Diana Danielle

Pelakon wanita Malaysia

Diana Danielle Danny Beeson (lahir 22 November 1991) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia kelahiran Amerika Syarikat.[1] Beliau mula dikenali umum menerusi filem sulung lakonannya Idola (2002) dan telah membintangi beberapa drama TV termasuk Airmata Maria (2007) dan Raisha (2017-2018).[2]

Diana Danielle
Diana pada 2007
Kelahiran
Diana Danielle Danny Beeson

(1991-11-22) 22 November 1991 (umur 32)
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2002–kini
PasanganFarid Kamil (k. 2012)
Anak-anak2
Ibu bapaDanny Beeson (bapa)
Norsiah Ramli (ibu)
SaudaraHalley Hayden (adik)
Fadzil Zahari (adik ipar)
Yana Samsudin (biras)

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan di Houston, Texas, Amerika Syarikat[3] pada 22 November 1991.[4] Diana merupakan anak tunggal kepada pasangan Norsiah Ramli yang berketurunan Melayu dan Danny Beeson yang juga merupakan warganegara Amerika Syarikat.[5] serta mempunyai ketinggian 170 sentimeter. Beliau kembali ke Malaysia pada usia awal selepas ibu bapanya bercerai; Diana dibesarkan di George Town, Pulau Pinang, iaitu kampung halaman ibunya. Beliau mempunyai seorang adik perempuan tiri bernama Hailee Hayden yang dilahirkan pada 1993.[6]

Kerjaya sunting

Diana memulakan kerjaya lakonan secara kebetulan dan memenuhi permintaan untuk pelbagai pekerjaan seperti peragaan, nyanyian dan muncul dalam iklan televisyen. Bakat beliau dikesan oleh pelakon Norman Hakim ketika beliau mengunjungi keluarganya ketika Diana berusia 9 tahun, dan seterusnya muncul bersama filem pertama lakonannya, Idola (2002) arahan Aziz M. Osman yang mana Diana menjayakan peranan sebagai Mira Melissa Muqriz.[7] Diana paling dikenali menerusi peranannya sebagai Maria dalam drama TV3 Airmata Maria terbitan Skop Productions. Diana ketika itu hanya berusia 14 tahun ketika beliau diberi peranan yang berumur 20 tahun.[8]

Beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Gol & Gincu The Series (2006-07), Farah Syakira (2008) dan Di Sebalik Wajah dan beberapa lain lagi.[9]

Beliau berlakon di samping Syamsul Yusof, Aaron Aziz, Farid Kamil dan Fasha Sandha menerusi filem aksi perlumbaan kereta, Evolusi KL Drift arahan Syamsul.[10] Pada tahun 2009, beliau muncul dalam filem kerohanian arahan Bade Hj. Azmi Malaikat Maut bersama Liyana Jasmay.[11][12] Juga pada tahun sama, beliau muncul sebagai Aisyah dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam lakonan Syamsul, Shaheizy Sam, Nabila Huda dan Salina Saibi.[13] Diana mengumumkan menarik diri dari membintangi Evolusi KL Drift 2, turut menarik diri ialah Fasha Sandha.[14]

Pada tahun 2010, Diana memegang watak utama sebagai Ayu dalam filem fantasi Magika arahan Edry Abdul Halim.[15] Pada tahun 2012, beliau memegang watak sebagai Jameela dalam filem Hantu Gangster arahan Namewee yang turut menyaksikan kali kedua beliau berlakon bersama pelakon sampingannya, Farid Kamil (kemudian menjadi suaminya).[16][17]

Di hadapan umum, Diana tetap dekat dengan peminatnya di Facebook dengan kemas kini teratur (dalam bahasa Melayu dan Inggeris) mengenai perkembangan kerjayanya dan banyak lagi. Beliau mempunyai lebih 1.1 juta peminat (dan mengira) mengikutinya di Facebook. Diana baru-baru ini berpindah ke Australia pada awal 2013 untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang seni halus. Beliau ialah pelajar di Institut Seni Dramatik Kebangsaan di Sydney, Australia.[18]

