M. Zulkifli Abdul Jalil
M. Zulkifli Abdul Jalil merupakan nama penting dalam industri hiburan Malaysia. Beliau kini merupakan bekas pengacara rancangan Malaysia Hari Ini di TV3. M. Zulkifli juga merupakan penulis lirik yang prolifik dan telah menghasilkan banyak lirik-lirik untuk penyanyi-penyanyi tempatan seperti Vince, Siti Nurhaliza, Liza Hanim, New Boyz, Aqasha, Ferhad dan ramai lagi. Beliau juga pernah menghasilkan skrip untuk filem Mamak Cupcake [1] (2014), terbitan Grand Brilliance.
BiodataSunting
M. Zulkifli dilahirkan pada 8 Disember 1971 di Johor Bahru. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
KerjayaSunting
Usaha-usaha M. Zulkifli kini termasuk:
- Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3,
- Pengurus Besar Alt Media Sdn Bhd, pengendali portal [2],
- Penulis lirik,
- Penulis skrip TV and filem
Beliau pernah juga menjadi editor akhbar Malay Mail, majalah FHM dan Newman serta berkhidmat sebagai seorang Majistret.[3]
RujukanSunting
Rencana biografi berkaitan orang Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |