Fatin Nur Afifah Shamsudin lahir 13 Julai 1994) atau lebih dikenali sebagai Fatin Afeefa merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia.

Fatin Afeefa
فاتين افيايفا
Kelahiran
Fatin Nur Afifah binti Shamsudin

(1994-07-13) 13 Julai 1994 (umur 30)
PekerjaanPelakon, Peragawati, Penyanyi
Tahun aktif2002–2024
Pasangan
  • Adam Shah (k. 2014; c. 2017)
  • Aliff Awang (k. 2022)
Anak-anak2

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak, dan terkenal dengan peranan lakonan di televisyen dan filem.[1]

Kehidupan dan kerjaya

sunting

Fatin dilahirkan pada 13 Julai 1994 di Kuala Lumpur, Fatin Afeefa memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak seawal umur 8 tahun. Drama pertama beliau ditayangkan di TV3, bertajuk Maksimum. Beliau membintangi filem Tentang Bulan arahan Ahmad Idham, yang turut dibintangi oleh Erin Malek, Nik Adruce dan Aedy Ashraf.

10 tahun kemudian, Fatin berlakon bersama Pekin Ibrahim dan Syafie Naswip dalam filem Kampung Drift. Beliau muncul dalam drama adaptasi novel, Red Velvet lakonan Neelofa dan Alif Satar. Kemudian disusuli drama adaptasi Korea “The Womans Room” yang bertajuk “Monalisa” lakonan Zara Zya dan Nazim Othman.

Beliau pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun perkahwinan pertamanya tidak didedahkan [2]. Pada 21 Disember 2012, Fatin telah berkahwin dengan pelakon Adam Shah dan anak pertama Afeefa dari perkahwinan pertama manakala anaknya yang kedua hasil perkahwinan beliau bersama Adam [3]. Pada 30 Mei 2017, pasangan ini telah memfailkan perceraian dan berpisah dengan baik.[4] Pada tahun 2022, Fatin telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Aliff Awang yang merupakan seorang usahawan muda yang dikenali sebagai opai. [1]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Tentang Bulan Shahila
2007 9 September Pelajar Sekolah
2008 Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib Fatin
2016 Kampung Drift Julia
Volkswagen Kuning Nek Jah Muda
2017 Hospital Amira
2020 Showtime 1958 Rosnani
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Pembancuh Kopi Mr. Vampire Nurin Filzah Hypp TV
Red Velvet Sophie Astro Ria
Semusim Rindu Husna Astro Prima
Kekasih Paksa Rela Zilla TV3
2018 Bimbi & Bonni Misi 007 Ramona Astro Warna
Monalisa Suraya Astro Prima
2019 Geng Mak-Mak Rose Astro Gempak
Bintang Di Kalbu Rina TV1
Jodoh-Jodoh Annisa Sheila Astro Prima
Asalkan Dia Bahagia Anna TV3
Cindai Mikayla
2020 The Gadis Nad
You Kat...? Jamilah Awesome TV
2021 Ganjil Sally Viu
2024 Misi Cinta Cik Cupid Alesya IQIYI

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Korban Penunggu Hospital Ira Astro Citra
2019 Aku Raja Lawak Milah
2020 Ara Sherry TV3
Kisah Seram Hospital Nurse Sarah Astro Citra
2021 Asam Manis Gulai Cinta Daria TV2
2022 Nafsu Mental Maria Astro Citra

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2019 Sepahtu Reunion Live 2019 Zara Astro Warna Artis Jemputan Episod 9: Masihkah Ada Percaya
2020 Vokal Mania Peserta (Rookie) TV3

Diskografi

sunting

Single

sunting
Tahun Tajuk Kolaborasi Catatan
"Tentang Bulan" Ost Tentang Bulan
"Ke Pangkal Kasih" Ost Seharum Mawar
"Cinta Terhenti"
"Satu Jam Saja"
"Demi Cinta Ini" Tomok Ost Shakira
"Tanda-Tanda Cinta" The Colors Ost Tundukkan Playboy Itu

Rujukan

sunting
  1. ^ Fatin Afeefa okey, tidak tertekan[pautan mati kekal] Kosmo! (17 Disember 2017). Dicapai pada 19 Mei 2018.
  2. ^ Kahwin 2013, Tapi Anak Dah 6 Tahun Pada 2018. Fatin Afifah Dedah Kisah Silam. Diarkibkan 2019-02-28 di Wayback Machine rilekslah. Dicapai pada 12 Jun 2018.
  3. ^ Anak lelaki Fatin Afeefa tidak ada kaitan dengan Adam Shahz! mstar. Dicapai pada 11 Disember 2018.
  4. ^ Feride Hikmet Atak (3 Ogos 2017). Adam, Fatin bercerai bukan kerana orang ketiga Berita Harian. Diperoleh pada 23 April 2018.

Pautan luar

sunting