Keluarga Iskandar ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia arahan Syed Khairul Faiz Syed Khairuldin dengan idea dan konsep asal oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin terbitan KL Motion Pictures.[1][2] Barisan pelakon terdiri daripada Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Susan Lankester, Azhar Sulaiman, Anita Baharom, Tengku Sariwani dan Hiera Hassan. Siri ini berkisar tentang keluarga sederhana dalam masyarakat Malaysia moden di Johor Bahru, Johor.[2]

Keluarga Iskandar
GenreDrama keluarga(Musim 1) Komedi keluarga(Musim 2)
Ditulis olehWan Hasliza Wan Zainuddin
PengarahSyed Khairul Faiz Syed Khairuldin
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod32
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Wan Hasliza Wan Zainuddin (musim 1)
  • Jamal Hj. Ismail (musim 1)
  • M. Zulkifli Abdul Jalil (musim 2)
  • Khadijah Sharin (musim 2)
PenerbitJamaludin Karim
PenyuntingAin Ab Rahman
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
KL Motion Pictures
Nilam Rajawali Productions
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima (musim 1)
Astro Warna (musim 2)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal3 Julai 2012 – 12 Januari 2015

Buat kali pertama dalam sejarah televisyen Malaysia, siri ini dipersembahkan dengan elemen mokumentari dan memaparkan setiap watak bercerita dan menjelaskan apa yang berlaku kepada keluarga Iskandar. Siri ini disiarkan di Astro Prima dari 3 Julai 2012 hingga 9 Oktober 2012, dan di Astro Warna dari 22 September 2014 hingga 12 Januari 2015.[2] Sebuah filem adaptasi sitkom ini, Keluarga Iskandar The Movie ditayangkan pada 16 Julai 2020.[2]

SinopsisSunting

Mengisahkan tentang seorang ibu yang tegas dan penyayang bernama Khalijah Ali (Mak Jah) yang berusaha sedapa upaya untuk menyatukan anak-anak, menantu dan cucu-cucunya yang dilanda perpecahan.

Pelakon dan watakSunting

Watak ahli keluarga utamaSunting

Watak ahli keluarga yang lainSunting

  • sebagai Musa Marzuki (anak sulung Aziz Iskandar)
  • sebagai Marzuki Musa (anak kedua Aziz Iskandar)
  • Sittee Khayrishah Kemal sebagai Amalina Aziz (anak bongsu Aziz Iskandar)
  • Danish Adam sebagai Salahudin Azman (anak sulung Azman Iskandar)
  • Izz Ilham sebagai Omar Sharifudin Azman (anak kedua Azman Iskandar)
  • Syifa Dhia Nurina sebagai Rania Mohd Kamarul (anak sulung Azura Iskandar)
  • Dhia Iskandar Ismadi sebagai Iskandar Mohd Kamarul (anak bongsu Azura Iskandar)
  • Rafael Elarash sebagai Jojo (anak Nurin, anak tiri Azlan Iskandar)

Pelakon pembantuSunting

Musim 1
  • Lia Natalia sebagai Norlina
  • Mustaqim Mohamed sebagai Faris
  • Feaa Atidah Amran sebagai Beeda
  • Amy Haruza Hamsa sebagai Radiah
  • Suhanaliza Abdul Aziz sebagai Bibik
  • Marup Mustapah sebagai Rakan Kongsi
  • Tengku Zariman sebagai Jurujual
  • Badarulzzaman Deraman sebagai Rahman Basit
Musim 2
  • Mak Wan sebagai Cek Yah
  • Effa Nareesha sebagai Yunny
  • Maria Adoracion sebagai Aunty May
  • Raja Ema sebagai Huzairah
  • Susila Dewi sebagai Aunty Lechumy
  • Aida Ruyati sebagai Kakak Huzairah
  • Samsuri Shahrom sebagai Abang Huzairah
  • Kairunissa Ismail sebagai Moly
  • Syazliana Shuhaimi sebagai Cek Sue

PenerbitanSunting

Sebanyak 70 peratus penggambaran Keluarga Iskandar dijalankan di luar studio dan dibuat di lokasi-lokasi dalam Wilayah Iskandar seperti Johor Bahru, Kota Iskandar, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Nusajaya, Teluk Danga, Puteri Harbour, Horizon Hills dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.[3]

Adaptasi filemSunting

Sebuah filem adaptasi sitkom ini telah diumumkan pada Februari 2019.[4] Adaptasi filem Keluarga Iskandar turut disokong penuh oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yang bertanggungjawab merancang, mempromosi dan memudahkan pembangunan Iskandar Malaysia yang terletak di selatan tanah air.[2] Dalam adaptasi filem, sebahagian besar barisan pelakon asal sitkom Keluarga Iskandar telah menjayakan kembali watak mereka.[2]

Penggambaran dijalankan di Johor Bahru dan di sekitar Lembah Klang. Filem ini pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada September 2019,[5] namun ditunda.

Ia telah diumumkan pada Jun 2020 bahawa Keluarga Iskandar The Movie akan ditayangkan pada 16 Julai 2020 di Astro First.[6]

AnugerahSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Ruj.
2013 Anugerah Skrin 2013 Drama Komedi Terbaik Keluarga Iskandar Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2013 Siri TV Komedi Terbaik Menang [7]
2015 Anugerah Lawak Warna 2015 Rancangan Drama TV Komedi Terbaik (Bersiri) Menang [8]

RujukanSunting

  1. ^ Keluarga Iskandar Admya (30 Julai 2012). Dicapai pada 21 Disember 2012.
  2. ^ a b c d e f Budiey (15 Februari 2019). Akhirnya Filem Keluarga Iskandar The Movie Bakal Ubati Rindu Peminat Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Disember 2019.
  3. ^ Budiey (18 Jun 2012). Drama Bersiri Keluarga Iskandar Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Jun 2014.
  4. ^ Dennis Chua (22 Februari 2019). #Showbiz: Meet the family from Iskandar Puteri New Straits Times. Dicapai pada 21 Februari 2019.
  5. ^ Keluarga Iskandar The Movie Ditayang September Ini! Kool FM (7 Mei 2019). Dicapai pada 21 Disember 2019.
  6. ^ Serimah Mohamad Salehuddin (21 Jun 2020). Tayang selepas 5 tahun perap Berita Harian. Dicapai pada 21 Jun 2020.
  7. ^ Budiey (17 Ogos 2013). Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2013 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Disember 2013.
  8. ^ Budiey (22 Ogos 2015). Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2015 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Disember 2015.

Pautan luarSunting