Khadijah Ibrahim

Penyanyi dan Pelakon Wanita Dari Malaysia
(Dilencongkan dari Khatijah Ibrahim)

Dato' Khadijah binti Ibrahim atau dikenali sebagai Khaty Ibrahim merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang terkenal dari Malaysia. Dilahirkan pada 19 Januari 1959, beliau telah mula muncul sebagai artis ketika berusia 19 tahun setelah mengikuti jejak langkah abangnya, Latif Ibrahim (Allahyarham) dan kakaknya, Sophia Ibrahim. "Kupendam Sebuah Duka" merupakan sebuah lagu yang telah menaikkan nama beliau ke dunia seni hiburan di Malaysia. Beliau juga pernah merakamkan lagu yang istimewa hasil ciptaan Datuk Ahmad Nawab seperti lagu "NAM Shall Lead The Way" (untuk Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali - NAM XIII) dan lagu "Malaysia Truly Asia" (pernah dirakamkan juga oleh artis lain di dalam bahasa utama dunia).


Khadijah Ibrahim

Kelahiran
Khadijah binti Ibrahim

(1959-01-19) 19 Januari 1959 (umur 65)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1970–kini
PasanganMohamad Rashid Fahmi Batsaloo (suami pertama)[1]
Khaled Bensalah (suami kedua)
IbuSiti Mariam Syed Abdul Rahman
BapaIbrahim Abu Hassan
SaudaraSophia Ibrahim (kakak)
Latif Ibrahim (abang)
KeluargaAman Belon (datuk)
Hussein Abu Hassan (bapa saudara)
Mahyon Ismail (ibu saudara)
Dilla Hussein (sepupu)
Faizal Hussein (sepupu)
Fairuz Hussein (sepupu)

Dato Khatijah Ibrahim juga adalah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain Dato M.Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Ramlah Ram, Dato Jamal Abdillah, Dato Hattan dan Noraniza Idris.

Darjah Kebesaran sunting

  •   Pahang :
    •   Darjah Indera Mahkota Pahang Peringkat Kedua (D.I.M.P.) – Dato' (2009)

Diskografi sunting

Album Studio sunting

Album Runut Bunyi sunting

Album Pelbagai sunting

Album Duet sunting

Album Kompilasi sunting

Album Lain sunting

  • O.K. (1986) (album studio Dato' Wah Idris yang menampilkan nyanyian bersama beliau)
  • Perjalanan Hidup (1987) (album studio Dato' Ramli Sarip yang menampilkan nyanyian bersama beliau)

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005 Mahligai Gading Puan Sri Marini TV2
2017 Urusan Hati Cik Drama Queen Astro Ria

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1986 Kembara Seniman Jalanan Wartawan Hiburan
2002 Mr. Cinderella Permaisuri
2003 Mr. Cinderella 2

Telefilem sunting

  • 25 Tahun 5 Minit
  • Menghitung Hari
  • Tiada Sempadan

Rujukan sunting