Gegar Vaganza

program realiti muzik Malaysia

Gegar Vaganza ialah sebuah rancangan televisyen realiti muzik Malaysia terbitan Astro yang menyaksikan penyanyi profesional lama atau berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia bersaing dalam satu pertandingan nyanyian. Dihoskan oleh Nabil Ahmad[1] dan Jihan Muse[2] bersama AC Mizal pada musim ke-7 manakala pada musim ke-9 Elly Mazlein telah menjadi hos terbaru bersama Nabil Ahmad. Rancangan ini telah disiarkan sebanyak 9 musim dan disiarkan di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) (mulai musim kedua (2015). Bagi musim pertama (2014), ia turut disiarkan di Astro Maya HD (135) (sebelum pelancaran Astro Ria HD pada musim kedua) dan Astro Prima (105).

Gegar Vaganza
Logo Gegar Vaganza, yang pertama kali digunakan sejak 2014.
GenreRealiti
Pengacara
JuriSingapura Dato Ramli M.S.
Malaysia Dato Khadijah Ibrahim

Malaysia Dato' Syafinaz Selamat

Indonesia Hetty Koes Endang
Lagu pembukaan"Gegar Vaganza"
Lagu penutup"Gegar Vaganza"
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim10
Bilangan episod84
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran150 minit
Syarikat penerbitan
Astro
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal16 November 2014 – Kini

Konsep Sunting

Gegar Vaganza ialah sebuah rancangan TV realiti yang mengetengahkan penyanyi-penyanyi berpengalaman dan profesional yang telah lama menyepi dari tumpuan peminat dan pihak media menghidupkan semula kerjaya dan bakat mereka kepada umum. Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata: "Bersesuaian dengan matlamat Astro yang mahukan program ini menjadi sesuatu yang besar atau mampu mencipta fenomena, maka kami ubah suai secara kreatif kepada Gegar Vaganza supaya mendatangkan impak yang lebih besar serta dekat dengan penonton".[3]

Ringkasan musim Sunting

Sebanyak 10 musim telah disiarkan dengan butiran berikut:

Musim 1 (2014-2015) Sunting

Gegar Vaganza bagi musim yang pertama bermula 16 November 2014 dan disiarkan pada hari Ahad jam 9.00 malam dengan Episod Akhir pada 4 Januari 2015.[4][5]

Pengacara: Nabil Ahmad & Jihan Muse
Juri Tetap: Dato' Ramli M.S., Dato Khadijah Ibrahim

Jumlah Episod: 8

Senarai Peserta Musim 1:

  • Ayai Illusi : Juara (RM 100,000)
  • Haleeda : Naib Juara (RM 30,000)
  • Mamat Exist : Tempat Ke-3 (RM 15,000), Persembahan Terbaik Pilihan Penonton (RM 5,000)
  • Rahmat (Mega) : Tempat Ke-4 (RM 10,000)
  • Ifa Raziah : Tempat Ke-5 (RM 5,000)
  • Fazli Zainal : Tempat Ke-6 (RM 3,000)
  • Shima : Tersingkir minggu ke 7 (28 Dis 2014)
  • Sharifah Zarina : Tersingkir minggu ke 6 (21 Dis 2014)
  • Adilla : Tersingkir minggu ke 5 (14 Dis 2014)
  • Nadia : Tersingkir minggu ke 4 (7 Dis 2014)
  • Sam (Innuendo) : Tersingkir minggu ke 3 (30 Nov 2014)
  • Hasnol: Tersingkir minggu ke 2 (23 Nov 2014)

Musim 2 (2015) Sunting

Gegar Vaganza Musim Kedua bersiaran mulai 18 Oktober 2015 dari Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam. Pertandingan akhir dilangsungkan pada 13 Disember 2015.[6][7][8][9]

Pengacara: Nabil Ahmad & Jihan Muse
Juri Tetap: Dato' Ramli M.S., Khatijah Ibrahim

Jumlah Episod: 9

Senarai Peserta Musim 2:

  • Siti Nordiana : Juara (RM 100,000), Persembahan Terbaik Pilihan Penonton (RM 5,000)
  • Farahdhiya : Naib Juara (RM 50,000)
  • Ezad Lazim : Tempat Ke-3 (RM 30,000)
  • Allahyarham Dato' Nassier Wahab : Tempat Ke-4 (RM 15,000)
  • Acong (SweetChild) : Tempat Ke-5 (RM 10,000) diselamatkan dengan kuasa imuniti oleh Dato' Seri Vida selaku penaja program GV pada minggu ke 7
  • Haiza : Tempat Ke-6 (RM 5,000)
  • Azian Mazwan : Tersingkir minggu ke 8 (6 Dis 2015)
  • Nizam Laksmana : tersingkir minggu ke 6 (22 Nov 2015)
  • Amir Ukays : Tersingkir minggu ke 5 (15 Nov 2015)
  • Sheeda  : Tersingkir minggu ke 4 (8 Nov 2015)
  • Ezlynn : Tersingkir minggu ke 3 (1 Nov 2015)
  • Zul Handy Black : Tersingkir minggu ke 3 (1 Nov 2015)

