M. Nasir
Dato' Mohamad Nasir bin Mohamed atau lebih dikenali sebagai Dato' M. Nasir (lahir 4 Julai 1957) ialah seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, penerbit album, pengarah dan pelukis Singapura. Beliau juga dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia. M. Nasir juga ialah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris.[2]
YH Dato' M. Nasir DIMP (Pah); AMN; AMP | |
---|---|
![]() Dato' M. Nasir semasa persembahan di Anugerah Juara Lagu Ke-23 | |
Kelahiran | Mohamad Nasir bin Mohamed 4 Julai 1957 |
Nama lain | Mohamed M.N.,[1] Sifu M. Nasir |
Pekerjaan | Penyanyi, penggubah lagu, pelakon, pelukis, penerbit album, pengarah |
Tahun aktif | 1979–kini |
Pasangan | Junainah Johari (k. 1986; m. 1999) Marlia Musa (k. 2000) |
Anak | Mohd Ilham Mohd Yasin Mohd Hidayat Mohd Shafie Nurnilam Sari Suci Musalmah |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Luncai Emas |
Pengkarya berkait | |
Kehidupan awalSunting
M. Nasir dilahirkan pada 4 Julai 1957 di Singapura (ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu) dan merupakan anak ketiga daripada 7 beradik. Beliau mengambil pengajian diploma dalam lukisan Barat di Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura,[3] pada asalnya mahu menjadi seorang pelukis. Beliau mula menceburi bidang penciptaan muzik pada tahun 1978 apabila seorang rakan yang merupakan penerbit eksekutif PolyGram Singapura ketika itu bernama Wan Ibrahim telah menjemput beliau untuk menulis lirik lagu untuk kumpulan Alleycats yang meningkat popular pada masa itu.[3]
KerjayaSunting
M. Nasir telah didedahkan secara mendalam kepada bidang muzik tidak hanya mendengar radio; tetapi juga abang sulungnya yang membawanya rakaman dari artis antarabangsa seperti Bob Dylan, Queen, Al Stewart dan Led Zeppelin semasa membesar di Singapura pada 1950an dan 1960an.[4] Beliau telah memilih untuk menceburi bidang nyanyian dengan mengeluarkan album pertamanya [[Untuk Pencinta Seni]] di bawah nama Mohamad MN pada tahun 1981, namun album tersebut gagal di pasaran.
KembaraSunting
Beliau membentuk kumpulan folk rock Kembara dengan empat orang anggota lain iaitu A. Ali, S. Sahlan, dan adik-beradik Abby dan Eddie Ali. Adik-beradik Ali bagaimanapun meninggalkan Kembara pada awal penubuhannya itu disebabkan oleh perbezaan pendapat mereka memilih genre yang bakal diketengahkan oleh kugiran tersebut. Kembara mengeluarkan album sulung mereka yang menjadi suatu kejayaan komersial dengan sebanyak 25,000 naskhah yang terjual. Mereka turut mengeluarkan enam album yang mencapai kejayaan yang sama sehingga pembubaran mereka pada akhir tahun 1985.[3]
SoloSunting
Selepas pembubaran Kembara, M. Nasir memulakan kerjaya solo, menandatangani kontrak dengan PMC/BMG dan menerbitkan album S.O.L.O yang dikeluarkan pada 13 November 1989, ia menjadi album pertamanya yang didaftarkan atas nama M. Nasir. Lima lagu di dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single, dengan salah satunya menampilkan duet bersama Rahim Maarof, iaitu "Falsafah Cinta".
Pada 5 Januari 1990, beliau menubuhkan label rakamannya sendiri Luncai Emas yang beribu pejabat di Sungai Buloh, Selangor. Beliau seterusnya melancarkan album solo ketiganya, Saudagar Mimpi (1992) di mana beliau menulis kesemua lirik untuk 11 lagu di dalam album ini, dengan 3 lagu dikarang oleh beliau sendiri. Antara lagu popular album ini ialah "Apokalips" yang merupakan single pertama.