Bersama Nad Zainal, Mila Jirin dan Sara Ali, Diana membintangi filem komedi muzikal seram, Kami Histeria arahan Shamyl Othman terbitan Redfilms yang ditayangkan pada 6 Februari 2014. Diana memegang watak sebagai Laila, salah seorang ahli kumpulan Histeria.[19]

Pada 24 November 2016, Diana memegang watak sebagai Nina dalam filem Hanyut arahan U-Wei Hj Saari adapatasi dari novel tulisan Joseph Conrad yang bertajuk, Almayer's Folly.[20] Dalam satu temuramah, Diana mengakui beliau sedar bahawa sesetengah orang melihatnya menjaringkan bahagian itu kerana penampilannya.[20]

Pada April 2017, Diana melancarkan single terbaru bertajuk "Tentang Kita".[21][22] Beliau membintangi bersama Aliff Aziz dalam drama Di Sebalik Wajah sebagai Nadia, seorang wanita yang bangkit dari kemalangan tanpa memori identiti atau masa lalu.[23]

Diana memegang watak tajuk dalam siri drama Raisha yang bersiaran di TV3 pada 13 September 2017. Ia mengisahkan Raisha, seorang gadis materialistik yang dilahirkan dari keluarga yang serba kesusahan.[24][25] Beliau kembali menjayakan wataknya dalam kesinambungannya yang ditayangkan di TV3 pada 2018.[26][27]

Diana mengacarakan rancangan Kata Serasi bersama Nazrudin Habibur Rahman yang bersiaran di ntv7.[28] Beliau menjayakan watak utama bersama Ummi Nazeera dan pelakon asal filem Gol & Gincu Sazzy Falak dan Sharifah Amani dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 yang ditayangkan pada 25 Oktober 2018.[29][30]

Kehidupan peribadi sunting

Sekitar tahun 2007, Diana yang pada masa itu masih berumur 16 tahun pernah menjalin hubungan dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof ketika sama-sama membintangi filem Evolusi KL Drift, namun berpisah pada 2009 akibat ketetapan perundangan dan kontroversi yang menyelubungi mereka.[31] Beliau kemudiannya berkahwin dengan pelakon sampingannya dalam filem itu, Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua anak—Muhammad dan Nur Aurora.[32][33] Beliau mengabadikan gambar lama mereka sekeluarga ketika meraikan Aidilfitri bersama Farid yang tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama selepas dijatuhi hukuman penjara.[34] Diana dan Farid telah bercerai pada Mac 2023 akibat perselisihan faham. Mereka secara sah berpisah pada 10 Ogos 2023. Pada 31 Ogos 2023, Farid dan Diana kembali rujuk sebagai suami isteri.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2002 Idola Melissa Filem pertama
2008 Evolusi KL Drift Sara
2009 Maut[35] Umi
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam[36] Aishah
Setem[37] Suraya
2010 Kecoh Betul[38] Dayana
Magika Ayu
2011 ...Dalam Botol[39] Tina
2012 Jiwa Taiko Trisya
Hantu Gangster Jameela
2013 Sembunyi: Amukan Azazil Aishah (pencalonan) Pelakon Wanita Terbaik FFM
2014 Kami Histeria Laila
Supersquad The Movie Elly (suara)
2016 Hanyut[40] Nina Almayer Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ASK
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM
2018 Gol & Gincu Vol. 2 Zakiah / Zak Pelakon Wanita Terbaik ASK
(pencalonan) Pelakon Wanita Terbaik FFM
2021 Hanya Namamu Laila Laila
2022 Spilt Gravy on Rice Jackie
2023 Imaginur Nur
TBA Baran Pra-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Janji Diana Elly TV2
Gol & Gincu The Series Ratu 8TV
2007 Airmata Maria Maria TV3
Farah Syakira Farah Syakira TV2
2008 Rahsia Di Sebalik Wajah Jasmin
2017 Di Sebalik Wajah Nadia Hypp Sensasi
Cerita Dari Mastika Astro Prima Episod: "Wanita Kaya Mati Terbakar Dalam Koma"
Episod: "Aku Sudah Mati"
Raisha Raisha TV3
My Coffee Prince Mariam Astro Ria
2018 Raisha 2 Raisha TV3
2019 Ombak Rindu The Series Mila Iflix
2020 Camelia Mariam/Camelia TV3
Syurga Untukmu Atikah
Janda Kosmopolitan Marwin Awesome TV
2021 Ganjil Nabila Viu
2022 She Was Pretty Nadia Rahman
TBA Raisha 3 Raisha TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Takbir Terakhir Astro Prima
2011 Di Telapak Kaki Bonda Fairuz TV3
2012 Satu Malam Perawan Aisyah Astro Ria
2014 Perempuan Lindungan Kaabah Hanan Astro First Eksklusif
2015 Talak Yasmin TV3
Kapal Kertas Cikgu Aira
Pengantin Gila Dania
Lara Perindu Fuza Astro Prima
2016 Sedikit Waktu Liza Astro Ria
Anak Mat Salleh Tapi Melayu Amelia TV3
Kalau Jodoh Tak Ke Mana TV1
2017 Pergilah Cinta Liyana TV3
Nora Bam Boom Nora TV2
2020 Mencari Mardhatillah Salina TV Okey
Line Puaka Watie Astro Citra

