahmad ekoran penyanyi asal Rio Febrian berada di Indonesia. Turut tidak dapat membuat persembahan kerana berada di Indonesia adalah Kaer Azami yang diganti Sahri. Manakala penyanyi Faizal Tahir hadir sebagai penonton apabila digam daripada muncul di kaca TV ketika dua buah lagu nyanyiannya terpaksa diganti oleh dua penyanyi lain. Sahri menjadi penyanyi gantian pertama memenangi kategori ini.
  • Adnan & Azlan Abu Hassan merupakan adik beradik pertama yang pernah memenangi kategori ini menerusi lagu ciptaan masing-masing, sementara hanya Ziana & Anuar Zain merupakan adik beradik yang bertanding dalam kategori ini menerusi lagu masing-masing. Komposer Jari Idris dan adiknya Adilla Idris pula pernah bertanding pada tahun yang sama iaitu 1994, tetapi Adilla ketika itu penyanyi gantian kepada Iklim dan Jari pula bertanding sebagai komposer.
  • LY dan Baiduri merupakan pasangan suami isteri pertama menang kategori ini menerusi lagu "Aku Cinta Padamu", juga bertanding pada 1999 menerusi lagu "Syurga Di Hati Kita". Ajai & Nurul Wahab - "Selagi Ada Cinta" merupakan calon lain yang turut bergelar suami isteri ketika bertanding menerusi lagu ciptaan bersama. Hanya Aubrey Suwito - "Gemilang" dan isterinya Lin Li Zhen - "Awan Yang Terpilu" yang bertanding menerusi lagu ciptaan sendiri masing-masing pada tahun 2005.
  • Ziana Zain merupakan finalis yang bertanding pada edisi pertama kategori ini diwujudkan dan beliau turut bertanding pada edisi terakhir kategori ini diadakan.
  • Lagu "Getaran Cinta Di Jiwa" nyanyian Liza Hanim masih kekal sebagai lagu yang paling lama berada dalam carta Muzik-muzik sehingga kini iaitu 51 minggu keseluruhan pada 1997 hingga awal 1998 diikuti oleh lagu "Purnama Merindu" (Siti Nurhaliza) kekal dalam carta selama 48 minggu pada tahun 1999. Lagu "Puncak Kasih", "Purnama Merindu", "Lamunan Terhenti" pula merupakan pemenang kategori yang paling lama menjuara carta Muzik-muzik iaitu 17 minggu keseluruhan.
  • Hanya "Jerat Percintaan", "Seandainya Masih Ada Cinta" dan "Izinku Pergi" merupakan pemenang kategori yang turut berjaya menang anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik.
  • "Menyemai Cinta Bersamamu", "Keabadian Cinta", "Selagi Ada Cinta" dan "Awan Yang Terpilu" merupakan lagu-lagu yang tewas dalam kategori ini sungguhpun berjaya meraih anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik.
  • Sehingga 2012, hanya lagu "Pada Syurga Di Wajahmu" dan "Bunga-bunga Cinta" yang pernah dinyanyikan semula oleh penyanyi asalnya di pentas AJL sebagai persembahan selingan (pembukaan). Bagaimanapun, lagu yang pernah tewas juga pernah disampaikan secara selingan di AJL iatu "Madah Berhelah" dalam medley interlud AJL 25.