Irfan Haris

Penyanyi lelaki Malaysia

Irfan Haris Othman (lahir 29 November 2001) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau juga ialah salah seorang peserta rancangan TV realiti Astro iaitu Big Stage 2019 di mana beliau ialah pemenang tempat keempat dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi.[1] Irfan juga merupakan adik kepada penyanyi Amira Othman.[2][3]

Irfan Haris
Nama lahirIrfan Haris bin Othman
Kelahiran (2001-11-29) 29 November 2001 (umur 22)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2016–kini
Syarikat rakaman
Seventeen Eleven Music (sehingga 2020)
Rocketfuel Entertainment (2020-20??)
EMI Music Malaysia
Pengkarya berkait
Amira Othman

Kerjaya sunting

Pada tahun 2011, Irfan Haris memulakan kerjaya hiburannya dengan menyertai rancangan realiti Idola Kecil di TV9 dan juga Ceria Popstar terbitan Astro sendiri.[4]

Big Stage (musim 2) sunting

Beliau juga merupakan salah seorang peserta Big Stage 2 pada tahun 2019 dimana beliau berjaya ke peringkat akhir dan sekaligus menduduki tempat keempat dalam pertandingan tersebut.

Persembahan dan keputusan
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Sendiri & Cover "Redha" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Hype Beat "Uptown Funk" Mark Ronson & Bruno Mars TERSELAMAT
Minggu 3 Glocal Hits "Dia" Anji TERSELAMAT
Minggu 4 Duominasi "Lagu Jiwa Lagu Cinta" (duet bersama Usop) Mawi & Dato' M. Nasir TERSELAMAT
Minggu 5 Cannot Brain "Kalau Aku Kaya" Awi Rafael & Altimet TERSELAMAT
Minggu 6 (Suku Akhir) Pilihan Juri "Hanya Rindu" Andmesh Kamaleng TERSELAMAT
"Mahakarya Cinta" (battle dengan Adzrin) Faizal Tahir
Minggu 7 (Separuh Akhir) Road To Final "Bukan Diriku" Samsons TERSELAMAT
"Keliru"

(duet bersama Amira Othman)

Ajai & Nurul
Minggu 8 (Akhir) Cover Final & Lagu Baharu "Honey" (Lagu baru) Dirinya sendiri TEMPAT KEEMPAT
"Mengapa Perpisahan yang Kau Pinta" Flybaits

Diskografi sunting

Single sunting

Tahun Tajuk lagu Komposer Penulis lirik Catatan
2016 Redha Ippo Hafiz OST Suri Hati Mr. Pilot
2017 Pesan Haqiem Rusli Haqiem Rusli, Ippo Hafiz & Dirinya sendiri OST Ku Kirim Cinta
2019 Sambil (feat. Amira Othman) Haiqal Iskandar & Dirinya sendiri Ubaidillah OST Jodoh-Jodoh Annisa
Honey Haiqal Iskandar, Dirinya sendiri & Ubaidillah
2020 Sehati Malaysia (feat. Rocketfuel All-Stars) Syamel OST Malaysia vs. COVID-19: #KitaJagaKita
Patung Haiqal Iskandar & Dirinya sendiri Ubaidillah
2022 Nervous

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2016 Ceria Popstar (musim 4) Peserta Astro Ceria
2019 Big Stage (musim ke-2) Peserta Astro Ria
2024 The Masked Singer Malaysia (musim 4) Peserta sebagai Cili Padi Hijau Astro Warna bersama Amira Othman (Cili Padi Merah)

Rujukan sunting

  1. ^ Khadijah Ibrahim (1 Oktober 2019). Irfan Haris reda, Tam Spider kedekut markah Bebas News. Dicapai pada 29 November 2019.
  2. ^ Irfan Haris tetap bertanding biarpun sakit Berita Harian. 21 Ogos 2019. Dicapai pada 29 November 2019.
  3. ^ Jemang Rahman (31 Mei 2017). Irfan Haris rupanya tak popular mStar Online. Dicapai pada 29 November 2017.
  4. ^ Khadijah Ibrahim (24 Oktober 2020). Irfan Haris bukan patung, tonjol bakat menulis Bebas News. Dicapai pada 13 Disember 2020.

Pautan luar sunting