Aina Abdul

Penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan pelakon Malaysia

Nurul Aina Abdul Ghani (lahir 25 Oktober 1993)[1] merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, komposer dan pelakon wanita Malaysia.[2][3][4] Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Mentor Legend sebagai anak didik penyanyi rock Ella di mana beliau dinobatkan sebagai naib juara. Beliau merakamkan single sulungnya, "Ini Yang Kau Mahu" pada 2015.[5]

Aina Abdul
Aina Abdul PTTI.jpg
Aina pada 2021.
Latar belakang
Nama lahirNurul Aina binti Abdul Ghani
Kelahiran (1993-10-25) 25 Oktober 1993 (umur 29)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Berasal dariSeremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • komposer
  • penerbit rakaman
  • pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif2010–kini
Syarikat rakaman
  • Indigital
  • Aina Abdul Entertainment
Pengkarya berkait

Kehidupan awalSunting

Aina Abdul dilahirkan pada 25 Oktober 1993 di Johor Bahru, Johor dan dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan.[6] Beliau ialah anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Abdul Ghani Abdullah dan Zaini Abdullah.[6] Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Mawar, Senawang, kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri.[6] Selepas memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Aina kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti UCSI, Kuala Lumpur,[7][6] menamatkan pengajian pada 2020 dan bergelar graduan dalam Sarjana Muda Muzik Kontemporari pada 2021.[8][9]

Bapanya meninggal dunia pada 2008 akibat pelbagai masalah kesihatan, ketika Aina baru berusia 15 tahun.[10] Dalam temubual bersama Sinar Harian pada April 2021, Aina menyifatkan kehilangan bapanya membuatnya lebih tabah menghadapi cabaran, dan berkata: "Kehilangan abah membuatkan saya menjadi wanita tabah dan berani berdepan apa sahaja cabaran. Lagipun perjuangan saya dalam industri seni adalah dedikasi buatnya".[6]

KerjayaSunting

Aina memulakan kerjaya muziknya sebagai penyanyi di kelab malam, restoran dan lounge termasuk No Black Tie.[11] Beliau kemudian terpilih sebagai salah seorang finalis Pertandingan Irama 1Malaysia anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 2010. Beliau kemudian memenangi tempat kedua Bintang Idola Berita Harian 2011 dan pada tahun berikutnya, beliau memenangi tempat pertama di Golden Voices of PJ.[12]

Pada tahun 2014, Aina terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan Mentor Legend yang turut disertai oleh Azmil Karim dan Sarah Fazny. Beliau berjaya dinobatkan sebagai naib juara.[13][14] Selepas tamat Mentor Legend, beliau terpilih mewakili Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2014 yang berlangsung di Hollywood, Los Angeles, California, A.S. dan menjadi pemenang Vocalist of the World.[15]

Beliau mengikat kontrak bersama Indigital dan muncul bersama single pertamanya, "Ini Yang Kau Mahu". Aina muncul dengan lagu bahasa Inggeris sulungnya, "Reminiscing" pada 2017,[16] kemudian diikuti oleh lagu bahasa Inggeris keduanya, "Shadows" yang dikeluarkan pada 2018.[17]

Beliau memulakan kerjaya lakonan dengan memegang watak sebagai Irma di dalam drama Seindah Takdir Cinta. Aina ialah finalis Anugerah Juara Lagu ke-34 dengan menyanyikan lagunya sendiri bertajuk "Sumpah" dengan menampilkan persembahan berdarah yang mencetuskan kontroversi di media sosial yang mengatakan lagu ini mengetengahkan tema bunuh diri.[18][19] Walau bagaimanapun, beliau menafikan dan menegaskan bahawa persembahannya bermaksud "hati yang terluka" dan disokong oleh kebanyakan netizen.[20]

Pada tahun 2020, Aina menjadi salah seorang peserta The Masked Singer Malaysia dengan menggayakan kostum Bunga Raya, bunga kebangsaan Malaysia dan berjaya merangkul gelaran juara.[21] Beliau seterusnya menyertai Vokal Mania dan Separuh Akhir Muzik Muzik 35.[22][23] Pada 26 Disember 2020, beliau telah dinobatkan sebagai juara Vokal Mania bersama Aisha Retno sebagai Juara Rookie.[24][25]

Pada Disember 2020, lagunya yang berjudul "Semalam" telah layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam pada 14 Mac 2021, tanpa kehadiran penonton. Setelah layak ke AJL35, lagu itu telah dinobatkan sebagai Naib Juara, sekali gus mencatatkan lagi detik yang bersejarah baginya bersama para peminatnya yang menggelarkan diri mereka sebagai Ainations.