Musim 3 (2016) Sunting

Gegar Vaganza tahun 2016 atau Musim Ketiga bersiaran mulai 16 Oktober 2016 dari Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam. Pertandingan akhir dilangsungkan pada 4 Disember 2016.[10][11][12]

Pengacara: Nabil Ahmad & Jihan Muse : Menerima Anugerah Pengacara Paling Menyengat
Juri Tetap: Dato' Ramli M.S., Khatijah Ibrahim

Jumlah Episod: 8

Senarai Peserta Musim 3:

  • Azharina : Juara (RM 100,000)
  • Allahyarhamah Siti Sarah : Naib Juara (RM 50,000), Persembahan Terbaik Pilihan Penonton (RM 5,000)
  • Zarul (Umbrella) : Tempat Ke-3 (RM 30,000)
  • Ameng Spring : Tempat Ke-4 (RM 15,000)
  • Intan Sarafina : Tempat Ke-5 (RM 10,000)
  • Allahyarham Gmie Screen : Tempat Ke-6 (RM 5,000) diselamatkan dengan kuasa imuniti oleh Dato' Seri Vida selaku penaja platinum GV pada minggu ke-6
  • Nora : Tersingkir minggu ke-7 (27 November 2016)
  • Zur Eda : Tersingkir minggu ke-6 (20 November 2016)
  • Shidi Data : Tersingkir minggu ke-5 (13 November 2016)
  • Elly Mazlein : Tersingkir minggu ke-4 (6 November 2016)
  • Rem : Tersingkir minggu ke-3 (30 Oktober 2016)
  • Razis Ismail : Tersingkir minggu ke-2 (23 Oktober 2016)

Musim 4 (2017) Sunting

Gegar Vaganza tahun 2017 atau Musim Keempat bersiaran mulai 29 Oktober 2017 dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Konsert akhir dilangsungkan pada 17 Disember 2017 di Iskandar Malaysia Studios, Iskandar Puteri, Johor.[13][14]

Pengacara: Nabil Ahmad & Jihan Muse
Juri Tetap: Dato' Ramli M. S., Hetty Koes Endang

Jumlah Episod: 8

Senarai Peserta Musim 4:

  • Aishah : Juara (RM 100,000)
  • Liza Hanim : Naib Juara (RM 50,000)
  • Lan : Tempat Ke-3 (RM 30,000)
  • Hazami : Tempat Ke-4 (RM 20,000)
  • Firman : Tempat Ke-5 (RM 15,000)
  • Tia Jinbara : Tempat Ke-6 (RM 10,000)
  • Syura : Tersingkir minggu ke-7 (10 Disember 2017)
  • Aqasha : Tersingkir minggu ke-6 (3 Disember 2017)
  • Elyana : Tersingkir minggu ke-5 (26 November 2017)
  • Haida : Tersingkir minggu ke-4 (19 November 2017)
  • Raja Azura : Tersingkir minggu ke-3 (12 November 2017)
  • Ferhad : Tersingkir minggu ke-2 (5 November 2017)

Musim 5 (2018) Sunting

Gegar Vaganza tahun 2018 atau Musim Kelima bersiaran mulai 30 September 2018 dari Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam. Pertandingan akhir dilangsungkan pada 18 November 2018.[15][16]

Pengacara: Nabil Ahmad & Jihan Muse
Juri Tetap: Dato' Ramli M. S., Khatijah Ibrahim

Jumlah Episod: 8

Senarai Peserta Musim 5:

Musim 6 (2019) Sunting

Gegar Vaganza musim keenam bersiaran mulai 13 Oktober 2019. Pertandingan akhir berlangsung pada 22 Disember 2019.[17][18][19] Musim keenam mencipta sejarah apabila menobatkan dua juara.[20]

Pengacara: Nabil Ahmad & Jihan Muse
Juri Tetap: Dato' Ramli M. S. & Hetty Koes Endang

Jumlah Episod: 11

Senarai Peserta Musim 6:

Musim 7 (2020) Sunting

Gegar Vaganza musim ketujuh mula bersiaran pada 11 Oktober 2020 dan berakhir pada 13 Disember 2020.[21][22][23][24]

