Daerah Langkawi

pulau di Malaysia
(Dilencongkan dari Langkawi)

Langkawi merupakan daerah kepulauan dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau ini diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi merupakan suatu gugusan pulau yang terdiri daripada 99 buah pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Daerah Langkawi
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiلڠكاوي
Lokasi Langkawi di Kedah
Lokasi Langkawi di Kedah
Daerah Langkawi is located in Bumi
Daerah Langkawi
Daerah Langkawi (Bumi)
Koordinat: 6°21′N 99°48′E / 6.350°N 99.800°E / 6.350; 99.800Koordinat: 6°21′N 99°48′E / 6.350°N 99.800°E / 6.350; 99.800
Negara Malaysia
Negeri Kedah
PusatBandar Kuah
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Langkawi Bandar Pelancongan
Kerajaan
 • Pegawai daerahAbdul Gafar Yahya
Keluasan
 • Jumlah320 km2 (120 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[2]
 • Jumlah85,588
 • Kepadatan270/km2 (690/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diperhatikan)
Poskod
07xxx
Kod panggilan+6-09
Plat pendaftaran kenderaanKV

Asal-usul nama sunting

Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. [3]

Kawi juga beerti tulisan Kawi, Kawi merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau batu kapur batu merah yang digunakan sebagai kapur untuk menandakan barang. Lambakan Batu Kawi juga terdapat banyak di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi

"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.

Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

Sejarah sunting

  • Kurun ke-15, nama Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang dipercayai digunakan oleh Laksamana Cheng Ho ketika melawat Melaka pada tahun 1405.
  • Kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu. Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura.
  • 1621, Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis, menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada sulah. Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya".
  • Pulau Langkawi menjadi milik Great Britain melalui Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo-Siam 1909. Ralph Spencer Paget, Duta Britain di Siam memainkan peranan penting dalam menyelamat pulau ini daripada terus ditakluk Siam. Semasa proses rundingan antara Britian dengan Siam, beliau telah memaklumkan kepada Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam, yang mana pihak Britain tetap mahukan Pulau Langkawi menjadi milik Britian. Hasilnya pada 10 Mac 1909 Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani memberi hak pulau ini kepada Britain. Dalam Lampiran 1 Protokol Sempadan Yang Dilampirkan Pada Perjanjian Bertarikh 10 Hari Bulan Mac 1909 menyatakan tentang kedudukan langkawi adalah seperti berikut:

"Pulau yang dikenali sebagai Pulau Langkawi bersama dengan pulau-pulau kecil ke selatan selat tengah di antara Pulau Tarutao dengan Langkawi dan kesemua pulau ke selatan Langkawi akan menjadi kepunyaan Great Britain. Pulau Terutau dan pulau-pulau kecil ke utara selat tengah akan kekal menjadi kepunyaan Siam"

 
Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad di Langkawi (Disember 1997)

Mitos dan legenda sunting

Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos, dan legenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah:

Geografi sunting

 
Peta Langkawi

Langkawi, sebuah gugusan 99 pulau yang dipisahkan dari tanah besar Malaysia oleh Selat Melaka, adalah sebuah daerah negeri Kedah di Malaysia Utara dan terletak kira-kira 51 km barat Kedah. Jumlah keluasan di pulau-pulau ini adalah 47.848 hektar. Pulau utama terletak kira-kira 25 km dari utara ke selatan dan sedikit lagi untuk timur dan barat. Kawasan pesisiran pantai terdiri daripada dataran aluvial yang rata dengan batu kapur. Dua pertiga pulau itu didominasi oleh pergunungan, bukit dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.[6]

Pembentukan geologi tertua di pulau, Formasi Machinchang, adalah bahagian pertama Asia Tenggara yang bangkit dari dasar laut di zaman Kambrium lebih dari setengah bilion tahun yang lalu. Bahagian tertua pembentukan dapat dilihat di Teluk Datai ke barat laut pulau, di mana tumpahan terdedah terdiri daripada batu pasir (kuarsazit) di bahagian atas dan serpihan dan batu lapis di bahagian bawah urutan. Malah, pendedahan terbaik dari batu-batu Kemboja (541 hingga 485 Ma) di Malaysia adalah Pembentukan Machinchang - yang terdiri daripada pembentukan batu-batu kuarza di Langkawi; korelatif lain yang diketahui, Pembentukan Jerai, tanaman dekat pantai barat Kedah di tanah besar (semenanjung).[7] Secara geologi, semua batu-batu ini terletak di dalam Belt Barat Semenanjung Malaysia, yang dianggap sebagai sebahagian daripada wilayah Sibumasu.

