Saari Amri
Saari bin Jusoh atau lebih dikenali sebagai Saari Amri ialah seorang komposer, penulis lirik dan penerbit album Malaysia yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Beliau merupakan komposer muda yang dianggap pelopor muzik 1990-an.[1] dan sudah menghasilkan lebih 600 buah lagu ciptaannya berada di pasaran.[2] Nama beliau dikenali kerana menghasilkan rangkaian koleksi lagu-lagu popular yang terus menjadi siulan sehingga kini antaranya Madah Berhelah (Ziana Zain), Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (Ukays), Butakah Cinta (Spring), Suci (May), Ramalanku Benar Belaka (Umbrella), Sembilu (Ella), Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan), Gerimis Mengundang (Slam), Mengintai Dari Tirai Kamar (Exists), Penantian (Black Rose) dan banyak lagi.
Saari Amri | |
---|---|
Kelahiran | Saari bin Jusoh 13 April 1966 |
Nama lain | Iraas Irma, Fitri Amri, Siti Wan Kembang |
Pekerjaan | Komposer, penulis lirik, penerbit album |
Tahun aktif | 1988 - 2000 |
Kampung asal | Kuala Lumpur, Malaysia |
Pasangan | Senorita Abdul Rahman |
Anak-anak | Mohd Fitri Amri Iraas Irmarita Iraas Marliany Amri Farizuan |
Kerjaya muzik | |
Syarikat rakaman | Menora Music Entertainment |
Pengkarya berkait | Kumpulan Ukays Kumpulan Umbrella Kumpulan Slam Kumpulan Scan Shima Ziana Zain Nike Ardilla Azie |
Pada tahun 1994 beliau telah menerbitkan album Ukays berjudul Bisa Berbisa yang terjual melebihi 400,000 unit di Malaysia.[3] Album itu telah melonjakkan lagi nama beliau dan Kumpulan Ukays dipersada muzik tanah air ketika itu.[4]
Kehidupan peribadi Sunting
Saari bin Jusoh dilahirkan pada 13 April 1966 di Tanah Merah, Kelantan.[5] Selepas ibu-bapanya berpisah, beliau tinggal bersama neneknya dan kerana kemiskinan hidup, hanya belajar sehingga darjah enam sahaja. Beliau tidak pernah mendapat didikan muzik secara formal.[6] Pada 28 November 1993, beliau menamatkan zaman bujangya bersama Senorita Abdul Rahman dan dikurniakan empat orang cahaya mata.[4] Sebelum bergiat dalam bidang muzik, beliau pernah bekerja sebagai penoreh getah dan buruh binaan.[6]
Kerjaya Sunting
Lagu pertama diterbitkan Pasti nyanyian kumpulan MEGA. Antara lagu-lagu awal :
- Ella : Sembilu
- Shima: Setelah Aku Kau Miliki
- Aris Ariwatan : Lamunan Terhenti
- Ziana Zain : Madah Berhelah
- Nike Ardilla (Indonesia) : Ku Tak Akan Bersuara / Suara Hatiku (Malaysia ver)
Penglibatan Anugerah Juara Lagu pertama Saari Amri ialah di Anugerah Juara Lagu ke-6 iaitu pada 29 Disember 1991 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dua lagu beliau dipertandingkan iaitu Penantian dari Black Rose dan Setelah Aku Kau Miliki yang dinyanyikan oleh Shima. Namun, hanya satu lagu beliau dianugerahkan. Setelah Aku Kau Miliki berjaya meraih Naib Juara di Juara Lagu 91 tersebut dan persembahan memukau oleh penyanyinya Shima mendapat Persembahan Terbaik ketika itu.
Pada 19 Oktober 1996, beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya lantas berhenti berkarya.[4][7] Tambahan pula, akibat krisis kewangan Asia 1997, syarikat penerbitan milik beliau, Menora Music telah terjejas dan beliau terpaksa menukar nama syarikat tersebut kepada Menora Music Entertainment.
Diskografi Sunting
Album kompilasi Sunting
- Koleksi Ciptaan Terbaik Saari Amri (1992)
- Koleksi Ciptaan Terbaik Saari Amri Vol II (1993)
- Baik Punya (1998)
- Rock Berbisa
- Lentok Berbisa (2009)
- Tupin Berbisa (2011)
- 25 Tahun Saari Amri (2014)
Ciptaan Sunting
Judul lagu | Penyanyi | Pencipta | Produksi |
---|---|---|---|
Bila Cinta Bersuara | Alkesah Band | Saari Amri | Nike19 Studios |
Pencapaian Sunting
Antara lagu-lagu ciptaan Saari Amri yang berjaya memasuki peringkat akhir Anugerah Juara Lagu.
Anugerah | Judul lagu | Penyanyi | Nota |
---|---|---|---|
AJL1991 | Setelah Aku Kau Miliki | Shima | Tempat ke-2 |
Penantian | Black Rose | ||
AJL1995 | Lamunan Terhenti | Aris Ariwatan | |
Manis Masa Bercinta | Haida | ||
AJL1996 | Gerimis Mengundang | Slam | |
Kemelut Di Muara Kasih | Ziana Zain | ||
AJL2000 | Pasrah | Erra Fazira |
Rujukan Sunting
- ^ Farihad Shalla Mahmud (15 Oktober 2017). "Irama mendayu 1990-an bantut evolusi muzik tempatan". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2021. Dicapai pada 23 April 2021.
- ^ Norhayati Nordin (26 November 2017). "Masih aktif cipta lagu". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2021. Dicapai pada 23 April 2021.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (7 November 2017). "Teman anggap Saari pencipta lagu luar biasa". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2021. Dicapai pada 23 April 2021.
- ^ a b c Norliza Mohamad Zakaria (21 November 2009). "Saari Amri kembali berkarya". Hiburan. Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-17. Dicapai pada 16 November 2015.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (5 November 2017). "Saari Amri terus aktif cipta lagu". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2021. Dicapai pada 23 April 2021.
- ^ a b Niezam Abdullah (7 Jun 2010). "Saari Amri bengang mulut celupar Ajai". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2021. Dicapai pada 16 November 2015.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanutusan2
tidak disediakan