Red Velvet (drama)
Red Velvet ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2017 arahan Hadith Omar. Dibintangi oleh Alif Satar, dan Neelofa. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 23 Oktober 2017 menggantikan Awak Suka Saya Tak. [1]
Red Velvet | |
---|---|
Genre | Drama, cinta, konflik |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Red Velvet karya Acik Lana |
Pengarah | Hadith Omar |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Sesungguhnya Aku" oleh Alif Satar |
Lagu penutup | "Sesungguhnya Aku" oleh Alif Satar |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit | Michael Ang |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Cube Films |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Siaran asal | 23 Oktober 2017 – 23 November 2017 |
Kronologi | |
Mengikuti | Awak Suka Saya Tak |
Diikuti oleh | My Coffee Prince |
Sinopsis Sunting
Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, suami kepada Suhaila. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati.
Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?
Pelakon Sunting
Pelakon utama Sunting
- Alif Satar sebagai Izzat
- Neelofa sebagai Helena
- Hafidz Roshdi sebagai Fareeq
- Amira Othman sebagai Suhaila
Pelakon pembantu Sunting
- Alif Hadi sebagai Daniyal
- Nina Nadira sebagai Izzati
- Fatin Afeefa sebagai Sophie
- Nadya Syahera sebagai Biha
- Sharifah Shahora sebagai Pn Faizah
- Hani Nazrina sebagai Aida
- Qara Liyana sebagai Zuhira
- Nasz Sally sebagai Kuza
- Shaleem sebagai Datuk Fauzan
- Airis Yasmin sebagai Datin Marina
- Haniff Hashim sebagai Mukhriz
- Azar Azmi sebagai Syafiqah
- Eyka Farhana sebagai Kila
- Azhar Amir sebagai Tan Sri Sulaiman
Penampilan Khas Sunting
- Syafiq Kyle sebagai Jeffri
Rujukan Sunting
- ^ Drama Red Velvet. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos 2021
- ^ Azwa Rahman (25 Oktober 2017). "Berlakon hancur dan keras macam kayu" - Netizen komen lakonan Neelofa dalam drama Red Velvet Rojak Daily. Dicapai 4 Ogos 2021.