Bisik Pada Langit ialah sebuah filem drama Malaysia 2017 arahan Kabir Bhatia, dibintangi oleh Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Naim Daniel, Erwin Dawson dan Fadilah Mansor. Ia diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Nusantara Seni Karya dan Filmscape ditayangkan pada 21 September 2017.[1]

Bisik Pada Langit
PengarahKabir Bhatia
PenulisSofia J. Rhyland
Lakon layarMaizura Ederis
Dihasilkan olehSaniboey Mohd Ismail
Dibintangi
SinematografiNorhanisham Muhammad
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
21 September 2017
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM3.5 juta

Sinopsis sunting

Mengisahkan pengorbanan Wak Selamat (Jalil Hamid) sebagai seorang ayah yang dilihat begitu menyayangi anak perempuannya dan sanggup menunaikan segala kehendak permata hatinya ini bagi memastikan kebahagiaan dikecapi beliau pada setiap masa. Siti Hajar (Ummi Nazeera) merupakan satu-satunya anak perempuan dari tiga beradik. Sama seperti ayahnya, abang beliau, Zaidi (Beto Kusyairi) dan adiknya, Ikram (Naim Daniel) turut perlu berkorban semata-mata demi memastikan cita-cita Siti Hajar untuk melanjutkan pelajaran di Perth, Australia dapat direalisasikan. Walaupun dalam keadaan berat hati, Wak Selamat perlu membenarkan anaknya pergi dengan harapan Siti Hajar dapat membawa pulang segulung ijazah seterusnya membantu keluarga yang selama ini hidup dalam serba kekurangan.

Harapan Wak Selamat musnah apabila Siti Hajar dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Perth. Lebih meremukkan hati Wak Selamat adalah apabila beliau hanya mengetahui akan hobi anaknya yang gemar menunggang motosikal selepas dari kecelakaan yang menimpa Siti Hajar, namun pada masa yang sama, semua ahli keluarga sudah mengetahuinya sejak dari duhulu lagi. Siti Hajar kini berada dalam keadaan kritikal dan koma di negara asing yang menjadikan keluarganya di Malaysia tidak senang duduk dan ditindih keresahan.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Bisik Pada Langit diarahkan oleh Kabir Bhatia dengan idea dan cerita asal oleh bekas wartawan hiburan, Saniboey Ismail dan skrip ditulis oleh Sofia J. Rhyland dan Maizura Ederis. Filem ini pada asalnya sebuah telefilem yang sepatutnya disiarkan di Astro First Eksklusif, ia akhirnya diangkat ke layar perak. Penggambaran dijalankan di Labu, Negeri Sembilan dan Perth, Australia.[2]

Tema sunting

Menurut Kosmo!, Bisik Pada Langit memaparkan elemen yang berteraskan kekuatan hubungan dalam kekeluargaan, permainan emosi serta suntikan beberapa plot yang berbeza berbanding kebiasaan seperti faktor dramatik dalam setiap babak.[2]

Keluaran dan sambutan sunting

Bisik Pada Langit ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 21 September 2017[2] dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM3.5 juta.[3] Filem ini menerima ulasan positif secara umum. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online melihat filem ini mempunyai cacat celanya dalam soal kesan visualnya selain soal kesinambungan untuk beberapa babak yang jelas kelihatan, ia tidak menjejaskan filem ini untuk diletakkan sebagai sebuah karya terbaik.[4] Rimanilzah dari Malaysiakini berkata: "Bisik Pada Langit ialah filem keluarga yang melontarkan nilai dan pengajaran kepada penonton. Kekuatan filem ini ialah jalan cerita yang kemas walaupun banyak menggunakan teknik imbas kembali."[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Saharudin Musthafa (2 Oktober 2017). "Kasih agung seorang ayah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Oktober 2017.
  2. ^ a b c "Bisik Pada Langit: daripada telefilem ke layar perak". Kosmo!. 17 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-12. Dicapai pada 1 Oktober 2017.
  3. ^ "Raih Lebih RM3.5 Juta, Bisik Pada Langit Filem Drama Keluarga Terbaik Tempatan". Perak Today. 21 Oktober 2017. Dicapai pada 21 Oktober 2017.
  4. ^ Shazryn Mohd Faizal (28 September 2017). "Bisik Pada Langit kerana pelakonnya". mStar Online. Dicapai pada 1 Oktober 2017.
  5. ^ Rimanilzah (27 September 2017). "Bisik Pada Langit - Tersentuh tapi tak cukup menyentuh". Malaysiakini. Dicapai pada 1 Oktober 2017.

Pautan luar sunting