Lambaian Ramadan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Along Kamaludin, dengan skrip oleh Azlina Pa'wan. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 31 Mei 2016 hingga 29 Jun 2016 menggantikan Demi Cinta Ain. Drama ini merupakan salah satu daripada enam siri drama bertemakan Ramadan yang disiarkan di TV3.[1]

Lambaian Ramadan
GenreDrama
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Ingatkan Dia" oleh Wings
Lagu penutup"Ingatkan Dia" oleh Wings
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod17
Penerbitan
Penerbit eksekutifFariz Che Aziz
PenerbitA. Aida
Penyunting
  • Amisyahril Edwan Amran
  • Daniel Lee
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
A. Aida Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal31 Mei 2016 – 29 Jun 2016

SinopsisSunting

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri Adam (Adi Putra) dan Shila (Siti Elizad). Rumahtangga yang mereka bina, bahagia selama 16 tahun dan mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Iman (Izz Ilham), Iskandar (Muntazar Ghufran) dan Nurin (Puteri Balqis). Namun kebahagian keluarga Adam dan Shila mulai hilang dengan kehadiran Warda (Reen Rahim), bekas teman wanita Adam. Biarpun tahu Adam telah pun berkeluarga, Warda tetap cuba untuk menagih cinta Adam.

Demi kepentingan perniagaannya, Ada mulai mengabaikan keluarga dan mula menduakan Shila. Malah Adam sendiri yang mengaku kepada Shila bahawa dia ada perempuan lain. Hampir setiap hari Adam dan Shila akan bertengkar, malah Adam juga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap tiga orang anak mereka. Lebih terkesan adalah Nurin yang sangat rapat dengan ayahnya. Satu hari Nurin jatuh sakit, pada awalnya ia dianggap sebagai demam biasa namun sebenarnya Nurin menghidap penyakit yang kronik. Adakah rumahtangga Adam dan Shila akan kembali menemui sinar bahagia.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Muzik dan runut bunyiSunting

  • "Ingatkan Dia" - Wings
  • "Bisa Yang Tertunda" - Wings
  • "Hidup Dalam Mati" - Syamel
  • "Tak Bisa Memilihmu" - 6ixth Sense
  • "Terus Mencintaimu" - Wanns Ahmad
  • "Seperti Novel Cinta" - Shiha Zikir

SambutanSunting

Episod akhir Lambaian Ramadan telah mencecah lebih daripada 4.0 juta penonton atau 45% syer penonton (Total 4+) sepanjang siaran dari jam 10.00 – 11.00 malam menurut Nielsen Audience Measurement.[2] Drama ini juga mendapat sambutan hangat di Twitter sewaktu bersiaran dan berjaya membolosi takhta trending nombor satu di Malaysia dengan kata kunci #LambaianRamadan. Di Tonton, ia telah meraih lebih daripada 70,000 tontonan sepanjang tempoh siaran.[2]

PenarafanSunting

PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
EPISOD PERTAMA EPISOD AKHIR PURATA ATAS TALIAN SUMBER
N/A 4.0 juta
45%
700,000
[2]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Habis segulung tisu, ini 5 drama Ramadan sedih yang betul-betul buat anda menangis Media Hiburan (29 Mei 2018). Dicapai pada 29 Mei 2018.
  2. ^ a b c Budiey (4 Julai 2016). Apa Yang Buatkan Episod Akhir LAMBAIAN RAMADAN Menusuk Jiwa Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Disember 2018.
: Samarinda, Isnin - Rabu 10:00 Malam
Sebelumnya Lambaian Ramadan Berikutnya
Demi Cinta Ain Patahnya Sebelah Sayap