Kampung Girl ialah novel 2012 oleh penulis novel Malaysia, Umi Kalsom. Novel ini diterbitkan pada Januari 2012 oleh Karya Seni. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2013.[1]

Kampung Girl
Umum
PengarangUmi Kalsom
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik, komedi
Penerbitan
PenerbitKarya Seni
Tarikh penerbitan
Januari 2012
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman547
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670246130

Sinopsis

sunting

Perkahwinan diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Keluaran dan legasi

sunting

Kampung Girl dikeluarkan pada 2012 oleh Karya Seni. Pada tahun 2013, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Zehra bermula 12 Julai 2013 di TV3, dibintangi oleh Akim Ahmad dan Nad Zainal.[2][3]

Rujukan

sunting
  1. ^ Kampung Girl by Umi Kalsom Goodreads. Dicapai pada 2 Mac 2014.
  2. ^ 'Kampung Girl' Gandingkan Nad Zainal & Akim Ahmad mStar Online (14 Julai 2013). Dicapai pada 15 Julai 2013.
  3. ^ Budiey (9 Julai 2013). Sinopsis Kampung Girl Lakonan Akim Ahmad & Nad Zainal Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Julai 2013.