Politik sunting

Merujuk kepada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14)

Dewan Rakyat

Parlimen Nama Kerusi Ahli Parlimen Parti
P004 Langkawi Tun Dr. Mahathir bin Mohamad PEJUANG

Dewan Undangan Negeri

DUN Kedudukan Nama Ahli Negeri Parti
N01 Ayer Hangat Juhari Bulat Perikatan Nasional (PPBM)
N02 Kuah Mohd Firdaus Ahmad Perikatan Nasional (PPBM)

Iklim sunting

Langkawi menerima taburan hujan tahunan lebih daripada 2,400 mm (94 in) setahun. Langkawi mempunyai musim kering nyata bermula dari bulan Disember hingga ke Februari manakala musim tengkujuh pula pada bulan Mac sehingga November. Bulan Ogos dikira sebagai bulan paling basah / lembab di Langkawi berikutan penerimaan hujan yang melebihi 500 mm (20 in) secara purata normal.

Data iklim untuk penerimaan hujan Langkawi tahun 2012 (Purata hujan turun: 2009-2011)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata kerpasan, mm (inci) 37
(1.5)
152.2
(5.99)
160.8
(6.33)
228.6
(9.00)
193.6
(7.62)
50.8
(2.00)
317.6
(12.50)
286.4
(11.28)
301.8
(11.88)
260.6
(10.26)
272.8
(10.74)
2,262.2
(89.06)
Purata curahan hujan, mm (inci) 12.9
(0.51)
5.7
(0.22)
265.7
(10.46)
173.2
(6.82)
207.2
(8.16)
240.3
(9.46)
216.3
(8.52)
572.5
(22.54)
273.6
(10.77)
242.9
(9.56)
227.3
(8.95)
61.7
(2.43)
2,499.3
(98.40)
Sumber: http://www.met.gov.my/index.php?option=com_weathertimeseries&purpose=rainfall&Itemid=589 http://infobanjir.water.gov.my/
Data iklim untuk penerimaan hujan Langkawi tahun 2011
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata kerpasan, mm (inci) 4.8
(0.19)
4.8
(0.19)
428.6
(16.87)
113
(4.4)
168.8
(6.65)
233
(9.2)
140.2
(5.52)
691
(27.2)
421.4
(16.59)
224.8
(8.85)
89.6
(3.53)
45.4
(1.79)
2,565.4
(101.00)
Sumber: http://www.met.gov.my/index.php?option=com_weathertimeseries&purpose=rainfall&Itemid=589 http://infobanjir.water.gov.my/

Kawasan sunting

 
Mukim di Langkawi
 
Panorama Pulau Langkawi.
 
Jambatan gantung di atas kanopi hutan hujan.

Mukim sunting

Mempunyai 6 mukim iaitu

  1. Ayer Hangat
  2. Bohor
  3. Kedawang
  4. Ulu Melaka
  5. Padang Mat Sirat
  6. Kuah

Bandar dan pekan sunting

  1. Bandar Kuah
  2. Bandar Padang Mat Sirat
  3. Bandar Padang Lalang
  4. Pekan Telok Datai

Pulau sunting

Antara pulau yang terletak dalam gugusan Langkawi;

Pengangkutan sunting

Dari jeti Kuah, terdapat kemudahan feri berkelajuan tinggi yang menghubungkan Satun dan Ko Lipe di selatan Thailand, Pulau Payar, Pulau Pinang, Kuala Kedah, dan Kuala Perlis di tanah besar Semenanjung Malaysia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi merupakan salah-satu antara tujuh lapangan terbang di Malaysia, menghubungkan Langkawi dengan Kuala Lumpur, Singapura, Pulau Pinang dan Subang.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ primuscoreadmin (13 November 2015). "Background". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-17. Dicapai pada 2018-12-25.
  2. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-20. Dicapai pada 2013-12-04.
  4. ^ http://www.langkawi-info.com/info/culture.htm
  5. ^ "Tun Dr. Mahathir Mohamad". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-29. Dicapai pada 2012-11-29.
  6. ^ "Geography". Langkawi Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2015.
  7. ^ C.P. Lee / Palaeoworld 15 (2006) 242–255, https://doi.org/10.1016/j.palwor.2006.10.007

Pautan luar sunting