Amira Othman
Nadia Amira Othman (lahir 26 Oktober 1993) ialah seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita Malaysia.[1][2] Beliau merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013 di mana beliau berjaya memenangi tempat ketiga.[3]
Amira Othman | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Nadia Amira binti Othman 26 Oktober 1993 |
Pendidikan | Diploma Jurusan Muzik |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Penyanyi, pengacara, pelakon |
Tahun aktif | 2013–kini |
Saudara | Irfan Haris (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | FMC Music Seventeen Eleven Music (2016-2020) Rocketfuel Entertainment (2020-kini) |
Pengkarya berkait | Raqib, The Lomas |
Pada tahun 2015, single keduaya, "Hati-Hati" hasil nukilan Faizul Sany, Hael Husaini dan Mike Chan telah melonjakkan namanya sebagai penyanyi.[4][5] Selain itu, Amira pernah menjadi pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9.
KerjayaSunting
Amira Othman terpilih sebagai salah seorang peserta dan pelajar di Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013), antara lain turut disertai oleh Nabila Razali, Indah Ruhaila, Hael Husaini dan Faizul Sany.[6] Selepas 10 minggu beraksi di konsert AF2013, beliau berjaya memenangi tempat kelima.[7] Berikut ialah senarai persembahan beliau di AF2013:
- Minggu 1: "Ratuku" nyanyian asal Awie
- Minggu 2: "Pastikan" nyanyian asal Siti Nurhaliza
- Minggu 3: "Getaran Jiwa" nyanyian asal P. Ramlee
- Minggu 4: "Ya Maulai" nyanyian asal Siti Nurhaliza
- Minggu 5: "Skyfall" nyanyian asal Adele
- Minggu 6: "Terima Kasih" nyanyian asal iamNEETA
- Minggu 7: "Mendung Tak Beerti Hujan" (duet bersama Hazama Azmi) nyanyian asal Deddy Dores dan Ella
- Minggu 8: "Awan Yang Terpilu" nyanyian asal Ning Baizura
- Minggu 9: "Tak Mungkin Kerna Sayang" nyanyian asal Alyah dan "Opera Hidup" nyanyian asal Wings
- Minggu 10: "Terlalu Istimewa" nyanyian asal Adibah Noor dan "Sesaat Untukku" (lagu baru)
Selepas tamat AF2013, Amira merakamkan lagu bertajuk "Hati-Hati" hasil karya Faizul Sany, Hael Husaini dan Mike Chan, yang dikeluarkan pada 2015. Pada tahun yang sama, beliau menggangotai kumpulan The Lomas yang turut disertai oleh Aisyah Aziz, Indah Ruhaila dan Nabila Razali. Kumpulan ini telah melancarkan dua single setakat ini, "Bila Larut Malam" dan "Rindu".[8][9]
Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi bersama pelakon Singapura, Hisyam Hamid dalam drama adaptasi novel Abang Bomba I Love You, dengan memegang watak sebagai Lily.[10] Beliau kemudian berlakon dalam drama Red Velvet lakonan bersama Alif Satar dan Neelofa dengan memegang watak sebagai Suhaila.
