Jiwa Taiko merupakan sebuah filem aksi romantik Malaysia yang ditayangkan pada 14 Jun 2012 di Malaysia. Dibintangi Remy Ishak, Bront Palarae, Nadiya Nisaa dan Diana Danielle. Ini merupakan filem aksi kedua arahan Osman Ali selepas Anak Halal pada tahun 2007.

Jiwa Taiko
PengarahOsman Ali
PenulisOsman Ali
Lakon layarOsman Ali
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
  • Nuansa Sdn Bhd
  • Ismail Holding Sdn Bhd
Diedarkan olehMetrowealth Pictures
Tarikh tayangan
  • 14 Jun 2012 (2012-06-14) (Malaysia)
Masa tayangan
92 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis

sunting

Filem Jiwa Taiko mengisahkan perjalanan kehidupan empat anak muda iaitu Firman (Remy Ishak), Trisya (Diana Danielle), Freez (Fizz Fairuz) dan Lara (Nadiya Nisaa) yang dipertemukan di sebuah kelab milik Kak Pora (Mislina Mustaffa).

Masing-masing punya cerita tersendiri seperti Firman yang cuba membina kehidupan baru selepas keluar daripada penjara, manakala Trisya mahu dicintai, Freez pula hanya memikirkan kegembiraan dan Lara, jiwa bebasnya ingin terus berdikari.

Segala rasa dikongsi dengan Kak Pora yang begitu memahami naluri anak muda, malah di kelab Wira Cinta itu juga mereka mempelajari teknik persilatan dan di situlah mereka menyelami erti persahabatan serta kasih sejati.

Namun kehadiran Pinto, watak dibawakan Bront Palarae yang menjadi teman baik masa silam Firman hampir menggugat segala keterangan apabila lelaki itu memberi kata dua sama ada dia kembali ke dunia hitam atau menjadi musuh Pinto selamanya.

Pelakon

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting