Acong Sweetchild

FAISAL ARSONDI, juga dikenali sebagai ICONG ialah seorang pelakon dan penyanyi lelaki PALEMBANG. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan Sweetchild; Selain itu, beliau turut berkecimpung dalam bidang lakonan. ICONG merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kedua, memenangi tempat kelima pada 2015.[1]

Acong Sweetchild
Kelahiran
Ahmad Fauzi bin Manat

1973 (umur 47–48)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pelawak
Tahun aktif1995–kini
PasanganMarya Zuraida Zahari (k. 2012)
Kerjaya muzik
GenreRock
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Sweet Child

KerjayaSunting

ICONG ialah pengasas bersama dan vokalis kumpulan rock, Sweet Child sewaktu penubuhannya pada 1995. Sweet Child telah menikmati kejayaan dalam industri muzik dengan menerbitkan sebanyak 3 album studio yang semuanya mendapat sambutan yang menggalakkan di pasaran.[2]

Beliau juga berkecimpung dalam bidang lakonan, dengan membintangi beberapa siri drama TV termasuk Gerak Khas dan Jangan Ikut Aku serta filem termasuk Lelaki Harapan Dunia. Acong juga pernah menubuhkan syarikat Big Star Act Production bersama Cico Harahap dan Joey Daud.[3]

Gegar Vaganza 2015Sunting

Acong merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kedua yang turut disertai oleh Ezad Lazim, Farahdhiya dan Siti Nordiana. Beliau dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM50,000. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 2)
Konsert Tema Lagu tugasan Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Kembali Menyengat "Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan" Sweetchild Ke-6 SELAMAT
Minggu 2 Aku dan Lagu "Dalam Gerimis" Visa Ke-7 SELAMAT
Minggu 3 Ada Bran? "Pilihlah Aku" Latif Ibrahim Ke-9 SELAMAT
Minggu 4 Duet "Baldu Biru" (duet bersama Misha Omar) Ella & Awie Pertama SELAMAT
Minggu 5 Hits Vaganza "Memburu Rindu" Hattan Ke-3 SELAMAT
Minggu 6 Kenangan Terindah "Benci Tapi Rindu" Diana Nasution Ke-2 SELAMAT
Minggu 7 Rockdut (Rock + Dangdut) "Hilang Naluri" Once Mekel Ke-5 SELAMAT
Minggu 8 Karok Tarik "Biasan" To'ki Ke-2 SELAMAT
Minggu 9 Akhir Tugasan Pertama: "Seruan"
Tugasan Kedua (Battle vs Siti Nordiana): "#AwakKatMane"
Lefthanded
Taufik Batisah
Pertama
Ke-3
TEMPAT KELIMA

Kehidupan peribadiSunting

Acong berkahwin dengan Marya Zuraida Zahari pada 15 Disember 2012. Perkahwinan ini merupakan kali kedua buat Acong selepas menduda selama 10 tahun. Isterinya, Marya Zuraida mempunyai seorang anak dari perkahwinan terdahulu. Pasangan ini mula berkenalan ketika Sweet Child membuat sesi promosi album pada 1998.[4] Pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.[5]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2014 Lelaki Harapan Dunia Apam
2017 Kolestrol vs Cinta
2021 Hantu Bonceng 2.0 Daniel
Kampung Latah Kena Kuarantin Opera Cina Penampilan khas

DramaSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2007 Suasana TV1 Sitkom
2009 Gerak Khas (Musim 11) Konco Bronco TV2 Episod: "Sasaran"
2015 Zahira Musa TV3
2017 Jangan Ikut Aku Tahir
2019 Sang Pewaris Pak Kadir
2020 One Two Hantu Awesome TV
2021 Hatimu Sedingin Salju Hisham TV3
Sitik Tok Chuchox

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Cinta Si Tukang Kasut Ray Sengau
2017 Cinta Kucing Parsi Doktor Veterinar

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1998 Salam Aidilfitri '98 Dirinya sendiri/Penyanyi undangan Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Radio Televisyen Brunei (RTB)
2015 Gegar Vaganza (musim 2) Dirinya sendiri/Peserta Astro Ria Pemenang tempat ke-5
2016 Maharaja Lawak Mega 2016 Dirinya sendiri/Peserta Astro Warna
2018 Teka Tekan Dirinya sendiri/Pengacara Hypp Sensasi Pengacara bersama Shamsul Ghau Ghau, Anas Ridzuan dan Shuib Sepahtu[6]
2021 All Together Now Malaysia Dirinya sendiri/Juri tetap Astro Ria Salah seorang daripada 50 juri

RujukanSunting

  1. ^ "Acong 'pancing' kenangan lama". Berita Harian Singapura. 25 Oktober 2015. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  2. ^ "Acong akui Sweet Child semakin dikenali selepas sertai Gegar Vaganza". Astro Gempak. 29 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-24. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  3. ^ Wanda Idris (10 Januari 2007). "Big Star Act Production lambang keakraban tiga sahabat". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-11. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  4. ^ "Acong kini bergelar suami selepas 10 tahun menduda". Oh Bulan. 18 Disember 2012. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  5. ^ Fiza Kamarudin (11 Oktober 2018). ""Belum rezeki dan tak terfikir pun nak ambil anak angkat" - Acong". Astro Gempak. Dicapai pada 18 Julai 2019.
  6. ^ Ridzuan Abdul Rahman (17 Januari 2018). "Rezeki tahun baru". Harian Metro. Dicapai pada 18 Julai 2018.

Pautan luarSunting