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Project N.S Pengacara 8TV
2018 Kata Serasi ntv7 Bersama Nazrudin Rahman
2024 MeleTOP Pengacara Jemputan Astro Ria

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk lagu Catatan
2010 "Penyembuh Rindu" duet bersama Mawi OST Magika
2015 "Pujaan" OST Kami Histeria
2016 "Luar Biasa" OST Ainur Mardhiyah
"Tentang Kita"
2022 "Heaven" duet bersama Calum Scott
2023 "Bersama Dengan Rindu"

Endorsmen sunting

  • Fiorucci
  • Volvo
  • Watsons
  • Pampers
  • Shuemura
  • Milo
  • Hazeline Snow Vietnam Market
  • Telecom I-talk

  • F&N Soya Bean
  • Raflesia Pearl
  • Jeteine Hair Colour
  • Tan&Tan Corporate Websites for hotel chain
  • Tenaga Nasional
  • Inner Shine for Brands
  • Tuala Wanita

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2008
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–22
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
2009
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–23
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2010
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–24
Tercalon
2011
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–25
Tercalon
2014
Anugerah Lawak Warna ke–2
Pelakon Wanita Komedi Terbaik Filem (bersama Fazura) Kami Histeria Tercalon
Festival Filem Malaysia ke–26
Pelakon Wanita Terbaik Sembunyi: Amukan Azazil Tercalon
2015
Anugerah Skrin ke–19
Pelakon Wanita Terbaik Drama Talak Tercalon
2017
Festival Filem Malaysia ke–29
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Hanyut Menang
Anugerah Skrin ke–21
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem Menang
2019
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–7
Antagonis Pilihan Raisha 2 Tercalon
Festival Filem Malaysia ke–30
Pelakon Wanita Terbaik Gol & Gincu Vol. 2 Tercalon
Anugerah Skrin ke–24
Pelakon Wanita Terbaik Filem Menang

