Buka menu utama

Nur Nabila binti Mohd Razali (lahir pada 13 November 1992),[1] atau lebih dikenali sebagai Nabila Razali merupakan penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Nabila mula bergiat dalam bidang seni apabila beliau menyertai Akademi Fantasia Musim 10 pada 2013.[2]

Nabila Razali
KelahiranNur Nabila binti Mohd Razali
(1992-11-13) 13 November 1992 (umur 26)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
Nama lainNabila AF, Nabila AF13
PendidikanIjazah Sarjana Muda Senibina (Kejuruteraan)
Pusat pendidikanUniversiti Sains Malaysia (USM)
Sekolah Menengah St. Mary Kuala Lumpur
Pekerjaanpenyanyi, pelakon
Tahun aktif2013–kini
Terkenal keranaAkademi Fantasia Musim 10 (AF2013)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Seventeen Eleven Music

Isi kandungan

Kehidupan awalSunting

Nabila dilahirkan pada 13 November 1992 di Petaling Jaya, Selangor.[1] Beliau merupakan graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, Malaysia. Beliau seterusnya menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang sama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Nabila juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah St. Mary Kuala Lumpur.

KerjayaSunting

Nabila memulakan kerjaya sebagai seorang penyanyi melalui rancangan Akademi Fantasia Musim 10 atau AF2013, sebaris dengan penyanyi seperti Faizul, Azhael dan Indah Ruhaila. Lagu single pertama beliau iaitu "Katakan Saja" mendapat sambutan yang mengalakkan dari pendengar. Namun, Nabila mula memperlahankan aktiviti seni beliau kerana masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan.[3] Selepas menamatkan pengajian, beliau kembali menumpukan ke bidang seni semula apabila mengeluarkan single "Cemburu" yang juga mendapat sambutan hangat dari peminat pada tahun 2016.

Nabila juga baru menjinakkan diri dalam bidang lakonan melalui dua telefilem iaitu Bibikku Nak Kahwin pada tahun 2013 dan Ustaz Baru Nak Start (2016), tahun 2017 menyaksikan Nabila mengembangkan sayapnya melalui drama rantaian Hikayat Cinta Si Pematah Hati.[4] Menggalas watak utama Wafen Wardiah, lakonannya mendapat reaksi dari peminat.[5]

Pada November 2017, Nabila telah mengeluarkan single terbaru berjudul "Pematah Hati"[6] dan menjadi kejayaan komersial. Muzik videonya diarahkan oleh The Storytellrs dan menampilkan Addy Ashraf dan Adriana Adnan.[7]

DiskografiSunting

Single
Tahun Tajuk Menampilkan Album Catatan
2013 "Katakan Saja" N/A N/A
2016 "Cemburu" N/A N/A Lagu runut drama Arluna
2017 "Pematah Hati" N/A N/A

FilemografiSunting

DramaSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Hikayat Cinta Si Pematah Hati Wafeen Wardah Astro Ria
2018 Cintaku Di Bumi Izmir Fara Hypp Sensasi
Sunsilk #SISCUBA Mawar TV3 Drama pendek

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Bibik Aku Nak Kahwin Astro Maya HD
2016 Ustaz Baru Nak Start Astro Ria
2018 Pengantin Lari Culik Artis Fammy Astro Citra
2019 Lelaki Kelas Sebelah Nona TV3

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Akademi Fantasia Musim 10 Peserta Astro Ria
2016 Hot TV Artis Pilihan TV9 Akustik Hot
2017 Wanita Hari Ini
Tetamu Jemputan
TV3
Bismillah Ad-Dhuha Astro Oasis & Astro Maya HD
2018 Ketuk-Ketuk Ramadan Tetamu jemputan TV1

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Wanita Popular N/A Dicalonkan
Penyanyi Wanita Popular N/A Dicalonkan

RujukanSunting

  1. ^ a b Mohd Haikal Isa (1 Jun 2017). Nikmat peluang kedua Nabila Razali Kosmo. Dicapai pada 1 Jun 2017.
  2. ^ Tiada niat mainkan perasaan - Nabila AF13 Utusan Malaysia (12 Jun 2016). Dicapai pada 12 Jun 2016.
  3. ^ 26 April 2016. Nabila lebih bersedia. Harian Metro
  4. ^ 17 Mei 2017. Nabila teruja tapi takut - Hiburan. Utusan Online
  5. ^ 20 Mei 2017. Jadual Nabila Padat Selepas 'Hikayat Cinta Si Pematah Hati' - Berita Hiburan. mStar
  6. ^ Aref Omar (6 December 2017). "(Showbiz) Singer Nabila Razali's Pematah Hati MV scores 2mil views in less than a week". New Straits Times. Dicapai 18 December 2017. 
  7. ^ "Pematah Hati 'trending' dalam tempoh 24 Jam". Sinar Harian. 30 November 2017. Dicapai 18 Disember 2017. 

Pautan luarSunting