Latif Ibrahim
Abdul Latif bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim (23 Februari 1951 - 20 Februari 2012) merupakan penyanyi era 1970-an dan pelakon dari Malaysia. Beliau berlakon lebih 15 buah drama dan filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu. Filem terakhirnya ialah 4 Madu arahan A. Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010. Tahun 2011, beliau berlakon teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60-an di Istana Budaya, Kuala Lumpur.Pada tahun 1988 beliau berlakon dalam Filem Bisikan Arwah.
Latif Ibrahim | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Latif bin Ibrahim 23 Februari 1951 |
Meninggal dunia | 20 Februari 2012 | (umur 60)
Sebab kematian | kencing manis, paru-paru berair |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam AU4 |
Nama lain | Latif Ibrahim |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1974–2012 |
Pasangan | Masriah Mahadan |
Anak-anak | 2 |
Ibu | Siti Mariam Syed Abdul Rahman |
Bapa | Ibrahim Abu Hassan |
Saudara | Khatijah Ibrahim (adik) Sophia Ibrahim (kakak) |
Keluarga | Aman Belon (Datuk) Hussein Abu Hassan (Bapa saudara) Mahyon Ismail (Ibu saudara) Dilla Hussein (Sepupu) Faizal Hussein (Sepupu) Fairuz Hussein (Sepupu) |
Lagu popularnya ialah Nora, Pilihklah Aku, Mengenang Dikau Kembali dan lagu joget Manis Kata Di Bibir Saja. Beliau seangkatan dengan Uji Rashid, Hail Amir, Datuk DJ Dave, Dahlan Zainuddin, Datuk Sharifah Aini dan lain-lain.
Kehidupan peribadiSunting
Beliau berasal dari Melaka. Datuk saudaranya pelakon bangsawan dan pelawak terkenal 1950-an Aman Belon.
Bapa saudaranya adalah pelakon Hussein Abu Hassan.
Adiknya penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim manakala kakaknya seniwati Datin Sophia Ibrahim. Isterinya bernama Masriah Mahadan dan mereka mempunyai dua anak iaitu Mohd Hazriq, 36 dan Haznally, 34.[1]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1973 | Satu Penentuan | Azman | Filem pertama |
1975 | Anak Seluang Jauh Melaut | ||
1976 | Hapuslah Air Matamu | Adi | |
1979 | Dendang Perantau | Iskandar | |
Sumber Ilhamku | Nasir | ||
1982 | Senja Merah | Baharom | |
Esok Untuk Siapa | Ikhsan | ||
Ribut Di Hujung Senja | Pelakon undangan | ||
1988 | Bisikan Arwah | Iwan/Parta | Filem Indonesia |
1989 | Ragam Pemandu | Rahim | |
1991 | Sejati | Dr. Ariffin | |
Juara | Zaki | ||
1992 | Sahabat | Boss | |
Konstabel Mamat | Mail Musang | ||
1994 | Simfoni Duniaku | ||
2005 | Tak Ori Tapi Ok | Dato’ Mahmud | |
2006 | Salah Bapak | ||
2009 | Pulau Asmara | Anuar | |
2010 | 4 Madu | Pak P.J | Filem terakhir, penampilan khas |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Laila Majnun | Leman | TV3 | |
2009 | Gerak Khas (Musim 11) | TV2 | Episod: "Terjerat" |
Meninggal DuniaSunting
Pada 20 Februari 2012, Latif Ibrahim (61 tahun) meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sisi isterinya, Masriah Mahadan (66 tahun). Beliau juga menghidap kencing manis dan paru-paru berair pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada tahun 2000.Beliau sudah tiga kali dikejarkan ke IJN akibat serangan yang sama. Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Korinari (CCU) IJN akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk jantung.Jenazah dibawa ke rumahnya di AU3, Taman Keramat, Hulu Kelang. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4
Antara rakan artis yang hadir ialah seniman Datuk Aziz Satar, Hail Amir, Halil Chik dan Datuk Sharifah Aini.[2]
RujukanSunting
- ^ "Alfatihah Latif Ibrahim meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-25. Dicapai pada 2012-02-20.
- ^ Latif Ibrahim Beritahu Isteri 'Teringin Hendak Balik'