Reen Rahim

Pelakon wanita Malaysia

Noreen Ashikin binti Abdul Rahim (lahir 3 November 1988)[a] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mempunyai diploma di dalam bidang Dandanan Rambut. Kerjayanya berkembang selepas ia menjuarai pentas Pilih Kasih musim ketiga.[1]

Reen Rahim
Kelahiran
Noreen Ashikin binti Abdul Rahim

(1988-11-03) 3 November 1988 (umur 31)
PekerjaanPelakon, model, pendandan rambut
Tahun aktif2012–kini
TelevisyenPilih Kasih (musim 3)

Kehidupan awalSunting

Reen dilahirkan pada 3 November 1988 di Klang, Selangor. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

KerjayaSunting

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Reen Rahim memulakan kerjaya awalnya sebagai pendandan rambut.

Pada awal 2012, beliau menjuarai rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim ketiga terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).[2] Lakonan TV pertamanya ialah menerusi watak Elia dalam drama Aku Tak Percaya Cinta yang disiarkan di TV3. Reen memegang watak Amy, rakan karib Tasha lakonan Puteri Sarah Liyana dalam Evolusi KL Drift: The Series di TV2.

Kerjaya filem beliau termasuk peranan dalam filem aksi komedi, Gangster Celop arahan Ahmad Idham lakonan Syamsul Yusof dan Kamal Adli, Mawar Putih arahan Rosnani Jamil dan Soulmate Hingga Jannah arahan A. Razak Mohaideen. Reen memegang watak tajuk dalam drama Sahara yang disiarkan di Astro Prima, pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu.

Peranannya di dalam telefilem termasuk Talak, Romantika Bulan Madu, Aku Bukan Hijabista, Calon Suami dan Kaki Kipas.

Reen dilaporkan akan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi, biarpun beliau lebih dikenali sebagai pelakon.[3] Beliau bergandingan di samping aktres Nabila Huda menerusi filem Rempit Sampai Langit yang ditayangkan pada 23 November 2017.[4]

Beliau digandingkan bersama Pekin Ibrahim dalam telefilem Perahu Kecil yang bersiaran di TV1 pada 29 September 2018.[5]

Kehidupan peribadiSunting

Sekitar 2016, Reen sebelum ini pernah menjain hubungan dengan pelakon Mustaqim Bahadon ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri HidayahMu Ramadan.[6] Pada pertengahan 2018, beliau dilaporkan menjalin hubungan cinta jarak jauh dengan seorang pemuda yang menetap di Scotland, dan sudah berkenalan selama setahun.[7]

Reen memberikan respons mengenai penampilan seksinya ketika bercuti di pulau peranginan, dalam satu temuramah bersama Harian Metro: "Saya sedia terima teguran dan kritikan daripada warganet kerana tidak boleh halang mereka untuk berbuat demikian."[8] Beliau sebelum ini dikatakan bercuti di Pulau Langkawi tampil berani memuat naik beberapa gambar solonya dalam percutian itu yang terlalu seksi. Reen memutuskan untuk menutup ruangan komen di Instagram (IG) kerana "malas nak layan komen yang tidak sepatutnya".[9]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2013 Gangster Celop[10] Rabiahtun Ahmad Idham Filem pertama
2015 Mirip Jokin
2016 Mawar Putih Tengku Zarina Rosnani Jamil
2017 Soulmate Hingga Jannah Qalisya A Razak Mohaideen
Balun Mona Bob Singah
Rempit Sampai Langit Inspektor Murni Silver Chung
2019 KL Vampires Reem Najwa Devan R.
2020 Syif Malam Raya Mera A Razak Mohaideen
Town Mall Akma Eizlan Yusof
TBA Omerta Aeril Zafrel Pos-produksi