Album studio keempat beliau, Canggung Mendonan memperlihatkan M. Nasir mengetengahkan pelbagai genre termasuk muzik dunia. "Mentera Semerah Padi", "Tanya Sama Itu Hud Hud", "Sentuhan Listrikmu" dan "Bonda" dikeluarkan sebagai single. Canggung Mendonan memenangi Album Tradisional Terbaik dan "Mentera Semerah Padi" memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik kedua pada 1995.
M. Nasir melancarkan album kelima beliau, Srikandi Cintaku (1999) yang mana kesemua lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini merupakan rakaman semula dari lagu-lagu ciptaan beliau yang sebelumnya pernah dipopularkan oleh artis-artis popular dan beliau sendiri.[5]
Pada 27 Februari hingga 1 Mac 2009, beliau mengadakan konsert Alam Muzik M. Nasir yang diadakan di Istana Budaya dengan Ali Bakar berkhidmat sebagai pengarah dan penerbit[6] dan Aznan Alias sebagai pengarah muzik. Beliau membawakan 40 lagu dalam konsert yang menggunakan khidmat 10 pemuzik profesional di bawah bimbingan Aznan.[7][8] Beliau kemudian mengadakan persembahan di Konsert Satu Wajah M. Nasir yang berlangsung di Stadium Negara pada 25 Julai.[9]
M. Nasir ialah salah seorang daripada 45 artis popular yang mengadakan persembahan di Petronas Celebratory Concert bersempena ulang tahun ke-45 syarikat minyak dan gas Petronas, artis yang terlibat termasuk Amy Search, Ella, Jaclyn Victor, Ruffedge, Faizal Tahir, David Arumugam dan lain-lain.
LakonanSunting
Kerjaya filem M. Nasir bermula pada 1986 apabila beliau menulis dan membintangi filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani yang mana beliau melakonkan watak sebagai Jebat/Bujang, seorang pemuzik jalanan yang baru tiba di ibukota telah bertembung dengan tidak sengaja dengan Osman Tikus di Hentian Puduraya. Filem ini ditayangkan pada 22 Februari 1986 dan merupakan kejayaan kritis.[10]
Karya dan cabang lainSunting
M. Nasir merupakan pemilik syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1990 dan juga Pengetua Akademi Fantasia Musim 3. Malah adik lelaki M. Nasir iaitu Dzul juga aktif dalam bidang seni di Singapura. Selaku penggubah, beliau merupakan karyawan yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung di Malaysia seperti Rahim Maarof, Alleycats, Search, Wings, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider, Mawi dan Misha Omar.
Beliau juga terlibat dalam bidang seni lukisan, terutamanya seni abstrak. Beliau telah mengadakan beberapa pameran melalui karya kanvasnya; yang pertamanya ialah Tanda pada 2014 dan Tanda II pada 2015, kedua-duanya diadakan di Shah Alam.[11] Lukisan dihasilkannya berbentuk kerohanian dan ia juga sebagai ilham yang membentuk lagunya.[12][13]
Kehidupan peribadiSunting
Nasir berpindah bersama keluarganya ke Malaysia pada tahun 1984, di mana beliau mendapat kerakyatannya secara naturalisasi pada tahun 1989.[3]
Beliau berkahwin dengan vokalis kumpulan Ideal Sisters, Junainah Johari pada 1984 dan dikurniakan lima anak, empat anak lelaki – Ilham, Yassin, Hidayat dan Shafie serta seorang anak perempuan – Nurnilam Sari. Junainah meninggal dunia pada 8 Ogos 1998 akibat asma,[14] meninggalkan Ilham, Yassin, Ilham, Shafie dan Nurnilam Sari di bawah jagaan M. Nasir. Beliau berkahwin kaIi kedua dengan pelakon dan penulis skrip Marlia Musa pada 2000 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suci Musalmah.[14][15]
