Fadzil Zahari

Pelakon lelaki Malaysia

Fadzil Bahri bin Zahari (lahir 4 Ogos 1983) ialah seorang pelakon, penulis skrip dan penerbit Malaysia. Beliau merupakan adik kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil dan pemilik bersama syarikat Prokuya Studios.

Fadzil Zahari
Fadzil Zahari pada 2015.
Kelahiran
Fadzil Bahri bin Zahari

(1983-08-04) 4 Ogos 1983 (umur 40)
PekerjaanPelakon, penerbit, penulis skrip, pengurus artis
Tahun aktif2008–kini
PasanganYana Samsudin (k. 2015)
Anak-anak2
IbuDatin Sharifah Bardah Syed Abdilllah
BapaDato' Dr. Zahari Che Dan
Saudara


Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan sebagai Fadzil Bahari bin Zahari pada 4 Ogos 1983 di Alor Setar, Kedah, beliau merupakan anak kepada tenaga akademik kedoktoran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu bapanya, Dato' Dr. Zahari Che Dan dan ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah. Beliau mempunyai darah campuran Melayu, Arab dan Siam.

Beliau merupakan anak kedua dari 5 orang adik beradik. Abang sulungnya, Farid Kamil terlebih dahulu menempa nama dalam bidang seni sebagai pelakon. Adik-beradik beliau yang lain termasuk Anis Anwar, Azman Aizuddin dan Nurdianah. Masing-masing berkecimpung dalam bidang doktor perubatan.

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya seninya pada awal 2008 sebagai penulis skrip filem. Dalam tahun 2010, beliau berjaya menghasilkan skrip untuk filem Kongsi arahan abangnya, Farid Kamil. Selain itu, beliau turut menulis skrip untuk beberapa filem termasuk Bini-Biniku Gangster, Pe3, Taikun dan Suami Aku Ustaz. Sebagai pelakon, beliau telah muncul dalam filem Bro, Nampak Motor Gua? dan juga beberapa drama TV termasuk Bini-Bini Perkasa, dan Rawan.[1] Beliau melakonkan watak Nazmi dalam drama adaptasi novel bertajuk Kerna Syurga Bukan Percuma.

Fadzil menerbitkan drama pertamanya, Demi Tuhan Aku Bersaksi mengisahkan seorang lelaki yang memilih menjadi mak nyah dan mahu berubah ke arah kebaikan. Fadzil berkata drama itu diinspirasikan daripada kisah sebenar yang berlaku di tempat pengajian dan watak utamanya dijayakan oleh Syafie Naswip dan Fezrul Khan. Drama ini menjadi subjek kecaman umum apabila ia mengangkat lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) membabitkan pusat tahfiz, sekaligus menyebabkan Fadzil dicop warganet sebagai ahli neraka.[2][3]

Kehidupan peribadi sunting

Fadzil berkahwin dengan pelakon, Yana Samsudin pada 13 Februari 2015.[4] Mereka berdua sebelum ini pernah digosipkan bercinta namun kedua-duanya menafikan dan memaklumkan hubungan mereka hanyalah sekadar kawan baik sahaja. Yana dan Fadzil mula berkenalan ketika kali pertama bertentang mata pada tahun 2008 di set penggambaran Rempit V3. Kemudian hubungan mereka semakin rapat selepas hampir setiap hari bertemu ketika penggambaran filem Kongsi. Beliau dikatakan pernah menghantar rombongan merisik pada tahun 2010 namun Yana ketika itu masih belum bersedia. Selepas Yana melahirkan rasa kesediannya untuk bergelar isteri pada tahun 2015, sekali lagi Fadzil menghantar rombongan merisik pada 14 Disember 2014 seterusnya menetapkan tarikh pernikahan mereka.[5] Anak sulung beliau bersama Yana, Aisy Mateen dilahirkan pada 20 Julai 2016.[6][7]

Beliau sebelum ini memberikan respons kepada media berhubung penahanan abangnya, Farid Kamil yang dijatuhkan hukuman penjara selama 9 bulan bermula Mei 2019.[8][9][10]

Pada November 2020, Fadzil dan Yana dikurniakan anak kedua, iaitu seorang anak perempuan.[perlu rujukan]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Kongsi Juga sebagai penulis skrip, idea asal
Bini-Biniku Gangster
2013 Pe3
Taikun
Adnan Sempit 3 Pengurus Datuk
Bro, Nampak Motor Gua? Boboi
Tokan Sebagai penulis skrip, idea asal
Longkai Pemandu Teksi Pelakon undangan
2015 Suami Aku Ustaz Sebagai penulis skrip

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Bini-Bini Perkasa Din Unta TV3
Rawan Kamarul TV9
2014 Roda Sebagai penerbit, pengarah, dan penulis skrip
Papa Yibbie Izham TV3
2015 Talak Mukhriz
2017 Kerna Syurga Bukan Percuma Nazmi Astro Oasis
2018 Split TV Series Muaz Astro Citra
2022 Menantu Mek Barber Daniel TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Kapal Kertas TV3 Sebagai penerbit
2020 Demi Tuhan Aku Bersaksi TV1

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Idea Asal Terbaik Kongsi Tercalon
2013 Festival Filem Malaysia ke-26 Tokan Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Yana Samsudin Masih Sesuaikan Diri Sebagai Isteri Fadzil Zahari Diarkibkan 2017-02-13 di Wayback Machine mSTAR Online (19 Mac 2015). Dicapai pada 17 Jun 2015.
  2. ^ Aqmar Mustaza (8 Ogos 2019). Semua hentam dan laknat kami: Fadzil Zahari Sinar Harian. Dicapai pada 13 Ogos 2019.
  3. ^ Hansiah Selamat (4 Ogos 2019). Tengok dahulu sebelum jatuh hukum - Fadzil Zahari Berita Harian. Dicapai pada 13 Ogos 2019.
  4. ^ Yana and Fadzil Zahari to wed on Valentines Day The Star Online (3 Februari 2015). Dicapai pada 17 Jun 2015.
  5. ^ Fadzil Zahari sedia kahwini Yana Samsudin Sinar Harian (30 Mac 2014). Dicapai pada 17 Jun 2014.
  6. ^ Tiga Minggu Kami Fikir Nama Aisy Mateen – Fadzil Zahari Astro Gempak. 26 Ogos 2016.
  7. ^ Tahir Alhamzah (5 Julai 2018). #Showbiz: Yana Samsudin and Fadzil Zahari take turns to care for son New Straits Times. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  8. ^ Zaidi Mohamad (31 Mei 2019). Fadzil sayu beraya tanpa abang Berita Harian. Dicapai pada 17 Jun 2019.
  9. ^ 'Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan...' - Sayu doa Fadzil Zahari buat abang Astro Awani (17 Mei 2019). Dicapai pada 17 Jun 2019.
  10. ^ Hanisah Selamat (15 Januari 2018). Baik buruk dia tetap abang kami - Fadzil Zahari Berita Harian. Dicapai pada 17 Jun 2018.

Pautan luar sunting