Mohd Firdaus Ahmad

YB Tuan Mohd Firdaus Ahmad adalah EXCO Kerajaan Negeri bagi portfolio Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kedah[1] yang telah dilantik pada tahun 2018. Beliau juga merupakan ADUN Kuah setelah memenanginya pada Pilihan raya umum Malaysia 2018[2] lalu. Beliau yang ketika itu berusia 32 tahun telah menewaskan penyandang kerusi tersebut Norsaidi Nanyan yang mewakili parti Barisan Nasional (BN).

Yang Berhormat Tuan

Mohd Firdaus Ahmad

SSS (Kedah)
Pengerusi
Jawatankuasa Pelancongan,
Seni dan Budaya, Belia dan Sukan,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
19 Mei 2020 – 28 Jun 2023
Menteri BesarMuhammad Sanusi Md Nor
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Kuah
Dalam jawatan
5 Julai 2018 – 28 Jun 2023
Didahului olehNor Saidi Nanyan
Digantikan olehAhmad Pered Mahmud
Pengerusi
Jawatankuasa Penerangan,
Komunikasi dan Multimedia,
Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO)
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
22 Mei 2018 – 16 Mei 2020
Menteri BesarMukhriz Mahathir
Butiran peribadi
Lahir (1986-06-17) 17 Jun 1986 (umur 37)
Parti politik BERSATU
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan (2018-2020)
Perikatan Nasional (2020-kini)
Anak-anak2

Beliau menjadi EXCO termuda dalam sejarah Kerajaan Negeri Kedah dan juga Menjadi YB termuda dalam sejarah politik di Langkawi. Nama beliau disebut antara YB yang paling menyerlah kerana mempunyai pengalaman sewaktu bersama parti UMNO dan juga merupakan anak didik Norsaidi Nanyan satu ketika dahulu. Beliau turut mendapat pendedahan melalui program Parlimen Belia dan turut manjadi Ahli Parlimen Belia mewakili negeri Kedah. Antara yang menaikan nama beliau adalah kepetahan dalam ucapan beliau semasa sesi sidang DUN Kedah dan juga beliau dapat menarik perhatian masyarakat semasa dalam ucapan awam. Beliau menjadi salah seorang YB pilihan dimasa akan datang untuk menjawat jawatan Tertinggi dalam kerajaan Negeri sekiranya beliau mampu mengekalkan cara beliau sekarang ini.

Politik sunting

Beliau yang juga Ketua ARMADA (Pemuda) parti Bersatu bahagian Langkawi merangkap Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) di mana menjadi calon muka baharu yang bertanding untuk kerusi DUN Kuah, Kedah. Beliau telah menang dalam pertandingan 4 penjuru menentang penyandang, Nor Saidi Nanyan (BN) dan Mazlan Ahmad (PAS) dan Mohamad Ratu Mansor (BEBAS) pada PRU 14 lalu.[3]

Penghargaan sunting

  •   Kedah :
    • Setia Sultan Sallehuddin Kedah (SSS) (2022)[4]

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Mukhriz umum rombakan portfolio Exco Kedah
  2. ^ Calon DUN Kuah, Kedah
  3. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14: Kedah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-28. Dicapai pada 2019-08-28.
  4. ^ Raja Muda Kedah ketuai senarai penerima darjah kebesaran Kedah