Pada 8 Februari 2021, Aina melancarkan single terbaharu, "Sepi" yang berkisarkan pengalaman jatuh dan bangun beliau dalam bidang muzik, terutama pengalamannya sebagai penyanyi kelab malam.[26] Muzik videonya telah diterbitkan bagi mempromosikan lagu ini, yang mana Aina memilih kelab malam sebagai lokasi penggambaran.[11][27]

Pada September 2021, Aina muncul dengan single terbaharunya yang menggunakan namanya sebagai tajuk lagu, yang mana ia menggabungkan tiga lagu popularnya iaitu "Sumpah", "Semalam" dan "Sepi". Menurut Aina, gabungan lagu ini ialah simbolik kepada isi hati dan apa yang dirasai selama ini.[28][29] Ini kemudian diikuti oleh lagu bahasa Inggeris terbaharu, "Fool" yang dikeluarkan pada Disember 2021. Lagu ini turut mendapat tempat di Jepun.[30][31]

Pada 16 dan 17 Disember 2021, Aina mengadakan konsert solo pertamanya, A Night with Aina Abdul yang berlangsung di Bsync Live Kuala Lumpur.[32][33] Edisi kedua konsert ini kemudiannya diadakan pada 25 dan 26 Jun 2022 di Panggung Sari, Istana Budaya.[34][35][36]

Beliau kemudian tampil dengan sebuah single terbaharu berkonsepkan kerohanian berjudul "CahayaMu".[37]

Mentor LegendSunting

Berikut ialah senarai persembahan Aina dalam Mentor Legend:

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 TIADA
Minggu 2 Pengenalan "Hurt" Christina Aguilera SELAMAT
Minggu 3 Solo & Duet "Sesal Separuh Nyawa"
"A Woman's Worth" (duet bersama Ella)
Alyah
Alicia Keys
SELAMAT
Minggu 4 "Secangkir Madu Merah" (duet bersama Tuah) Amelina & Sheeda SELAMAT
Minggu 5 "Beribu Sesalan"
"Halo" (duet bersama Sarah Fazny)
3 Suara
Beyoncé Knowles
SELAMAT
Minggu 6 Separuh Akhir: Medley "As Long As You Love Me"
"Problem"
"Ghazal Untuk Rabiah" (duet bersama Hazama)
Backstreet Boys
Ariana Grande
M. Nasir & Jamal Abdillah
SELAMAT
Minggu 7 "Berhenti Berharap"/"Fighter"
"Stay"/"If I Were A Boy"
Sheila on 7/Christina Aguilera
Rihanna/Beyonce Knowles
SELAMAT
Minggu 8 Grand Finale "Layar Impian" (duet bersama Ella)
"Menghitung Hari"/"Mencintaimu"
Ella
Krisdayanti
NAIB JUARA

BakatSunting

Profil vokalSunting

  • Jenis suara: Mezzo Soprano
  • Julat vokal: Bb2-Eb5(F5)-A5(F#5)
  • Julat vokal yang disokong secara konsisten: E3-Eb5-A5
  • Untuk “Belting” Aina berpotensi untuk sampai kepada not F5
  • Aina mengaplikasikan teknik “chest dominant mix” dalam nyanyian. Oleh itu bunyi yang dihasilkan beintensiti tinggi.
  • Justifikasi: Aina diklasifikasikan sebagai Mezzo Soprano dek ton suara yang lebih matang dan berat. Aina juga sering disalah anggap sebagai Spinto Soprano dek ton suaranya yang berat sedangkan kualiti suara Spinto memiliki lebih berat dan kegelapan seperti Whitney Houston dan Jennifer Hudson.

Pencapaian peribadiSunting

Pada Mac 2022, Aina Abdul terpilih menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify.[38]

DiskografiSunting

Single
Tahun Tajuk
2015 "Ini Yang Kau Mahu"[39]
2017 "Reminiscing"
"Bukan Khayalan"
"Mimpi Kita"
"Ribut Hati" (OST Tombiruo: Penunggu Rimba)
2018 "Shadow"
"Same Kind" (bersama Altimet dan Baraka Blue)
2019 "Sumpah"
"Ghost"
"Kasih Suci" (OST Bu, Kasih Suci)
2020 "Semalam" (OST Mencari Kiblat Cinta)
"Syahdu di Pagi Syawal" (lagu raya)
"Maybe"
"Kelip-Kelip"
"Nafas Cinta" (duet bersama Khai Bahar)

(OST Kekasih Hati Mr Bodyguard)

