iamNEETA
iamNEETA merupakan sebuah kumpulan muzik pop rock alternatif yang ditubuhkan pada tahun 2011. Mereka merupakan kumpulan muzik pertama yang popular di laman YouTube dan berjaya menarik minat NAR Records untuk melamar mereka sebagai artis naungan di bawah syarikat ini. Kumpulan yang berasal dari Kedah, Malaysia ini dianggotai oleh Neeta Manis (Vokal), Patrick Anohada (Gitar) dan Anas Zakwan (Bass). Mereka membuat penampilan sulung dalam industri muzik Malaysia dengan mempertaruhkun single berjudul Tuhan Tolong Aku.[1]
iamNEETA | |
---|---|
Berasal dari | Kedah, Malaysia |
Genre | rock alternatif, pop rock |
Tahun aktif | 2011–kini |
Syarikat rakaman | NAR Records |
Pengkarya berkait | Najwa Latif |
Ahli | Anas Zakwan Neeta Manis Patrick Anohada |
Ahli kumpulan Sunting
Neeta Manishaa Manogaran (Neeta) - Vokalis Sunting
Dilahirkan pada [2]
16 November 1994 di Sungai Petani, Kedah. Neeta merupakan gadis kacukan Cina, India (Bapa) dan Thailand (Ibu) yang membolehkan dia bertutur dalam 5 bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, Hokkien dan Thailand).Pada tahun 2019, Neeta telah terpilih sebagai salah seorang peserta program realiti terbitan Astro, Big Stage untuk musim kedua dan berjaya diangkat sebagai naib juara bagi program terebut selain merupakan satu-satunya peserta yang berjaya memenangi plak penghargaan Vivo BBNU of The Week sebanyak 3 kali.[3]
Patrick Lofamia Anohada (Patrick) - Gitaris Sunting
Dilahirkan pada 17 Mei di Hospital Queen Elizebeth, Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik. Kedua ibubapanya berasal dari Filipina membolehkan dia memahami dan bertutur dalam 4 jenis bahasa dari negara tersebut.[4]
Selain menjadi gitaris bagi kumpulan IamNeeta, Patrick juga merupakan seorang penulis lirik, komposer dan jurutera bunyi di NAR Records. Kejayaan terbesar Patrick sebagai penulis lirik adalah apabila lagu ciptaannya, Bayang, nyanyian Khai Bahar berjaya melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-32.[5]
Anas Zakwan Azhar (Anas) - Bassis Sunting
Dilahirkan pada Kejuruteraan Kimia dan sedang melajutkan pelajaran di Russia dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.[6]
14 Oktober 1993 , Anas merupakan pelajar lulusan UniKL dalam jurusanDiskografi Sunting
Tahun | Tajuk | Durasi | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Tuhan Tolong Aku | 3:53 | |
Terima Kasih | 3:38 | ||
2013 | Kau Pergi Jua | 3:26 | duet bersama Najwa Latif |
2014 | Jatuh Cinta | 4:16 | |
2015 | Marry Me | 3:27 | |
Satu Dunia | 3:51 | ||
2016 | Sakit | 3:27 | |
2017 | Sepuluh Jari | 3:13 | lagu raya |
Ibu | 3:58 | ||
2019 | iLusi | 3:40 | |
2021 | Lampu Hijau | 3:37 | |
2022 | Depresi | 4:25 |