Pengacara: Nabil Ahmad, Jihan Muse & AC Mizal (Pada minggu pertama, AC menggantikan pengacara asal, Nabil kerana tidak dapat hadir disebabkan demam)

Juri Tetap: Dato' Ramli M.S. & Dato' Khadijah Ibrahim

Jumlah Episod: 10

Senarai Peserta Musim 7:

  • Cliff Umar (vokalis Projek Pistol) : Juara (RM 100,000)
  • Muss (May) : Naib Juara (RM 50,000)
  • Ayu Damit : Tempat Ke-3 (RM 30,000)
  • Noraniza Idris : Tempat Ke-4 (RM 20,000)
  • Linda Nanuwil : Tempat Ke-5 (RM 15,000)
  • Oja : Tempat Ke-6 (RM 10,000)
  • Ashira : Tempat Ke-7 (RM 5,000)
  • Yantzen : Tersingkir minggu ke-8 (29 November 2020)
  • Aju (vokalis Success) : Tersingkir minggu ke-7 (22 November 2020)
  • Rozita Izlyn : Tersingkir minggu ke-6 (15 November 2020)
  • Nomad : Tersingkir minggu ke-5 (8 November 2020)
  • Indigo : Tersingkir minggu ke-4 (1 November 2020)
  • Eva : Tersingkir minggu ke-4 (1 November 2020)
  • Haslinda : Tersingkir minggu ke-2 (18 Oktober 2020)

Musim 8 (2021-2022) Sunting

Gegar Vaganza musim kelapan mula bersiaran pada 21 November 2021 dan berakhir pada 23 Januari 2022. [25]

Pengacara: Nabil Ahmad dan Jihan Muse

Juri Tetap: Dato' Ramli M.S., Hetty Koes Endang dan Dato' Syafinaz Selamat

Jumlah Episod: 10

Senarai Peserta Musim 8:

Musim 9 (2022) Sunting

Gegar Vaganza musim kesembilan mula bersiaran pada 18 September 2022 dan berakhir pada 27 November 2022

Pengacara: Nabil Ahmad dan Elly Mazlein

Juri Tetap: Dato' Ramli M.S., Hetty Koes Endang dan Dato' Syafinaz Selamat

Jumlah Episod: 11

Senarai Peserta Musim 9:

  • Jaclyn Victor: Juara (RM100,000)
  • Bob Yusof: Naib Juara (RM50,000)
  • Shila Amzah: Tempat Ke-3 (RM30,000)
  • Tomok (bekas vokalis kumpulan New Boyz): Tempat Ke-4 (RM20,000)
  • V.E: Tempat Ke-5 (RM15,000)
  • Hazrul Nizam: Tempat Ke-6 (RM10,000)
  • Dina Nadzir (penyampai radio Sinar FM) : Tersingkir minggu ke-10 (20 November 2022)
  • Fuad Rahman : Tersingkir minggu ke-10 (20 November 2022)
  • Asheed Def Gab C (bekas vokalis kumpulan Def Gab C) : Tersingkir minggu ke-9 (13 November 2022)
  • Tom : Tersingkir minggu ke-7 (30 Oktober 2022)
  • Pat Candy (vokalis kumpulan Candy) : Tersingkir minggu ke-5 (16 Oktober 2022)
  • Haida : Tersingkir minggu ke-3 (2 Oktober 2022)
  • Roy Kapilla (bekas vokalis kumpulan Kapilla) : Tersingkir minggu ke-2 (25 September 2022)

All Stars (2023) Sunting

All Stars Gegar Vaganza akan memulakan siaran pada 24 September 2023.

Pengacara: Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein

Juri Tetap: Dato' Ramli M.S., Hetty Koes Endang, Syafinaz Selamat

Jumlah Episod: 12

Senarai Peserta All Stars GV:

Senarai Peserta Hot Seat GV:

Anugerah dan pencalonan Sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Program MeleTOP Gegar Vaganza 2 Menang
2017 Anugerah MeleTOP Era 2017 Hos MeleTOP Nabil Ahmad Tercalon
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Program MeleTOP Gegar Vaganza 4 Tercalon
Hos MeleTOP Nabil Ahmad Menang
Jihan Muse Tercalon
Asian Academy Creative Award 2018 Best Entertainment Presenter/Host Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 4) Menang
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Program MeleTOP Gegar Vaganza 5 Tercalon
2020 Anugerah MeleTOP Era 2020 Program MeleTOP Gegar Vaganza 6 Tercalon
Hos MeleTOP Jihan Muse Tercalon
2021 Asian Academy Creative Award 2021 Best Music Or Dance Programme Gegar Vaganza 7 Menang

