Aweera
Nasharul Aweera Norhissham atau lebih dikenali sebagai Aweera merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Bakatnya dicungkil menerusi program realiti TV One in a Million musim ketiga terbitan 8TV pada tahun 2009.
Aweera | |
---|---|
![]() | |
Latar belakang | |
Nama lahir | Nasharul Aweera bin Norhissham |
Juga dikenali sebagai | Aweera |
Kelahiran | Utan Aji, ![]() | 24 Ogos 1991
Berasal dari | ![]() |
Genre | Modern rock |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2009–kini |
Syarikat rakaman | 2009: Monkey Bone Records 2012 - 2014: KRU Records 2014 - sekarang: Sony Music |
Pengkarya berkait | Amy Search, Dato' Awie |
Latar belakangSunting
Anak ketiga dari empat adik-beradik ini dibesarkan di Kangar, Perlis. Mula menyanyi sejak berusia 8 tahun dan meminati irama rock. Abang sulungnya, Acca juga aktif bermain muzik dan menganggotai kumpulan Koffin Kanser.
Sewaktu di tingkatan empat, Aweera bersama rakan sekolahnya menubuhkan sebuah kumpulan heavy metal bernama Metronome dan masih wujud sehingga sekarang.
Beliau mempunyai hobi menunggang motosikal bersama kelab BS Bikers di negeri kelahirannya.
KerjayaSunting
One in a Million (Musim 3)Sunting
- Lihat juga: One in a Million (Musim 3)
Aweera baru berusia 18 tahun dan merupakan antara peserta termuda sewaktu menyertai rancangan tersebut. Beliau berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan menduduki tempat ketiga di belakang Tomok (juara) dan Esther selaku naib juara.
Sepanjang pertandingan tersebut, lagu-lagu yang telah dinyanyikan oleh Aweera ialah:
- "Aku Dah Bosan" (Amy Search)
- "She's Gone" (Steelheart)
- "Gemilang" (Jaclyn Victor)
- "Janjiku" (Sofaz)
- "Tiada Lagi" (Mayang Sari)
- "Enter Sandman" (Metallica)
- "Di Penjara Janji" (Awie)
- "Antara Anyer Dan Jakarta" (Sheila Majid)
- "Tak Ada Logika" (Agnes Monica) / "Emansipasi" (Republic of Brickfields)
- Medley "Sampai Syurga" (Faizal Tahir) / "My Baby You" (Marc Anthony) / "Hukum Karma" (Wings)
- "Ku Di Sini" (lagu baru ciptaan Lin Li Zhen / lirik: Pacha Osman)
Selepas keluar dari OIAM3, Aweera kembali ke Perlis dan bekerja di Unit Kebudayaan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Sehinggalah pada tahun 2012 beliau dipelawa oleh Edry KRU untuk menyertai kumpulan rock baru, Mojo sebagai vokalis dan menghasilkan album mini (EP).
Menerusi EP tersebut, Mojo meraih anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2012 manakala lagu Andaiku Bercinta Lagi telah berjaya melangkah ke peringkat akhir Juara Lagu 2012. Di peringkat antarabangsa, Aweera selaku vokalis Mojo pada ketika itu telah meraih anugerah Persembahan Vokal Terbaik di Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013, juga melalui lagu Andai Ku Bercinta Lagi.
Seterusnya album EP kedua muncul pada tahun 2013 dan memuatkan lagu hit Romancinta. Lagu ini juga layak ke peringkat akhir Juara Lagu 2014.
Kemudiannya telah meninggalkan kumpulan tersebut dan bergerak solo.
Aweera telah digandingkan dengan kumpulan rock legenda, Lefthanded untuk mengadakan persembahan penutup tirai acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 pada 5 April 2015.
Pada tahun 2017 Aweera menyertai kumpulan yang ditubuhkan oleh bekas gitaris kumpulan Wings iaitu Joe Branko dengan kumpulan yang diberi nama Prime Domestic dan telah merakamkan Album yang diberi judul Prima Domestika. Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album adalah Sedingin Pluto, Tekno Dewata, Satukan Impian dan Kurnia. Namun, Aweera tidak kekal bersama di dalam kumpulan tersebut dan terus bergerak secara solo dan pada tahun 2021, beliau menyertai Gegar Vaganza musim 8 dan mendapat tempat keenam
Gegar Vaganza 2021Sunting
- Lihat juga: Gegar Vaganza (musim 8)
Aweera terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro.
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8) | ||||
---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
Minggu 1 | Laguku Sendiri | Romancinta | MOJO | Ke-5 |
Minggu 2 | Masih Aku Terasa | Andai Ku Bercinta Lagi | MOJO | Ke-7 |
Minggu 3 | Segalanya Ku Terima | Boneka | Ernie Zakri | Ke-6 |
Minggu 4 | Berdiri Bulu Romaku | Bila Cinta | Gio | Ke-4 |
Minggu 5 | Dulu Lain Sekarang Lain | You Give Love A Bad Name | Bon Jovi | Ke-5 |
Minggu 6 | Langkah Seiringan | Setahun Sudah Berlalu (Duet Bersama Azmi Saat) | Alleycats | Ke-4 |
Minggu 7 | Kelentang Kelentong | Noktah Cinta | Hafiz Suip | Ke-7 |
Minggu 8 (Suku Akhir) | Kupetik Bintang-Bintang | Dia | Qody Rany | Ke-3 |
Minggu 9 (Separuh Akhir) | Lagu Untukmu | Kerja Gila | Amy Search | Tempat Pertama |
Fantasia Bulan Madu | Search | |||
Minggu 10 (Akhir) | Akhirnya Kini Pasti | Beggin' | The Four Seasons | TEMPAT KEENAM |
Sepi (Duet Bersama Liza Hanim) | Aina Abdul | |||
Bangun (battle Aliff Aziz) | Aman RA |
DiskografiSunting
Album/Single soloSunting
- Ku Di Sini (2009) - single
- Kecoh Betul (2010) - OST filem Kecoh Betul
- Aku Dia dan Lagu (2014) - single dari album Tribute to Saloma
- Terhakis (2015) - single
Bersama MojoSunting
- Mojo (2012) - EP
- Romancinta/Dark Cloud (2013) - EP
Bidang lakonanSunting
Aweera membuat kemunculan sulung dalam bidang lakonan pada tahun 2012 menerusi filem berjudul Leftwings arahan Faisal Chal Ahmad.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Leftwings | Ray | Filem pertama |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Veteran Rock | Johari | TV9 | |
2022 | Cangkul | Musa | Astro Citra |