Ganjil ialah siri drama televisyen web fantasi romantik Malaysia 2021 arahan Yusry Abdul Halim, dibintangi oleh Fattah Amin, Diana Danielle dan dibintangi bersama oleh Izzue Islam dan Fatin Afeefa.[1][2][3] Karya ini ditulis Yasmin Yaacob, Azhar Amirulhisyam, dan Evelyn Afnilia. Ia mengisahkan tentang Nabila dan Amry yang bertemu dalam mimpi sebelum mereka dipertemukan di alam nyata. Siri ini disiarkan di platform penstriman Viu, dari 25 September hingga 28 Oktober 2021.[4][5][6]

Ganjil
GenreFantasi, romantik
Ditulis oleh
  • Yasmin Yaacob
  • Azhar Amirulhisyam
  • Evelyn Afnilia
PengarahYusry Abdul Halim
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Saniboey Mohd Ismail
  • Kingsley Warner (Viu)
  • Sahana Kamath (Viu)
Penerbit
  • Abdul Latiff Mohaideen
  • Imillya Roslan (penyelaras)
  • Elyce Chin (penyelaras)
  • Yasmin Yaacob (penyelaras)
Penyunting
  • Hayatun Munirah Adnan
  • Irwan Ahmad
  • Hapil Zan Mazlan
LokasiMalaysia
SinematografiIrwan Munir
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran40–50 minit
Syarikat penerbitan
Razor's Edge Pictures
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 September 2021 – 28 Oktober 2021

Sinopsis sunting

Amry, seorang jurutera IT introspektif dan Nabila, seorang personaliti media sosial terkenal telah dipertemukan takdir dalam cara paling aneh dan menjangkaui imaginasi menerusi pertemuan dalam mimpi. Sebuah persahabatan telah terjalin dalam mimpi, dan menjadi berharga setiap hari. Rahsia yang mereka simpan dari pengetahuan orang bertukar menjadi pengembaraan mimpi mereka. 

Mereka berdua ingat mereka masing-masing merupakan hasil imaginasi kesedaran mereka, sehinggalah mereka temui petunjuk yang membawa kepada diri masing-masing di dunia realiti. Tetapi apabila Amry dan Nabila cuba berhubung, mereka menyedari takdir memiliki cara tersendiri untuk menemukan mereka.

Amry dan Nabila mendapati diri mereka bertemu insan yang mereka impikan. Pasangan ini bertembung di dalam mimpi mereka, pada satu malam istimewa di mana mimpi mereka bercantum menjadi satu. Ketika mereka mendapati masing-masing mungkin hanya satu watak di dalam alam mimpi, tanpa mereka sedari, kedua-duanya menjadi lebih erat, berkongsi rahsia dan berdepan dengan ketakutan bersama. 

Mimpi mereka ialah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik. Ganjil juga memaparkan kesulitan yang dirasai ramai untuk mencari tempat di dunia sebenar, sambil cuba mengimbangi tanggungjawab seseorang terhadap keluarga.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Fattah Amin sebagai Amry
Diana Danielle sebagai Nabila

Pelakon pembantu sunting

Pelakon kanak-kanak sunting

Penerbitan sunting

Ganjil diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dengan idea asal oleh pemilik bersama Razor's Edge Pictures yang juga bekas wartawan hiburan Harian Metro, Saniboey Mohd Ismail manakala skripnya ditulis oleh Evelyn Afnilia, Yasmin Yaacob dan Azhar Amirulhisyam.[5] Menurut Yusry, beliau gembira apabila diberi kepercayaan Razor's Edge untuk mengarahkan drama itu kerana belum pernah menghasilkan naskhah sedemikian sepanjang kerjayanya. Apa yang cuba dipaparkan dalam Ganjil ialah konsep mimpi yang berbeza, keluar dari kotak pemikiran.[4][9] Untuk itu, Razor's Edge menggunakan resolusi 2K manakala untuk Viu, ia ditayangkan di platform digital dan menggunakan resolusi 4K.[10]

Drama ini mendandakan kerjasama sulung Yusry bersama Fattah Amin.[4] Saniboey pula berkata idea asal dan jalan cerita drama ini sudah lama berada dalam fikirannya sambil berkata: "Saya nak buat cerita cinta paling luar biasa dan pelik. Judulnya menggunakan satu perkataan saja, tapi yang ada maknalah".[5] Idea itu kemudian dikembangkan kepada sepuluh episod oleh Yasmin Yaacob, Azhar Amirulhisyam, dan Evelyn Afnilia. Penggambaran pada asalnya dijalankan selama 55 hari bermula 17 November 2020 dan sepatutnya berakhir pada 10 Januari 2021, bagaimanapun, ia terpaksa ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada Januari bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 di seluruh negara.[4] Penggambaran akhirnya tamat pada 17 Mac 2021 sekali gus menjadikan tempoh penggambarannya ialah selama 121 hari.[5]