2021 "Sepi" (OST Sepi Tanpa Cinta)
"Syukur Lebaran" (lagu raya)
"Nada Kalbu" (OST Masih Ada Rindu)
"Tunggu Kamu" (duet bersama Lah Ahmad)
"Aina Abdul"
"Fool"
2022 "CahayaMu"
"Gema Raya" (lagu raya)
"Terus Hidup"
"Kasih Merintih" (OST Trinil)
2023 "I Lost Me"
"Shoot"
"Blue"
"Berkunjung Di Hari Raya" (lagu raya)

FilemografiSunting

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Seindah Takdir Cinta Irma TV3 Drama pertama

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2014 Mentor Legend Peserta TV3 Naib Juara
2020 Immortal Songs Malaysia Ep.5 (Datuk Khatijah Ibrahim) Juara
The Masked Singer Malaysia (musim 1) Astro Warna Juara (Bunga Raya)
Vokal Mania TV3 Juara Idol
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Finalis Juara & Vokal Terbaik

KonsertSunting

  • A Night with Aina Abdul 1.0, 16 & 17 Dis 2021 (TTDI)
  • A Night with Aina Abdul 2.0, 25 & 26 Jun 2022 (Istana Budaya)
  • A Night with Aina Abdul 3.0, 18 Nov 2023 (Axiata Arena)

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2014 World Championship of Performing Arts (WCOPA) @ Los Angeles, A.S. Vocalist of The World Dirinya Sendiri Champion Vocalist of The World
2019 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya Sendiri Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Penyanyi Wanita Popular Dirinya Sendiri Tercalon
Anugerah Juara Lagu Ke-34 Terbuka "Sumpah" Finalis
2021 Anugerah Telenovela (2018) OST Filem Terbaik "Tombiruo" Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular "Nafas Cinta" feat Khai Bahar Menang
Anugerah Juara Lagu ke-35 Terbuka "Semalam" Naib Juara
2022 Anugerah Juara Lagu ke-36 Terbuka "Sepi" Vokal Terbaik
Anugerah Juara Lagu ke-36 Penyanyi Pilihan Popular Oppo AJL "Nafas Cinta" feat Khai Bahar Menang
Anugerah Industri Muzik (AIM23) Vokal Wanita Terbaik "Nada Kalbu" Tercalon
Anugerah Industri Muzik (AIM23) Kolaborasi/Duo Terbaik "Tunggu Kamu" feat Lah Ahmad Tercalon
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Terbuka "Terus Hidup" Juara
"Terus Hidup" Vokal Terbaik
Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 OST Terbaik "Nafas Cinta" feat Khai Bahar Menang