Bapanya, Mohamed Sam meninggal dunia pada 28 Januari 2021 pada usia 96 tahun.[16][17]
DiskografiSunting
- Album bersama Kembara
- Kembara (1981)
- Perjuangan (1982)
- Generasi Ku (1983)
- Seniman Jalanan (1984)
- 1404 Hijrah (1984)
- Duit (1985)
- Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan (1986)
- Album studio
- Untuk Pencinta Seni (1979)
- S.O.L.O (1989)
- Saudagar Mimpi (1992)
- Canggung Mendonan (1993)
- Srikandi Cintaku (1999)
- Phoenix Bangkit (2001)
- Sang Pencinta (2006)
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
1986 | Kembara Seniman Jalanan | Bujang / Jebat | Nasir Jani | Filem pertama |
Balik Kampung | Penerbit Album | Zainal Othman | ||
1990 | Fenomena | Azlan | Aziz M. Osman | |
1992 | Selubung | Kamal | Shuhaimi Baba | |
1993 | Balada | Desa | Jins Shamsuddin | |
1994 | Simfoni Duniaku | Iskandar | Aziz Sattar | |
1997 | Merah | Hassan | Dirinya sendiri | Juga sebagai pengarah, penulis skrip, penerbit dan muzik |
1999 | Perempuan Melayu Terakhir | Dirinya sendiri | Erma Fatima | Penampilan khas |
2001 | Putih | Putera Aftus (Suara) | Rashid Sibir | Filem animasi |
2004 | Puteri Gunung Ledang | Hang Tuah[18][19] | Saw Teong Hin | |
2010 | Magika | Penunggu Tasik Chini | Edry Abdul Halim | |
2014 | Yasmine | Datuk Raja Nan Hitam | Siti Kamaluddin Chan Man Ching |
Filem Brunei |
2017 | Tombiruo: Penunggu Rimba | Tan Sri Berham | Seth Larney Nasir Jani |
|
2020 | Rajawali | Komang | Mamat Khalid S. Amin Shahab |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2000 | Salam Taj Mahal | Masterji Ali | TV3 |
2018 | Dosa: Sacred Sin | Latif | Astro First Eksklusif |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1994 | Hello | Imran | TV3 |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2020 | Sepahtu Reunion Live | Tok Kadi | Astro Warna |
Kurniaan Darjah Kebesaran dan PingatSunting
- Malaysia :
- Ahli Mangku Negara (A.M.N) - (1996)[20]
- Pahang :
Anugerah dan pencalonanSunting
- Anugerah Industri Muzik
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album | Keputusan | Tewas Kepada |
---|---|---|---|---|---|
1995 (AIM2) | Video Muzik Terbaik | Mentera Semerah Padi | Canggung Mendonan | Tercalon | Casey - Seribu Impian |
Album Tradisional Terbaik | Menang | ||||
Lagu Terbaik | Bonda | Tercalon | M. Nasir - Mentera Semerah Padi | ||
Tanya Sama Itu Hud-Hud | Tercalon | ||||
Mentera Semerah Padi | Menang | ||||
Album Terbaik | Tercalon | Zainal Abidin - Gamal | |||
1997 (AIM4) | Lagu Terbaik | Ghazal Untuk Rabiah (bersama Jamal Abdillah) | Tercalon | Siti Nurhaliza - Jerat Percintaan | |
1999 (AIM6) | Lagu Terbaik | Kias Fansuri | Tercalon | Ajai & Nurul - Aku Cinta Aku Rindu | |
2000 (AIM7) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Srikandi Cintaku | Menang | ||
Album Pop Terbaik | Tercalon | Sheila Majid - Ku Mohon | |||
2002 (AIM9) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Phoenix Bangkit | Menang | ||
Kulit Album Terbaik | Menang | ||||
Rakaman Album Terbaik | Tercalon | Too Phat - Plan B | |||
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Phoenix Bangkit Dari Abu | Tercalon | Innuendo - Only Dancin' | ||