Episod sunting

No.TajukTarikh penyiaran asal
1"Bisikan"25 September 2021
Nabila dan Amry bertemu antara satu sama lain di alam mimpi. Pada mulanya, masing-masing menganggap mereka hanya sesuatu benda tanpa mereka sedari. Tidak lama selepas itu, mereka sedar bahawa ini bukan hanya mimpi biasa.
2"Realiti Dalam Mimpi"25 September 2021
Alam mimpi menjadi tempat percutian Nabila dan Amry. Semasa mereka berkongsi harapan dan ketakutan masing-masing, mereka mengtahui masalah yang perlu diatasi dalam kehidupan di alam nyata.
3"Istana Pasir"7 Oktober 2021
Nabila telah kehilangan rantai dalam mimpinya. Ketika Amry mencadangkan untuk mencari rantai itu di rumah Nabila, dia menemui kebenaran yang tidak terungkap tentang kediamannya di alam mimpi.
4"1717"7 Oktober 2021
Di alam mimpi, Nabila dan Amry bertemu dengan orang-orang yang berkongsi kisah suka-duka mereka. Diri mereka semasa kecil. Rahsia didedahkan apabila zaman kecil mereka menjadi kenangan.
5"Lampu Antik"14 Oktober 2021
Nabila dan Amry mengetahui bahawa mereka pernah bertemu sebelum ini, tiga tahun yang lalu di dunia nyata. Teruja dengan harapan untuk bertemu akhirnya, jadi mereka telah membuat rancangan untuk bertemu.
6"Sekali Lagi"14 Oktober 2021
Alam mimpi tidak lagi menjadi tempat yang selesa dan dunia sebenar ialah tempat yang menyeramkan. Nabila dan Amry tertanya-tanya adakah takdir memainkan muslihat kejam pada mereka.
7"Déjà Vu"21 Oktober 2021
Nabila dan Amry mendapati mereka tidak lagi mengingati mimpi mereka apabila mereka terjaga dari tidur. Namun, mereka mula mengalami deja vu yang membuatkan mereka teringat antara satu sama lain.
8"Mimpi Buruk"21 Oktober 2021
Mimpi Amry tentang Nabila memberi kesan buruk kepadanya apabila dia berdepan dengan pengalaman lalu yang mengejutkan. Nabila menyedari petunjuk penting daripada mimpinya berkenaan bapanya.
9"Sebelum Terlambat"28 Oktober 2021
Sehari sebelum hari perkahwinan Nabila, dia bermimpi tentang Amry, lelaki yang dia tidak dapat ingati. Sebaliknya, Amry menerima petanda dan terus mencari Nabila.
10"Sendiri"28 Oktober 2021
Nabila dan Amry bertemu semula di dalam mimpi, kali ini mereka berada lebih lama yang sepatutnya. Kini mereka berdepan dengan ujian getir dan akhirnya memahami takdir yang ditentukan buat mereka.

Siaran sunting

Ganjil mula ditayangkan di platform penstriman Viu, dengan dua episod disiarkan setiap Khamis dari 25 September 2021 sehingga 28 Oktober 2021.[4][5][11]

Runut bunyi sunting

  • "Bisikan" - Noh Salleh
  • "Tanpa Cinta" - Izwan Talhah

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2022 Anugerah Kreatif Akademi Asia 2022 Drama Bersiri Terbaik Ganjil Menang [12]
Pengarah Terbaik Yusry Abd Halim Menang
Sinematografi Terbaik Ganjil Menang
Kesan Khas Visual Terbaik Menang
2022 Anugerah Televisyen Asia 2022 Drama Bersiri Digital Terbaik Ganjil Tercalon
Lakon Layar Terbaik Yasmin Yaacob, Azhar Amirulhisyam, Evelyn Afnilia Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q "Drama Ganjil (Viu)". Myinfotaip. 30 September 2021. Dicapai pada 19 Disember 2021.
  2. ^ Budiey (4 Oktober 2021). "Fattah Amin & Diana Danielle Bergabung dalam GANJIL, Sebuah Kisah Cinta Fantasi Romantik". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Disember 2021.
  3. ^ Heidi Hsla (28 September 2021). "Fattah Amin, Diana Danielle collaborate in ViuTV's "GANJIL"" (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! News. Dicapai pada 19 Disember 2021.
  4. ^ a b c d e Serimah Mohd Sallehuddin (2 Oktober 2021). "Putus asa siapkan Ganjil". Berita Harian. Dicapai pada 19 Disember 2021.
  5. ^ a b c d e Riadz Radzi (28 Oktober 2021). "Betul-betul ganjil". Harian Metro. Dicapai pada 19 Disember 2021.
  6. ^ Dennis Chua (1 Oktober 2021). "#Showbiz: Romantic adventures in dreamland" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 19 Disember 2021.
  7. ^ a b Nur Asyikin Mayudin (29 September 2021). "Fattah Amin dan Diana Danielle 'mengembara' dalam mimpi, drama siri Viu Original terbaharu GANJIL, memang lain macam!". mStar Online. Dicapai pada 19 Disember 2021.
  8. ^ a b "Fattah Amin and Diana Danielle star in the all-new Viu fantasy romance of your dreams" (dalam bahasa Inggeris). Kepohchi. 27 September 2021. Dicapai pada 19 Disember 2021.
  9. ^ Huda Hussain (7 Oktober 2021). "Percintaan Yang Digarap Bersulam Fantasi Dan Misteri, Ganjil Satukan Diana Danielle & Fattah Amin. Eh... Sesuatu Lah!". Astro Gempak. Dicapai pada 19 Disember 2021.
  10. ^ Syafil Syazwan Jefri (1 Oktober 2021). "Ganjil lain macam!". Harian Metro. Dicapai pada 19 Disember 2021.
  11. ^ Sofie Azizlan (28 September 2021). "Fantasi & Romantik, Ini Yang Menarik Tentang Drama Siri "GANJIL"". Wanista. Dicapai pada 19 Disember 2021.
  12. ^ Zaara Talita (1 Oktober 2022). "Ganjil menang empat kategori". Harian Metro. Dicapai pada 8 Oktober 2022.

Pautan luar sunting