RujukanSunting

  1. ^ Tiga Artis Mentor Legend Promosi 'Single' Baharu mStar Online. 11 September 2015. Dicapai pada 2 Oktober 2015.
  2. ^ Najiy Jefri (2 September 2020). Aina beri kejutan Harian Metro. Dicapai pada 2 Oktober 2020.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (10 Mac 2020). Kecaman satu rahmat Harian Metro. Dicapai pada 25 Mac 2020.
  4. ^ Bertahun tunggu untuk sampai tahap ini Berita Harian. 2 September 2019. Dicapai pada 25 Disember 2019.
  5. ^ Rudy Imran Shamsudin (8 Disember 2015). Aina bimbang peminat keliru[pautan mati kekal] Harian Metro. Dicapai pada 31 Disember 2015.
  6. ^ a b c d e Izyan Liyana Mohd Darif (11 April 2021). "Ratapan memori Aina Abdul". Sinar Harian. Dicapai pada 11 April 2021. m/s 20–21.
  7. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (15 November 2015). "Aina berbakat cipta lagu". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-16. Dicapai pada 13 Disember 2015.
  8. ^ Siti Athirah Dzulkifly (28 November 2021). "Bukan mudah seimbangkan pelajaran dan kerjaya - Aina Abdul". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 November 2021.
  9. ^ Georgie Joseph (27 November 2021). "Aina Abdul terima Ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari". Harian Metro. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  10. ^ Zulhilmi Jalil (12 Februari 2020). ""Abah tunggu saya dalam kereta sampai saya habis menyanyi, tapi..." - Aina Abdul terkenang momen arwah bapa hembus nafas terakhir sewaktu..." Astro Gempak. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  11. ^ a b Nur Asyikin Mayudin (21 Februari 2021). "Pernah lalui jalan sukar, Aina Abdul kongsi kisah sebagai penyanyi kelab malam dalam 'Sepi' - "Saya cuba memberi inspirasi kepada orang ramai"". mStar Online. Dicapai pada 16 Mac 2021.
  12. ^ Subkhir Cheema (31 Disember 2017). Weddings to the big stage, Aina Abdul reminisces her musical journey Eksentrika. Dicapai pada 31 Disember 2017.
  13. ^ Norhadiani Baharom (3 Februari 2015). Mentor Legend: Air mata gembira Aina Diarkibkan 2020-12-02 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 5 November 2015.
  14. ^ Budiey (20 Februari 2015). Azmil, Aina dan Sarah berjaya ke final Mentor Legend Sensasi Selebriti. Dicapai pada 5 November 2015.
  15. ^ Mohd Shahimey Azmi (11 November 2020). Imej pelik, rezeki Aina Abdul Kosmo!. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  16. ^ LISTEN: Aina Abdul reminisces her past with debut English single JUICE Online. 30 Oktober 2017. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  17. ^ Aida Rashid (14 November 2018). Aina Abdul debuts new single titled Shadows Masses. Dicapai pada 24 Januari 2019.
  18. ^ Najiy Jefri (7 Januari 2020). Aina Abdul mula terasa bebanan AJL34 Harian Metro. Dicapai pada 25 Januari 2020.
  19. ^ Mohd Al Qayum Azizi (27 Mac 2019). Aina Abdul bangkit dengan 'Sumpah' selepas alami kemurungan mStar Online. Dicapai pada 5 April 2019.
  20. ^ Syafil Syazwan Jefri (10 Mac 2020). Kecaman satu rahmat Harian Metro. Dicapai pada 30 Mac 2020.
  21. ^ Vivien Lim (12 Jun 2020). "Singer Aina Abdul performs in mask after netizens make fun of her appearance". The Star Online. Dicapai pada 12 Jun 2020.
  22. ^ Nadia Athira Adam (16 November 2020). Aina Abdul tak kecil hati bakat seni lambat dihargai - "Alhamdulillah perjalanan sekarang lebih mudah" mStar Online. Dicapai pada 3 Disember 2020.
  23. ^ Wawann Mohd (29 November 2020). Vokal Mania: Aina Abdul buat persembahan dari rumah Sinar Harian. Dicapai pada 6 Disember 2020.
  24. ^ Aina Abdul juara Vokal Mania Kosmo!. 27 Disember 2020. Dicapai pada 27 Disember 2020.
  25. ^ Khai Azfar (29 Disember 2020). Tahun bertuah! Ini senarai kejayaan Aina Abdul sepanjang 2020 Murai.my Dicpai pada 31 Disember 2020.
  26. ^ Mohd Haikal Isa (6 Mac 2021). "Sepi luar biasa Aina Abdul". Kosmo!. Dicapai pada 8 Mac 2021.
  27. ^ Fiena Azman (9 Februari 2021). "Dedah pernah 'hilang' suatu ketika dahulu, Aina Abdul kini bangkit dengan karya "Sepi"". Hot FM. Dicapai pada 16 Mac 2021.
  28. ^ Najiy Jefri (17 September 2021). "Aina Abdul gabung tiga lagu dalam single terbaharu". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2021.
  29. ^ Najiy Jefri (3 Oktober 2021). "Paduan tiga lagu hit". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2021.
  30. ^ Farol Hadi (28 Februari 2022). "Aina Abdul terkejut 'Fool' dimainkan radio Jepun, bangga lagu anak Melayu ke udara di bumi 'sakura'". mStar Online. Dicapai pada 25 April 2022.
  31. ^ Zai Kamal (1 Mac 2022). "Malaysian singer Aina Abdul's English song gets airplay in Japan". The Star Online. Dicapai pada 25 April 2022.
  32. ^ Khai Azfar (27 Oktober 2021). "Tiket 'Showcase' Pertama Aina Abdul 'Sold Out'!". Murai.my. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  33. ^ Budiey (28 Oktober 2021). "Tiket Persembahan 'A Night With Aina Abdul' Habis Dijual Dalam Tempoh 48 jam". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  34. ^ A. Aided (26 Jun 2022). "Malam Pertama Konsert Aina Abdul Sangat Happening! Ini Antara Perkara Yang Anda Patut Tahu…". Murai.my. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  35. ^ Asyraf Roslan (26 Jun 2022). "A Night With Aina Abdul 2.0: Pakai busana 'rambut', Aina tak sabar menanti komen netizen". Astro Awani. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  36. ^ Farihad Shalla Mahmud (28 Jun 2022). "Aina diva dalam ciptaan". Berita Harian. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  37. ^ Mohammad Shahemy Azmi (9 April 2022). "Saya rasa kosong – Aina Abdul". Kosmo!. Dicapai pada 25 April 2022.
  38. ^ Sudirman Mohd Tahir (26 Mac 2022). "Giliran wajah Aina Abdul di Times Square, New York". Harian Metro. Dicapai pada 27 Mac 2022.
  39. ^ Michelle Gun (22 September 2015). Impian tiga gadis terkabul Harian Metro. Dicapai pada 2 Oktober 2015.

Pautan luarSunting