Album Pop Terbaik | Tercalon | Saleem Ratu Sanubari | |||
Lagu Terbaik | Masirah | Tercalon | Dayang Nurfaizah - Seandainya Masih Ada Cinta | ||
Raikan Cinta | Tercalon | ||||
Album Terbaik | Menang | ||||
Anugerah Wirama | Menang | ||||
2007 (AIM14) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Sang Pencinta | Tercalon | Reshmonu - Superfine | |
Rakaman Album Terbaik | Tercalon | Kristal - Analogi | |||
Album Pop Rock Terbaik | Menang | ||||
Lagu Terbaik | Juwita (Cintra Terindah) | Menang | |||
Sang Pencinta | Tercalon | M. Nasir - Juwita (Cintra Terindah) | |||
Tujuh Nafas Lagi | Tercalon | ||||
Album Terbaik | Tercalon | Siti Nurhaliza - Transkripsi | |||
2009 (AIM16) | Lagu Hip Hop Terbaik | Mantera Beradu (bersama Malique) | Menang | ||
Lagu Terbaik | Tercalon | Misha Omar - Nafas Cahaya |
- Anugerah Juara Lagu
Lagu yang ditebalkan ialah juara keseluruhan
Tahun | Kategori | Judul Lagu | Keputusan | Lirik | Penyanyi |
---|---|---|---|---|---|
1990 | Terbuka | "Mustika" | Tercalon | M. Nasir | M. Nasir |
"Sentuhan Kecundang" | Tercalon | M. Nasir | kumpulan Ekamatra | ||
"Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara" | Tercalon | S. Amin Shahab | kumpulan Mega | ||
"Sejati" | Menang | M. Nasir | Kumpulan Wings, Malaysia | ||
1991 | Terbuka | "Memburu Rindu" | Tercalon | Bob Lokman | Hattan |
"Tiara" | Menang | M. Nasir | kumpulan Kris | ||
1992 | Balada | "Kekasih Awal dan Akhir" | Tercalon | S. Amin Shahab | Jamal Abdillah |
"Syakila" | Tercalon | M. Nasir | Razzi Rahman penyanyi asal Rahim Maarof | ||
Pop Rock | "Mahligai Syahdu" | Tercalon | M. Nasir | Hattan | |
1993 | Balada | "Sampai Hati" | Tercalon | M. Nasir | kumpulan Spring |
Pop Rock | "Ratnaku" | Tercalon | M. Nasir | Roy | |
Etnik Kreatif | "Inang Bujang dan Dara" | Tercalon | M. Nasir | kumpulan Ilussi | |
1994 | Pop Rock | "Tanya Sama Itu Hud Hud" | Menang | M. Nasir | M. Nasir |
Etnik Kreatif | "Bonda" | Menang | Nurbisa (Rosli Khamis) | M. Nasir | |
1995 | Pop Rock | "Di Bayang Awan" | Tercalon | Keon | Awie |
1997 | Balada | "Seroja" | Tercalon | S. Amin Shahab | kumpulan Search |
"Senja Nan Merah" | Tercalon | Seth (Rosli Khamis) | Awie & Ziana Zain | ||
Pop Rock | "Itik Gembo Gembo" | Menang | Muzik oleh Helen Yap Lirik oleh Darwish (M. Nasir) & Azlan Aziz |
kumpulan A to Z | |
"Apaku Rasa" | Tercalon | Muzik oleh Fauzi Marzuki Lirik oleh Darwish (M. Nasir) |
Shima | ||
Etnik Kreatif | "Ghazal Untuk Rabiah" | Menang | Muzik oleh Jamal Abdillah & M. Nasir Lirik oleh Cenderawasih (S. Amin Shahab) |
Jamal Abdillah & M. Nasir | |
1999 | Pop Rock | "Andalusia" | Menang | Loloq (Rosli Khamis) | M. Nasir |
2001 | Etnik Kreatif | "Raikan Cinta" | Tercalon | M. Nasir | M. Nasir |
2005 | Etnik Kreatif | "Aduh Saliha" | Menang | Loloq (Rosli Khamis) | Mawi |
2006 | Pop Rock | "Lagu Jiwa Lagu Cinta" | Tercalon | Loloq (Rosli Khamis) | Mawi & M. Nasir |
"Juwita Citra Terindah" | Menang | M. Nasir | M. Nasir | ||
2007 | Pop Rock | "Angan dan Sedar" | Tercalon | Loloq (Rosli Khamis) | Mawi |
2011 | Terbuka | "Awan Nano" | Menang | Budi Hekayat | Hafiz Suip |
RujukanSunting
- ^ Adly Syairi Ramly; Sheryl Stothard (November 2001). PHOENIX BANGKIT: BACK TO ROOTS?. TONE. m/s. 46–49 – melalui Prahara Seni.
