Nik Adruce
Nik Muhammad Farith Adruce Nik Adelin (lahir 30 September 1994),[1] merupakan seorang pelakon dan pengacara TV Malaysia. Dia terkenal kerana merupakan pengacara 'Adik Di 9' di TV9 ketika masa dahulu. Agak tembam, dia sentiasa membuat orang ketawa dengan telatahnya yang lucu.
Nik Adruce | |
---|---|
Kelahiran | Nik Muhammad Farith Adruce bin Nik Adelin 30 September 1994 |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model |
Tahun aktif | 2006—2011 |
BiografiSunting
Nik Adruce dilahirkan pada 30 September 1994 dan berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Adruce merupakan anak tunggal pasangan Nik Von Adelin Nik Ismail dan Lezamaheran Abdul Ali. Adruce pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan SS19 Subang Jaya, Selangor dan mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Nik Adruce terlupa menduduki PMR kerana amat sibuk berlakon untuk sebuah filem.[perlu rujukan] Dia merupakan sepupu kepada Shafimie Saedon.
Bakat seninya mula diasah bermula dengan pertandingan bercerita anjuran British Council pada tahun 2003 yang berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur, diikuti selepas itu dengan drama pentas di sekolahnya, Three Abdul. Pada 2006, dia membintangi filem Tentang Bulan.
Pada 2010, Nik Adruce menguruskan badannya.[2] Dia kemudian berlakon sebagai Johan dalam siri Waktu Rehat.
FilemografiSunting
FilemSunting
- Tipah Tertipu
- Remp-It
- Tentang Bulan sebagai Bulat
- Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib
DramaSunting
- Pasca Merdeka
- Anak-anak Ramadhan
- Disney Waktu Rehat
- Tan dan Tun
- Misi Yaya
TelevisyenSunting
- Adik Di 9
- Cooking With Chef
- Apa Cerita?
RujukanSunting
- ^ Nik Adruce Bin Nik Adelin Sinema Malaysia
- ^ Adruce dah kurus ManggaOnline