Zamani bin Ibrahim (lahir 25 Mei 1971) atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau mula mencipta nama menerusi kumpulan pop terkenal 1990an, Slam yang dianggotainya dari 1993 hingga 1999. Beliau yang kemudiannya melancarkan kerjaya muzik secara solo pada tahun 2002 kini bergelar antara penyanyi pop lelaki yang malar segar di Malaysia dan Indonesia serta negara serantau.[1] Kekuatan vokal beliau dapat memukau ramai peminat sehingga beliau ditempatkan setaraf dengan vokalis-vokalis terbaik tanah air.[2]

Zamani Ibrahim
Nama lahirZamani bin Ibrahim
Juga dikenali sebagai
Zamani Slam
Kelahiran (1971-05-25) 25 Mei 1971 (umur 49)
Ampang, Selangor, Malaysia
GenrePop, Pop rock, Balada
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1993–kini
Syarikat rakaman
BMG Music
Nova Music
Faithful Music
Pengkarya berkait
Slam

Awal tahun 2015, industri muzik Malaysia dikejutkan dengan berita penangkapan beliau. Beliau disahkan memiliki dan mengambil dadah dan telah dimasukkan ke pusat pemulihan setempat.[3] Setelah beberapa bulan dirawat, beliau disahkan bebas dari dadah dan mulai aktif di pentas pada tahun 2016.[4]

Kehidupan peribadiSunting

Beliau telah berkahwin dengan Nur Juliana Abdul Rani pada 20 September 2019.[5][6] Majlis perkahwinan mereka berlangsung secara tertutup di Ampang dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat pasangan pengantin.[7][8]

DiskografiSunting

Album studioSunting

Tahun Judul Jualan
2002 Syair Si Pari-Pari
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2002
  • Label : Nova Music
2004 Kala Hujan
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2004
  • Label : Nova Music
2010 Terima Kasih
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2010
  • Label : Universal Music

Album kompilasiSunting

  • Zamani Terbaik (2011)

SingleSunting

  • Isabella '98 - bersama Jamal Abdillah, Amy dan Saleem
  • Syair Si Pari-Pari (2002)
  • Kala Hujan (2004)
  • Andai Gerimis Tiada (2011)
  • Tak Keruan (2012) - duet bersama Sharifah Zarina
  • Cahaya Asmara (2015)
  • Tambatan Hati (2016)
  • Aduh (2019)
  • Lima Aksara (2019) - duet bersama Ezad Lazim
  • Syawal Ini (2020) (Lagu Raya Aidilfitri)


* Untuk diskografi bersama Slam, rujuk di sini

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak
1997 Sate
1999 Bara Ziman

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 Syair Si Pari-Pari VCD
2003 Hantu
2004 Celak Pak Andam

Anugerah dan pencalonanSunting

Anugerah Industri MuzikSunting

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Keputusan
1996 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Terbaik Slam Tercalon
Lagu Terbaik Gerimis Mengundang Tercalon
1997 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Slam Live Concert Unplugged Menang
Album Rock Terbaik Slam Live Concert Unplugged Tercalon
Anugerah Kembara Menang
1998 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Slam Live Concert Unplugged 2 Tercalon
Album Pop Terbaik Slam Live Concert Unplugged 2 Tercalon
1999 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Dalam Harapan Tercalon
Album Pop Terbaik Dalam Harapan Tercalon
2003 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Syair Si Pari-Pari Tercalon
Lagu Terbaik Syair Si Pari-Pari Tercalon

Anugerah Juara LaguSunting

Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Pencipta Lagu Penulis Lirik Keputusan
1996 Gerimis Mengundang Saari Amri Saari Amri Tercalon
2002 Syair Si Pari-Pari Aidit Alfian Ad Samad Tercalon
2004 Kala Hujan Aidit Alfian Loloq Tercalon

Anugerah Bintang Popular Berita HarianSunting

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1995 Penyanyi Berkumpulan Popular (bersama Slam) Tercalon
1996 Penyanyi Berkumpulan Popular (bersama Slam) Tercalon
1997/98 Penyanyi Berkumpulan Popular (bersama Slam) Tercalon
2002 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon

Lain-lain PencapaianSunting

Voice of Asia 1997

  • Tempat Ketiga (bersama Slam)

Anugerah Platinum Berkembar Asia Award 1999

Bersama kumpulan Slam

Anugerah Musik Indonesia 1999

  • Anugerah Khas (bersama Slam)

Anugerah Era 2002

  • Vokal Lelaki Pilihan

Gegar Vaganza 5 (2018)

  • Tempat Ketiga

Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) AIM 1997

  • Bersama Kumpulan Slam

Anugerah Kembara AIM 1997

  • Bersama kumpulan Slam

RujukanSunting

  1. ^ Perdana, Egi David. "10 Penyanyi Terbaik Asia Sepanjang Masa". Kompasiana. Kompasiana. Dicapai pada 2 September 2016.
  2. ^ Razlan, Abd Razak. "Vokalis Terbaik Malaysia". blogspot. Razlan Abd Razak. Dicapai pada 2 September 2016.
  3. ^ Astro Gempak. "Zamani Slam Positif Dadah, 10 Tahun Terlibat Penagihan". astrogempak.com. Astro Gempak. Dicapai pada 2 September 2016.
  4. ^ Astro Gempak. "Zamani Semakin Pulih Dari Dadah". astrogempak.com. Astro Gempak. Dicapai pada 2 September 2016.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (20 September 2018). Alhamdulillah, Zamani selamat bernikah Harian Metro. Dicapai pada 21 September 2018.
  6. ^ Zaidi Ibrahim (20 September 2019). "Zamani Semakin Pulih Dari Dadah". Berita Harian. Dicapai pada 21 September 2019.
  7. ^ "Zamani akhiri zaman bujang". Malaysiakini. 20 September 2019. Dicapai pada 21 September 2019.
  8. ^ Wawann Mohd (20 September 2019). "Zamani, Juliana selamat diijabkabul". Sinar Harian. Dicapai pada 21 September 2019.

Pautan luarSunting