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/12/360564/diana-danielle-rindu-berlakon-filem
  2. ^ Angelin Yeoh (13 Oktober 2017). "How does actress Diana Danielle deal with negativity". Star2. Dicapai pada 14 Oktober 2017.
  3. ^ Beauty Diana Danielle set to hit the high notes Diarkibkan 2011-07-28 di Wayback Machine theStar Online. Diperoleh pada 21 Mei 2011.
  4. ^ "Making waves Kering". The Star. 29 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-19. Dicapai pada 2021-09-25.
  5. ^ (Melayu) Diana Danielle tolak gelaran bakal Ratu filem Melayu 2010. Diarkibkan 2017-10-07 di Wayback Machine
  6. ^ "Some kind of magic for Diana". Ecentral.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2010. Dicapai pada 19 Disember 2013.
  7. ^ "Filem Malaysia". www.filemkita.com. Dicapai pada 19 December 2013.
  8. ^ Tiga azam Diana Danielle Diarkibkan 2018-04-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia (4 Disember 2008). Dicapai pada 25 April 2012.
  9. ^ Nicholas & Diana muda dan popular
  10. ^ Budiey (3 March 2008). Filem Evolusi KL Drift: Filem Terbaik Skop Production? Sensasi Selebriti. Retrieved 5 October 2012.
  11. ^ Utusan Malaysia: Maut Bawa Mesej Ketuhanan[pautan mati kekal]
  12. ^ Berita Harian: Maut Bukan Filem Seram[pautan mati kekal]
  13. ^ Hizreen Kamal (2009-04-22). "When broken youths turn bad". New Straits Times. Dicapai pada 2009-05-07.
  14. ^ Nurul Ain Mohd Hussain (7 Januari 2009). Diana letak syarat untuk ditemuduga, digugurkan dari Evolusi KL Drift 2 mStar Online. Dicapai pada 11 April 2018.
  15. ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Magika - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-19. Dicapai pada 19 December 2013.
  16. ^ Kenneth Chau (4 August 2016). "Diana Danielle says it was scary working with her husband". Star2. Dicapai pada 19 December 2016.
  17. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-07. Dicapai pada 2017-10-07.
  18. ^ "Malaysia's Résumé - Diana Danielle". www.malaysiaresume.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-27. Dicapai pada 2015-12-01.
  19. ^ "'Kami Histeria' Komedi Seram Luar Biasa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-18. Dicapai pada 2017-10-21.
  20. ^ a b Angelin Yeoh (25 November 2016). "Diana Danielle works hard to prove she is more than just a beautiful face". Star2.com. Dicapai pada 1 December 2016.
  21. ^ Syafil Syazwan Jefri (19 Oktober 2016). Diana nyanyi lagu reggae Retrieved 21 March 2017
  22. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (11 April 2017). "The multitalented Diana Danielle". The New Straits Times. Dicapai pada 12 April 2017.
  23. ^ Angelin Yeoh (29 April 2017). "Diana Danielle is out for revenge in new TV drama Di Sebalik Wajah". Star2. Dicapai pada 1 May 2017.
  24. ^ Nor Eryani Yusup (20 April 2017). "Hala tuju karier, hidup Diana Danielle". Kosmo!. Dicapai pada 1 May 2017.
  25. ^ Ifqdar Rahman (20 April 2017). "Kempunan undangan nyanyian". Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 May 2017.
  26. ^ Faten Saphilla Mohamed Isa (26 Ogos 2018). "Raisha 2 lebih dramatik". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-19. Dicapai pada 1 September 2018.
  27. ^ Faten Saphilla Mohamed Isa (15 Disember 2018). "Raisha 2 kembali dengan musim baharu". Media Permata. Dicapai pada 15 Disember 2018.
  28. ^ Dennis Chua (30 Mac 2018).#Showbiz: Positive vibes Diana and gang on new ntv7 shows New Straits Times. Diperoleh pada 10 April 2018.
  29. ^ Mumtaj Begum (14 September 2018). "'Gol & Gincu' is all set to score again with Vol. 2 in October". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-15. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
  30. ^ Syahirah Mokhtazar (19 September 2018). "#Showbiz: Diana Danielle takes on Puteri". New Straits Times. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
  31. ^ Haryati Karim (30 Jun 2009). "Masihkan ada cinta?". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-15. Dicapai pada 18 May 2016.
  32. ^ Diana Danielle and Farid Kamil welcome baby girl The Malay Mail. 25 November 2015.
  33. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (26 November 2015). Farid Kamil and Diana Dianielle name their daughter Nur Aurora New Straits Times. Retrieved November 27, 2015.
  34. ^ Georgie Joseph (5 Jun 2019). Farid Kamil segala-galanya buat Diana Danielle Harian Metro. Dicapai pada 22 Jun 2019.
  35. ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Maut - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2011. Dicapai pada 19 Disember 2013.
  36. ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-19. Dicapai pada 19 December 2013.
  37. ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Setem - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2012. Dicapai pada 19 Disember 2013.
  38. ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Kecoh Betul - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-05. Dicapai pada 19 December 2013.
  39. ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-25. Dicapai pada 19 December 2013.
  40. ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Hanyut (Almayer's Folly) - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-11. Dicapai pada 19 December 2013.

Pautan luar sunting