Mahakarya Cinta ialah tajuk lagu yang digubah oleh Audi Mok dan dikarang oleh Mohd Shariza Shamsiri untuk dendangan Faizal Tahir pada malam Grand Finale musim pertama rancangan realiti One in a Million. Sungguhpun tidak memenangi pertandingan tersebut, Faizal terus menempa nama dengan lagu ini menerajui carta-carta radio. Lagu bergenre balada-rock ini disertakan dalam album kompilasi One in a Million Top 3 dan satu lagi versi baru lagu ini yang diiringi muzik orkestra dimasukkan dalam album sulung Faizal, iaitu Aku.Muzik.Kamu.