Patahnya Sebelah Sayap

Patahnya Sebelah Sayap ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 dibintangi oleh Aeril Zafrel, Ummi Nazeera dan Izzue Islam. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 20 September 2016 hingga 24 Oktober 2016 menggantikan Lambaian Ramadan.[1] Kesinambungan drama ini, Patahnya Sebelah Sayap: Selembut Salam Kemaafan memulakan tayangan perdana di TV3 pada 22 Mei 2018.[2]

Patahnya Sebelah Sayap
Genre
Ditulis olehMia Marziah Manaf
PengarahAyie Mustafa
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Hancur Aku" oleh Nur Fazura dan Estranged
Lagu penutup"Hancur Aku" oleh Nur Fazura dan Estranged
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzlina Sanimin
PenerbitSuriati Sidek
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Creative Skill Solution
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal20 September 2016 – 24 Oktober 2016

SinopsisSunting

Drama ini mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu akhirnya menemui hubungan cinta sebenar dan mampukah konflik menimpa Alisha dibongkarkan kerana kesalahan Amzar yang ditanggung oleh Alisha menjadi punca antara kisah cinta mereka diselubungi perasaan dendam?

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Penampilan khasSunting

SambutanSunting

PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
EPISOD PERTAMA EPISOD AKHIR PENARAFAN TERTINGGI PURATA SUMBER
3.2 juta
4.5 juta
45%
14.9 TVR (Total 4+)
[3]

KesinambunganSunting

Susulan kejayaan drama ini, kesinambungannya, Patahnya Sebelah Sayap: Selembut Salam Kemaafan disiarkan di TV3 pada 22 Mei 2017 sebanyak empat episod.[2]

RujukanSunting

  1. ^ Drama Patahnya Sebelah Sayap (TV3) My Infotaip (19 September 2-16). Dicapai pada 7 Mei 2017.
  2. ^ a b Suliati Asri (17 Mei 2018). Selembut Salam Kemaafan - NIVEA Harian Metro. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  3. ^ Ramlah Zainal (27 Oktober 2016). Rating lebih 4.5 juta penonton Harian Metro. Dicapai pada 10 Mei 2017.

Pautan luarSunting

: Samarinda, Isnin - Rabu 10:00 Malam
Sebelumnya Patahnya Sebelah Sayap Berikutnya
Lambaian Ramadan Umairah