Pada Februari 2018, Amira melancarkan single kelimanya, "Mimpi Indah".[11][12] Muzik videonya telah meraih 60,000 tontonan di YouTube sejak pelancaran rasminya[13] dan jumlah tontonan telah meningkat kepada 800,000 tontonan setakat pada Mei 2018.[14]
Amira akan muncul bersama Wany Hasrita dalam rancangan bertajuk ICU terbitan platform penstriman patuh syariah, Nurflix.[15]
Kehidupan peribadiSunting
Selepas menyandang tempat ketiga di AF2013, Amira mengambil keputusan melanjutkan pengajian dalam diploma jurusan muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan ijazah vokal klasik. Beliau juga merupakan kakak kepada dua orang penyanyi muda iaitu Irfan Haris[16] dan Haikal Iskandar.[17][18][19][20]
Beliau juga bersahabat baik dengan Nabila Razali ketika sama-sama menyertai AF2013.[21]
DiskografiSunting
SingleSunting
Tahun | Tajuk | Kedudukan | Catatan | |||
---|---|---|---|---|---|---|
ERA FM [22] |
Hot FM [23] |
Muzik Muzik [24] |
JOOX [25] | |||
2013 | "Sesaat Untukku" | — | — | — | — | |
2015 | "Hati-Hati" | — | — | — | — | |
2016 | "Biar Masa" (feat. Raqib) | — | — | — | — | |
"Jaga-Jaga" | — | — | — | — | OST Drama Abang Bomba I Love You | |
2018 | "Mimpi Indah" | — | — | — | — | |
2019 | "Sambil" (menampilkan Irfan Haris) | — | — | — | — | OST Jodoh-Jodoh Annisa |
FilemografiSunting
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Abang Bomba I Love You | Lily | Astro Ria | |
2017 | Red Velvet | Suhaila | Astro Ria | |
2019 | Patah Sayap Bertongkat Paruh | Ros | Astro Ria |
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Tiada Tajuk | Cahaya | Mawi | Filem pertama |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Sepahtu Kisah Tauladan | Mira | ||
2017 | Abang Bomba I Love You Raya | Lily | Astro Ria |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Nasi Lemak Kopi O | Pengacara | TV9 | |
2017 |
| |||
2018 | Miss Stylo | TV2 |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pelakon TV Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Amira enggan gimik kontroversi Berita Harian. 30 Julai 2020. Dicapai pada 1 Disember 2020.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (24 Oktober 2020). Saya juga tertekan Harian Metro. Dicapai pada 3 November 2020.
- ^ Amira Othman Tak Putus Asa Jadi Penyanyi. mstar. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ Amira 'Hati-Hati' rancang kerjaya walau makan masa berjaya Berita Harian Singapura. 18 Disember 2016. Dicapai pada 23 November 2017.
- ^ Kemalia Othman (26 Jun 2017). Cerewet juga Amira Othman mStar Online. Dicapai pada 4 Januari 2018.
- ^ Amira takes note of future New Straits Times. September 2015. Dicapai pada 1 Disember 2015.
- ^ Siapa bakal mara ke final Sinar Harian. 8 November 2013. Dicapai pada 23 November 2013.
- ^ Kemalia Othman (16 Oktober 2015). The Lomas kecewa sambutan dingin lagu 'Rindu' mStar Online. Dicapai pada 11 Disember 2015.
- ^ "Radio tidak bantu promosi". Utusan Malaysia. 26 Oktober 2015. Diarkib daripada yang asal pada 27 Oktober 2015. Dicapai pada 13 Disember 2015.
- ^ Amira AF kongsi rahsia dukungan abang bomba Berita Harian. 17 September 2016. Dicapai pada 1 Disember 2016.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (6 Januari 2018). Kembali aktif menyanyi tahun ini Harian Metro. Dicapai pada 9 Disember 2018.
- ^ "Mimpi indah Amira Othman". Utusan Malaysia. 18 Disember 2017. Diarkib daripada yang asal pada 8 Jun 2018. Dicapai pada 18 Disember 2017.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (18 Mac 2018). Amira rancangan strategi Harian Metro. Dicapai pada 9 Disember 2018.
- ^ Norhayati Nordin (13 Mei 2018). Mahu tumpu nyanyian Harian Metro. Dicapai pada 9 Disember 2018.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (21 Julai 2020). 'Cerewet sangat tak berbaloi' Harian Metro. Dicapai pada 9 Disember 2020.
- ^ “Irfan Haris Masih Mentah, Usah Dikutuk" – Amira Othman. mstar. Dicapai pada 18 Februari 2018.
- ^ Amira Othman bertuah dua adik kacak jadi penyanyi. mstar. Dicapai pada 11 Januari 2019.
- ^ Zulaikha Yusof (5 Ogos 2020). Amira Othman kongsi rahsia akrab dengan adik-beradik Astro Gempak. Dicapai pada 1 Disember 2020.
- ^ Mohd Fuad Mohd Noor (15 Ogos 2018). Hubungan kami memang mesra - Amira Othman XTRA. Dicapai pada 1 Disember 2018.
- ^ Celebrity Amira denies riding on her brothers fame mStar Online. 3 Oktober 2020. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ Najiy Jefri (3 Jun 2018). Amira, Nabila sibuk Harian Metro. Dicapai pada 1 Disember 2018.
- ^ "Carta ERA 40". ERA FM. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ "Hot FM 30". Hot FM. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik. Dicapai pada 4 Januari 2020.
- ^ "Player Ranking". JOOX APP. Dicapai pada 4 Januari 2020.