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Aku Tak Percaya Cinta Elia TV1
Runtun Qalbu Amy TV3
Evolusi KL Drift: The Series Amy TV2
2013 Sahara Sahara Astro Prima
Jodoh Katya Astro Ria
Kampung Girl TV3
Cinta Jannah Balqis
AKU Nini
Kiambang Amira TV2
2014 Lara Ameena
Menantu Sepuluh Ribu Umairah TV3
Tanah Kubur (Musim 9) Aida Astro Oasis Episod: "Semabuk Arak"
Kifarah 2 Maya TV3 Episod: "Durian Oh Durian"
Buih-Buih Kasi Fazrin
2015 Terlanjur Mencintaimu Tengku Hanis Zulaikha TV1
Masihkah Ada Kasih
Babyana Lily TV2
HidayahMu Ramadan Amira TV3
Zara Zara
2016 Jom Kahwin Fatiha
Lambaian Ramadan Warda
Imam Muda Dari Cairo Puteri Aishah
Sayangku Kapten Mukhriz Siti Awina TV3
Pergilah Air Mata Maria TV1
Tika Langit Terbuka Astro Oasis
Abang Sado Boleh Beres Linda TV3
Puteri Idaman
Diari Cinta Kita Lisa TV9
2017 Jangan Ikut Aku Cikgu Aleeya TV3
Tauke Jamu Gia Avira
Mr. Delicious Fina
Waris Kampung Semarah Padi Melati TV1
2018 Geng Tadarus Arlene TV2
Suriram Suri Astro Prima
Selamat Malam Tan Sri Hanim Hanani TV2
Mencari Qiblat Dila TV3
Raisha 2 Mira
Pujaan Hati Kanda Suria
Doa Ku Mohon
2019 Wanita Yang Dikasihi
Lelakimu Yang Dulu Faiqa TV3
Kereta Sewa
JKK (Musim 5) Episod : "Penapis Air"
Terlanjur Mencintaimu 2 Tengku Hanis TV1
2020 Manuskrip Cinta Fauziah 'Gee' Ismani TV Okey

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Air Yassin Cikgu Mastura
Istidraj
2015 Talak Rina TV3
Romantika Bulan Madu
Gebu-Gebu Manis Amira
Pengantin Gila TV3
Wira Insan
Aku Bukan Hijabista
Calon Isteri Odah
Pinangan Ke-20
2016 Cintaku Terkail Wani TV9
Kaki Kipas TV9
Dengan Beetle Kami Beraya Shura TV1
Jaga Depa Sat Mya TV3
Bella TV3
2017 Wanita Luar Biasa TV9
Obses Irezah HyppTV
Jalan Sehala Ally TV1
2018 Perahu Kecil Syikin
Hujan Manik
Haluan Erin TV2
2019 Geng Van Jenazah TV3
Pujaan Hati Kanda Raya Suria
5 Hari Kita Bertemu Raisyah TV2
2020 Arus Merah Marina Astro First Eksklusif
Jam Tangan Paksu TV1
Kembar Kasih Maira TV2
Tebus Sofia
Reda Ku TV Okey
Pesanan Nadia Nadia TV1

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2012 Pilih Kasih (Musim 3) Dirinya sendiri/peserta RTM

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2012 Pilih Kasih N/A Juara
2013 Anugerah Skrin 2015 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Talak) Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2019 Anugerah Telenovela Pelakon Wanita Popular Tercalon

CatatanSunting

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pelakon Hindia Timur Belanda, Elly Yunara yang 65 tahun lebih tua daripadanya.

RujukanSunting

  1. ^ Tuah Reen Rahim Malaysian Access (22 November 2015). Dicapai pada 23 April 2016.
  2. ^ Farabi Sheikh Said Al-Jabri (23 April 2012). Reen Rahim juara Pilih Kasih musim ketiga Utusan Malaysia. Diperoleh pada 23 April 2014.
  3. ^ Muhammad Azrul Mohd Radi (16 Ogos 2017). Reen Rahim bakal jadi penyanyi Utusan Malaysia. Diperoleh pada 23 April 2018.
  4. ^ Wawann Mohd (22 November 2017). Impian Reen Rahim tercapai Utusan Malaysia. Diperoleh pada 11 Mei 2018.
  5. ^ Siaran media Perahu Kecil Radio Televisyen Malaysia (24 September 2018). Dicapai pada 29 September 2018. "Pengorbanan Seorang Suami Dalam Telemovie “Perahu Kecil” Lakonan Pekin Ibrahim dan Reen Rahim Di TV1".
  6. ^ Syanty Octavia Amry (20 Oktober 2016). "Dengan Reen? Saya ok saja". Harian Metro. Dicapai pada 14 April 2018.
  7. ^ Syarrizuan Abdul Rashid (21 Julai 2018). "Doakan kami - Reen Rahim". Berita Harian. Dicapai pada 29 September 2018.
  8. ^ Ramlah Zainal (12 Jun 2019). "Doakanlah yang baik untuk saya - Reen Rahim". Harian Metro. Dicapai pada 15 Jun 2019.
  9. ^ Norhayati Nordin (18 Februari 2019). "Reen tutup komen di Instagram". Harian Metro. Dicapai pada 15 Jun 2019.
  10. ^ Reen Rahim Enggan Dekati Lelaki Kaya mStar Online (27 September 2012). Dicapai pada 23 April 2014.

Pautan luarSunting