- ^ Begum, Mumtaj (18 November 2011). "Mahawangsa triumphs". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 19 November 2011. Dicapai pada 8 May 2012.
- ^ a b c d "M. Nasir: Traditional music meets Western sounds". The Straits Times. 4 Jun 2015. Dicapai pada 2017-02-01.
- ^ Ali Johan (20 February 2016). "Wavelength: The Journeyman". BFM 89.9. BFM 89.9. Peristiwa berlaku di 21:18. Dicapai pada 8 March 2017.
- ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (20 April 2000). "M. Nasir Srikandi Cintaku ke Indonesia". Utusan Online. Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 March 2017.
- ^ Wan Sabariah Shikh Ali (8 Mac 2009). "Menyelami rentak alam, jiwa M. Nasir". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 8 Mac 2009. Dicapai pada 13 Februari 2010.
- ^ Suzan Ahmad (15 Februari 2009). "Selami konsert Alam Muzik M. Nasir". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 26 Jun 2009. Dicapai pada 13 Februari 2010.
- ^ Suzan Ahmad (1 Februari 2009). "Konsert solo tanpa orkestra". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 27 April 2009. Dicapai pada 13 Februari 2010.
- ^ Hardi Effendi Yaacob (15 Jun 2009). "Satu wajah M. Nasir". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 24 Jun 2009. Dicapai pada 13 Februari 2010.
- ^ Kembara Seniman Jalanan masih relevan? Nasir Jani. Sinar Harian. Dicapai pada 22 Februari 2016.
- ^ Goh, Daryl (29 April 2015). "M. Nasir: He sings, he writes, now he's making art". The Star. Dicapai pada 22 March 2017.
- ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (2 Ogos 2019). Bakat melukis artis ternama Harian Metro. Dicapai pada 18 Ogos 2019.
- ^ Muhammad Salihin Sulaiman (2 Mei 2015). 'Tanda' rangsang karya kanvas M. Nasir Berita Harian Singapura. Dicapai pada 18 Ogos 2015.
- ^ a b Muzlina Abu Bakar (8 Februari 2010). "Sebak terkenang arwah Nanaa". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2017-02-05.
- ^ Ku Seman Ku Hussein (13 Ogos 1998). "Apabila irama terhenti seketika". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2017-02-05.
- ^ Georgie Joseph (28 Januari 2021). "Bapa M. Nasir meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 13 Februari 2021.
- ^ "Ayah M. Nasir meninggal dunia". Berita Harian Singapura. 28 Januari 2021. Dicapai pada 13 Februari 2021.
- ^ Metra Syahril Mohamed (15 Mac 2010). Bayangan kolaborasi M. Nasir Utusan Malaysia. Diakses pada 20 Ogos 2016.
- ^ Konsert Bagaikan Sakti M Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza Budiey, Sensasi Selebriti. 17 Disember 2009.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan M. Nasir |