Sunting

   

Lihat juga Sunting

  • Big Stage – rancangan realiti dengan konsep dan format serupa, berfokus kepada penyanyi baru

Rujukan Sunting

  1. ^ Haryani Ismail (13 Oktober 2020). Lawak Nabil dirindui di sebalik warna-warni Gegar Vaganza Berita Harian Singapura. Dicapai pada 14 Oktober 2020.
  2. ^ Azlina Mazli (2 Disember 2019) "Selagi produksi panggil, maknanya mereka mahukan saya" - Jihan Muse tak terfikir untuk berhenti mengacara Gegar Vaganza mStar Online. Dicapai pada 14 Oktober 2020.
  3. ^ Ifqdar Rahman (15 Disember 2015). "Gegar Vaganza tidak lucah, perkataan berasal daripada ekstravaganza". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-17. Dicapai pada 13 Disember 2017.
  4. ^ Michelle Gun (10 November 2014). Gegar Vaganza: 12 otai berentap Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2015.
  5. ^ Nor Akmar Samudin (20 November 2014). Debaran Gegar Vaganza Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2015.
  6. ^ 5 sebab kenapa Gegar Vaganza trending musim ini Astro Awani. 23 November 2015. Dicapai pada 12 Oktober 2016.
  7. ^ 12 peserta Gegar Vaganza musim kedua diperkenalkan secara rasmi - Astro turut umumkan bahawa konsert mingguan kini disiarkan secara langsung untuk penganjuran musim yang terbaharu Astro. 22 Oktober 2015. Dicapai pada 12 Oktober 2016.
  8. ^ Gegar Vaganza bergegar ubati rindu peminat Berita Harian Singapura. 18 Oktober 2015. Dicapai pada 12 Oktober 2016.
  9. ^ Garret Dawum (12 Oktober 2015). "Gegar Vaganza kembali lagi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-21. Dicapai pada 13 Disember 2015.
  10. ^ Kemalia Othman (5 Oktober 2016). Astro umum 12 peserta Gegar Vaganza 3 mStar Online. Dicapai pada 12 Oktober 2016.
  11. ^ Sudirman Mohd Tahir (5 Oktober 2016). Gegar Vaganza umum 12 penyanyi Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2016.
  12. ^ 12 nama meriah GV3 Harian Metro. 6 Oktober 2016. Dicapai pada 12 Oktober 2016.
  13. ^ Badrul Hashim (11 Oktober 2017). Gegar Vaganza 2017 dibarisi bintang ternama, bakal menjadi program paling hebat Rojak Daily. Dicapai pada 12 Oktober 2017.
  14. ^ Liza Hanim, Aishah peserta Gegar Vaganza musim baharu Berita Harian. 10 Oktober 2017. Dicapai pada 12 Oktober 2017.
  15. ^ Hasbullah Awang Chik (19 September 2018). Zamani, Amelina antara 12 peserta Gegar Vaganza 5 ProjekMM. Dicapai pada 12 Oktober 2018.
  16. ^ Mohd Al Qayum Azizi (19 September 2018) Elite, Amelina, Zamani antara 12 peserta Gegar Vaganza 5 mStar Online. Dicapai pada 12 Oktober 2018.
  17. ^ #Showbiz: Gegar Vaganza is back for its 6th season New Straits Times. 11 Oktober 2019. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
  18. ^ Wann, Sham Visa & One Nation Emcees antara yang sertai Gegar Vaganza 6 dan senarai penuh peserta GV6 BuzzKini. 25 September 2019. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
  19. ^ Syanty Octavia Amry (24 September 2019). Wann, Sham Visa antara peserta Gegar Vaganza 6 Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
  20. ^ Rudy Imran Shamsuddin (23 Disember 2019). Kejutan dua juara Gegar Vaganza Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
  21. ^ Syafil Syazwan Jefri (22 September 2020). Gegar Vaganza musim ketujuh kembali dengan 14 peserta Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  22. ^ Syafil Syazwan Jefri (24 September 2020). GV7 tampak lebih unik Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  23. ^ Pentas Gegar Vaganza kini dibuka, ini senarai lagu yang pasti mengimbau kenangan lalu Astro Awani. 11 Oktober 2020. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  24. ^ Fiza Kamarudin (5 Oktober 2020). Selamat tinggal Big Stage 2020, selamat datang GV7, ini trivia tentang GV musim baru Astro Gempak. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  25. ^ "13 Peserta Gegar Vaganza 8 berentap 21 November ini". Utusan Digital. Dicapai pada 11 November 2021.

Pautan luar Sunting