Kekasih Hati Mr Bodyguard

Kekasih Hati Mr Bodyguard ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan bersama Emi Suffian Sabhe dan Nizam Zakaria, di bintangi oleh Redza Rosli, dan Sharifah Rose. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 15 Mei 2021 menggantikan Kisah Cinta Rumi. [1] Siri ini juga turut ditayangkan menerusi laman penstriman Disney+ Hotstar pada 12 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.

Kekasih Hati Mr Bodyguard
Genre
Berdasarkan daripada
Sebuah Adaptasi Novel karya Ateen Ahmad
Ditulis oleh
  • Nieza Nahar
  • Hayati Ahmad
Pengarah
  • Nizam Zakaria
  • Emi Suffian Sabhe
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanNafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod33 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzlina Sanimin
PenerbitSuriyati Sidek
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Creative Skill Solution
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lestary)
Disney+ Hotstar Malaysia
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal15 Mei 2021 – 6 November 2021
Status15 Mei 2021 - 30 Mei 2021 (Ditunda)
10 September 2021 - 6 November 2021 (Sambungan)
Kronologi
Mengikuti
Diikuti olehBudak Tebing 2

Pada 10 September 2021, siri ini ditayangkan semula dari episod 1 menggantikan Anak Sena.

SejarahSunting

Hiatus penyiaran dramaSunting

Drama bersiri ini yang sedang disiarkan di slot Lestary TV3 terpaksa dihentikan tayangannya secara sementara pada bulan Jun 2021 berikutan baki penggambaran yang tidak sempat disiapkan sepenuhnya berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang berkuatkuasa sejak 1 Jun. Sebagai ganti, slot itu diisi dengan drama ulangan, Kebaya Kasut Kanvas lakonan Nabila Razali, Fahrin Ahmad dan Rozita Che Wan.[2] [3]

SinopsisSunting

Hana Aralyn menjejaki Hadif Akashah, seorang bekas pengawal peribadi, untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya Datuk Yusof kepadanya. Aralyn berjumpa dengan Hadif yang menjadi penternak kambing di kampungnya. Aralyn cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Dia sanggup mengekori Hadif ke mana-mana saja dan turut menolongnya dalam kerja-kerja ladang. Mereka berdua sering bertelagah namun lama-kelamaan perasaan cinta mula hadir dalam hati masing-masing.

PelakonSunting

Pelakon UtamaSunting

Pelakon PembantuSunting

  • Lana Nordin sebagai Vanida
  • Lisdawati sebagai Puan Latifah
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Yusof
  • Zarina Zainuddin sebagai Datin Izzah
  • Haziq Macquistan sebagai Erwan
  • Ezzanie Jasny sebagai Lola
  • Shasha Abedul sebagai Najwa
  • Sara Jasmin sebagai Siti Fatihah
  • Manan Sulaiman sebagai Tok Kadi Halim
  • Aishah Atan sebagai Puan Dahlia
  • Putera Karl sebagai Umar
  • Munir Zainal sebagai Idlan
  • Ikhwan Khairudin sebagai Nizam
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Lara

Penampilan khasSunting

  • Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad
  • Azwan Ali sebagai Dato' Mahfoz

PenerbitanSunting

Penerbit drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Suriyati Sidek berkongsi berita gembira apabila drama terbabit bakal ditambah episod istimewa.

Suriyati berkata, drama arahan Emi Suffian itu akan ditambah lagi 13 episod sekali gus menjadikan episod keseluruhan yang bakal ditayangkan di slot Lestary TV3 itu sebanyak 33 episod. [4]

Runut BunyiSunting

  • Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul
  • Setia - She Pandora feat Afiq
  • Cintai Aku - Adi 6ixthsense
  • Diantara - Assya Yen

RujukanSunting

  1. ^ Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard. MyInfoTaip. Dicapai 14 Mei 2021
  2. ^ "Tayangan Kekasih Hati Mr Bodyguard Dihentikan". Berita Harian. Dicapai pada 4 Jun 2021.
  3. ^ "Ramai Kempunan Tak Dapat Tengok Sharifah Rose Drama kekasih Hati Mr Bodyguard Terpaksa Tangguh Tayangan". mStar Online. Dicapai pada 3 Jun 2021.
  4. ^ Najiy Jefri (11 September 2021). "Kekasih Hati Mr Bodyguard tambah lagi 13 Episod". Harian Metro. Dicapai pada 12 September 2021.

Pautan LuarSunting