Datuk Ahmad Izham Omar (lahir 15 Disember 1969) ialah seorang usahawan dan pemuzik Malaysia. Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios dan Alt Media.[1] Kini, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Penjelajah Komet Productions.


Ahmad Izham Omar

DPSM (Melaka)
Kelahiran (1969-12-15) 15 Disember 1969 (umur 54)
Pusat pendidikanKolej Muzik Berklee
Universiti Suffolk
PekerjaanPemuzik, penerbit rakaman
IbuJaybah Ibrahim
BapaOmar Othman
SaudaraAireen Omar (kakak)

Kerjaya sunting

Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Metropolitan TV Sdn Bhd (8TV)[1], Ketua Radio Rangkaian Radio Media Prima dan Pengarah syarikat rakaman muzik Monkey Bone Records.[2] Pada mulanya, beliau menjadi pengasas dan juga Pengarah Pengurusan syarikat rakaman Positive Tone sejak 1994 hingga penutupannya pada 2002, di samping juga menjadi Pengarah A&R EMI Malaysia pada tahun 2001–2003.

Ahmad Izham memegang ijazah Sarjana Muda Muzik, Penerbitan dan Kejuruteraan Muzik dari Kolej Muzik Berklee pada tahun 1991, dan Sarjana Pentadbiran Perniagaaan dari Universiti Suffolk pada tahun 1994.[2] Sewaktu menerajui Positive Tone, beliau dapat menemui dan menyerlahkan bakat-bakat baru dalam industri muzik rakaman tanahair, seperti OAG, Poetic Ammo, Innuendo dan Too Phat. Beliau menyertai 8TV sebagai Ketua Pegawai Operasi sewaktu stesen ini dibuka pada awal tahun 2004, dan beliau menjadi penerbit di sebalik rancangan-rancangan hebat seperti Malaysian Idol, One in a Million dan Project Superstar yang berjaya mencungkil bakat-bakat nyanyian baru seperti Jaclyn Victor dan Faizal Tahir.

Beliau juga bertindak sebagai Pengarah Urusan Primeworks Studios selama 9 tahun sebelum meninggalkannya[3][4] untuk menyertai Disney+ Asia Tenggara pada November 2020 sebagai Ketua Eksekutif Kandungan sehingga 2023.[5]

Kehidupan peribadi sunting

Ahmad Izham merupakan anak kepada pasangan Omar Othman dan Jaybah Ibrahim. Beliau ialah adik kepada Pengarah Urusan AirAsia, Aireen Omar.[6]

Filmografi sunting

Filem sunting

Semua filem berikut bertindak sebagai penerbit eksekutif kecuali dinyatakan.

Tahun Filem Catatan
2014 Mamak Cupcake Penulis cerita
2017 J Revolusi
2018 Pulang Juga sebagai penulis lakon layar, penulis cerita, komposer tema (The Goodbye Theme)
2019 Sangkar
Ejen Ali: The Movie
2021 J2: J Retribusi

Siri televisyen dan drama sunting

Semua siri bertindak sebagai penerbit eksekutif kecuali dinyatakan

Tahun Siri Catatan
2016-2018 Ejen Ali
2019-2020 Alif & Sofia Musim 1 dan 2 bersama Airin Zainul
2023 Special Force: Anarchy

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ahmad Izham Omar becomes Executive Director of 8tv[pautan mati kekal], Voize.my, 28 Februari 2010. Diambil 15 Februari 2011.
  2. ^ a b Ahmad Izham Omar di Linkedin[pautan mati kekal]. Diambil 15 Februari 2011.
  3. ^ HM, Bisnes (2020-10-30). "Khairul Anwar ganti Izham Omar ketuai Primeworks Studios". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-28.
  4. ^ "Media Prima says Primeworks Studios CEO leaving to pursue new challenges". The Edge Malaysia. Dicapai pada 2024-02-28.
  5. ^ "Disney+ hires Media Prima's Ahmad Izham Omar as creative chief". Marketing-Interactive (dalam bahasa Inggeris). 2020-11-17. Dicapai pada 2024-02-28.
  6. ^ Mana saya mau letak ni! The Nut Graph (9 Julai 2009). Diperoleh pada 12 Disember 2010.

Pautan luar sunting