Ummi Nazeera
Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin (lahir 20 Ogos 1990) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam lakonan di televisyen dan filem.
Ummi Nazeera | |
---|---|
![]() Ummi ditemuramah oleh MeleTOP di sidang media telefilem Angin Cinta pada 31 Mei 2016. | |
Kelahiran | Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainal Abidin 20 Ogos 1990[1] |
Pendidikan | Sarjana Muda Perniagaan dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Melbourne, Australia |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2008–kini |
Pasangan | Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani (k. 2017) |
Anak | 2 |
KerjayaSunting
Beliau mencipta nama di persada dunia lakonan menerusi drama terbitan TV3 iaitu siri TV ditayangkan pada tahun 2009 yang berjudul drama Nur Kasih di samping gabungan barisan bersama pelakon berbakat iaitu Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz sehingga tamat siaran pada akhir Mac. Selain itu, beliau membintangi filem terkemuka yang diterbitkan menerusi Tayangan Unggul iaitu filem komedi pada 2010 iaitu, Hantu Kak Limah Balik Rumah gandingan penyanyi Awie, pelakon veteran Allahyarham Zami Ismail, serta pelawak Johan Raja Lawak dan Usop Wilcha yang juga terlibat dalam menjayakan filem tersebut pada akhir tahun itu.
Beliau juga telah berjaya memainkan watak dalam filem Penanggal dan Gol & Gincu Vol. 2 sehingga dinobat Top 5 pelakon wanita terbaik Filem Festival Malaysia.
Kehidupan peribadiSunting
Pada 23 Julai 2017, Ummi sah menjadi isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang merupakan seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.45 pagi di kediaman bapa saudaranya, Datuk Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Pada mulanya, pasangan ini dikatakan bakal menikah pada 3 Ogos 2017 namun dipercepatkan tarikh tersebut kepada 23 Julai atas permintaan keluarga.[2][3]
Pada 22 Ogos 2018, beliau dikurniakan seorang anak perempuan, Ayra Aneesah.[4]
Bapanya, Zainul Abadin Mat Akhir meninggal dunia pada 27 November 2020 akibat masalah kesihatan kronik.[5]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | Lu Pikirlah Sendiri de Movie | Syarifah | Filem pertama |
Hantu Kak Limah Balik Rumah | Cik Nin | ||
2011 | Hikayat Merong Mahawangsa | Embok | |
2013 | Penanggal | Murni | |
2017 | Bisik Pada Langit | Siti Hajar | |
2018 | Gol & Gincu Vol. 2 | Yaya | |
2021 | Kerana Korona | Janna |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Ali Din | Puteri | TV9 | |
Klon Teja | Astro Ria | |||
Kudrat Iman | Asmah | TV1 | Telefilem | |
Awan Dania | Astro Ria | |||
2009 | Nur Kasih | Sarah | TV3 | |
2014 | Salam Muslim: Quran Untuk OKU | Perantara | Astro Oasis | |
2015 | Cik Puan Sinderella | Fifi | Astro Maya HD | Telefilem |
Alif Imani | Imani | TV9 | ||
2016 | Angin Cinta | Erika | Astro First Eksklusif | Telefilem |
Patahnya Sebelah Sayap | Alisha | TV3 | ||
2017 | Nahu Rindu | Nazira | TV3 | |
Chor & Chah | Chah | YouTube | Web drama | |
2018 | Patahnya Sebelah Sayap 2 | Alisha | TV3 | 4 Episod |
2019 | Suri Katriana | Katriana | Astro Prima | |
2020 | Korban Kasih | Aisha | TV1 | 30 Episod |
2021 | Cinta Yang Pulang | Adina | TV2 |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pelakon Filem Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Artikel - Biodata. Biodata Ummi Nazeera. Babab.Net
- ^ Oleh Mohd Al Qayum Azizi pada 3 Ogos 2017. Ummi Nazeera Nikah Awal Dari Tarikh Dijanjikan - Hiburan. mStar Online
- ^ 3 Ogos 2017. Ummi Nazeera, Izzar nikah 23 Julai lalu - Hiburan. Utusan Online
- ^ Ummi Nazeera selamat jadi ibu Berita Harian. 31 Ogos 2018. Dicapai pada 6 Disember 2018.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (27 November 2020). Bapa Ummi Nazeera meninggal dunia Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2020.