Aku.Muzik.Kamu (album)
Aku.Muzik.Kamu merupakan album sulung Faizal Tahir. Album ini keluar di pasaran sejak 22 November 2007, dengan menampilkan 13 runut lagu gubahan sendiri beliau bersama Audi Mok, Kuncidemak, Omar K, Aubrey Suwito, Tessh RS, dan Ahmad Izham Omar, termasuk versi orkestra Mahakarya Cinta, dan single asli pertama dari album ini, Batu & Golek (iaitu terjemahan bagi ungkapan "Rock n' Roll"). Album Aku.Muzik.Kamu diterbit oleh Monkey Bone Records yang diketuai Ahmad Izham Omar, juga ketua operasi 8TV.
Aku.Muzik.Kamu | ||||
---|---|---|---|---|
![]() | ||||
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 22 November 2007 | |||
Dirakamkan pada | 2006 - 2007 | |||
Genre | Balada, Rock, pop rock | |||
Bahasa | bahasa Melayu Malaysia | |||
Syarikat | Monkey Bone Records/EMI | |||
Penerbit | Faizal Tahir, Audi Mok, Kuncidemak, Omar K, Aubrey Suwito, Tessh RS, Ahmad Izham Omar | |||
Kronologi Faizal Tahir | ||||
| ||||
Single dari album Aku.Muzik.Kamu | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Selepas empat bulan di pasaran, Aku.Muzik.Kamu dilaporkan mencecah jualan 10,000 ribu unit, meskipun reputasi Faizal tercalar kerana melanggar peraturan adab televisyen dengan membuka baju apabila membuat persembahan bersiaran langsung di konsert ulang tahun 8TV Januari lalu yang menyebabkan beliau dilarang muncul di kaca TV selama tiga bulan.
Senarai Runut Sunting
# | Judul Lagu | Komposer | Masa |
---|---|---|---|
1 | "Invitation (Intro)" | Audi Mok, Faizal Tahir | 0:38 |
2 | "Batu & Golek" | Audi Mok, Faizal Tahir | 3:27 |
3 | "Kerna Kamu" | Audi Mok, Faizal Tahir | 3:40 |
4 | "Aku Punya Kamu" | Audi Mok | 4:31 |
5 | "Sempurna" | Omar K | 3:59 |
6 | "Cuba" | Audi Mok, Faizal Tahir | 4:13 |
7 | "Sampai Syurga" | Audi Mok, Faizal Tahir, Ahmad Izham Omar | 3:59 |
8 | "La Da Di Dum" | Audi Mok, Faizal Tahir | 3:40 |
9 | "Mungkin Ku Tak Bisa" | Kuncidemak | 3:48 |
10 | "Mestikah Ada Yang Lain" | Kuncidemak | 4:16 |
11 | "Mahakarya Cinta (Versi Orkestra)" | Audi Mok | 3:14 |
12 | "Sampai Syurga (Akustik)" | Audi Mok | 3:56 |
13 | "Gemuruh" | Aubrey Suwito | 2:54 |
Anugerah Sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya Tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2007 | Anugerah Juara Lagu | Balada | Mahakarya Cinta | Tercalon |
Anugerah Era | Lagu Rock Pilihan | Mahakarya Cinta | Menang | |
2008 | Anugerah Industri Muzik | Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Lelaki) | Menang | |
Rakaman Album Terbaik | Tercalon | |||
Album Rock Terbaik | Menang | |||
Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu (Bukan Bahasa Malaysia) | La Da Di Dum | Tercalon | ||
Lagu Terbaik | Mahakarya Cinta | Tercalon | ||
Album Terbaik | Menang | |||
Anugerah Juara Lagu | Balada | Cuba | Tercalon | |
Sampai Syurga | Menang | |||
Persembahan Terbaik | Menang | |||
Vokal Terbaik | Menang | |||
Anugerah Planet Muzik | Artis Baru Lelaki Terbaik | Menang | ||
2009 | Anugerah Industri Muzik | Video Muzik Terbaik | Sampai Syurga | Tercalon |
Rujukan Sunting
Pautan luar Sunting
- Beli dan muat turun lagu-lagu album Aku.Muzik.Kamu di guamuzik.com.my Diarkibkan 2010-03-28 di Wayback Machine (Sesuai untuk pelayar IE sahaja)