Buka menu utama
Mukim Kedawang
مقيم بڬان
Coat of arms of Kedah.jpg
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Kedah
DaerahLangkawi
KeluasanN/A

Mukim Kedawang ialah mukim kelima terbesar daripada enam mukim yang terdapat dalam daerah Langkawi, Kedah, Malaysia dengan keluasan 50.97 km persegi. Lokasi kedudukan mukim ini terletak di barat daya Pulau Langkawi.

Pentadbiran & PendudukSunting

Terletak di dalam Dewan Undangan Kuah Dan Parlimen Langkawi. Bentuk muka buminya kelilingi oleh tanah pamah ,bukit bukau dan pantai. Jumlah penduduknya adalah lebih kurang 11,692 orang dengan pecahan bagi lelaki seramai 5,979 orang dan perempuan seramai 5,713 orang. Majoriti penduduknya adalah dari etnik melayu yang beragama Islam dan terdapat sebahagian kecil penduduk dari etnik Cina, Siam, Eropah, India dan lain-lain. Pentadbiran mukim kedawang di ketuai oleh Penghulu dengan di bantu oleh Jawatankuasa dan Kemajuan Kampung.

PelanconganSunting

Mukim Kedawang mempunyai daya tarikan pelancongan yang tersendiri antaranya keindahan sawah padi dengan dihiasi jajaran gunung saujana mata memandang dan keindahan pantaianya seperti Pantai Cenang dan Pantai Tengah. Pantai Cenang adalah salah satu pantai yang sudah terkenal ke peringkat antarabangsa dan kerap kali menjadi lokasi penganjuran berbagai program antaranya Pesta Air Nasional, Bola Sepak Pantai Terbuka Kebangsaan dan lain-lain lagi. Di Pantai Cenang juga terdapat deretan hotel, resort dan kedai-kedai yang menjadi sumber rezeki kepada penduduk sekitar mukim ini.

Secara ringkas, kawasan tarikan pelancongan di sini ialah Persisiran Teluk Baru, Pantai Tengah, Pantai Cenang, Underwater World, Laman Padi dan Morac International Go-Kart.

RujukanSunting