Tan Sri Ahmad Othman Merican atau lebih terkenal sebagai Ahmad Merican ialah seorang pemuzik veteran Malaysia. Beliau diberi gelaran 'Tokoh Muzik Tanah Air' oleh pihak media Malaysia dan juga diiktiraf sebagai 'Tokoh Penyiar 1994'. Beliau telah mempelopori pelbagai bidang dalam hidupnya. Beliau merupakan orang pertama diberi tanggungjawab merakamkan lagu kebangsaan Malaysia, pencetus idea-idea bernas program hiburan dan pentadbir Orkestra Radio Malaysia (kini Orkestra RTM) sekitar tahun 60an.

Beliau dilahirkan di Pulau Pinang dan pernah menjadi orang kuat bagi TV3, NTV7, Penerbangan Malaysia (MAS) dan kini merupakan seorang ahli lembaga International College of Music (ICON) Malaysia.

Penglibatan dan sumbanganSunting

Kesungguhan beliau dalam bidang muzik teruji apabila beliau menerbitkan dengan jayanya program muzikal bersiri seperti Bakat TV, Juara Kugiran dan Pesta Dendang Rakyat di kaca TV. Tokoh Penyiar 1994 itu juga merupakan pengasas Pertandingan Bintang RTM, program menguji bakat yang mampu bertahan sehingga kini. Bukan itu sahaja beliau adalah pencetus konsep rancangan hiburan seranta seperti Malam Irama Malaysia dan Pertandingan Mencipta Lagu yang menjadi hits di era kerjaya beliau. Beliau juga merupakan pencipta lagu klasik evergreen, Tanah Pusaka disamping Tan Sri Dol Ramli sebagai penulis lirik.

Pendidikan dan kerjayaSunting

Di bidang akademik, Ahmad merupakan pelajar Malaysia pertama melanjutkan pelajaran ke Berklee School of Music di Boston, Amerika Syarikat . Beliau juga merupakan salah seorang daripada enam penerbit perintis RTM yang dipertanggungjawab untuk memperkenalkan media elektronik terbaru pada masa itu, iaitu televisyen, kepada para penonton di Malaysia.

Walaupun setelah meninggalkan RTM, Tokoh Muzik Tanahair, Tan Sri Ahmad Merican terus aktif mengikuti perkembangan televisyen Malaysia. Beliau juga adalah ahli lembaga Kolej Muzik Antarabangsa (International College of Music) dan panel penasihat Akademi Seni Kebangsaan. Ahmad Merican kini diusia emas bahagia disamping isteri Puan Sri Mahani Abdullah dan 6 anak serta cucu-cucu tersayang.[1]

Tokoh Penyiaran MalaysiaSunting

Pada 1 Disember 2009, beliau telah diraikan dalam majlis sambutan harijadinya ke-85. Turut hadir ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Penyanyi Salamiah Hassan dan Datin Julie Sudiro membuat persembahan dengan iringan Kombo RTM.

AnugerahSunting

Antara anugerah yang diterimanya ialah Tokoh Penyiar 1994, Anugerah Wirama 1996 dan Anugerah Nadi Cipta 1999.[2]

RujukanSunting

Pautan luarSunting

  1. http://zonfiniti.blogspot.com/2010/08/biografi-ahmad-merican.html#ixzz3828xjhqG