Anugerah Industri Muzik ke-16
Anugerah Industri Muzik ke-16 diadakan pada 2 Mei 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra, dengan menampilkan perubahan yang ketara dari pelbagai aspek, berbanding edisi tahun 2008 yang turut menyaksikan perubahan besar untuk memastikan kerelevannya dalam industri muzik Malaysia. Upacara penganugerahannya turut disiarkan secara langsung di saluran ntv7.
Anugerah Industri Muzik ke-16 | ||||
---|---|---|---|---|
Jenis | Upacara anugerah | |||
Tarikh | 2 Mei 2009 | |||
Lokasi | Pusat Dagangan Dunia Putra | |||
Negara | Malaysia | |||
Liputan televisyen/radio | ||||
Rangkaian | ntv7 | |||
Kronologi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Am
suntingAIM 16 ini menerima pencalonan album yang terendah dalam sejarah penganugerahan iaitu cuma 55 penyertaan. Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia, Datuk Aziz Bakar dalam ucapannya menjelaskan, kemerosotan jumlah pencalonan album dipertandingkan ada kaitan dengan keadaan pasaran yang semakin mengecil sekarang, kerana keadaan pasaran yang lebih menjurus kepada penghasilan dan penjualan single menerusi muat turun di telefon bimbit di samping stesen radio swasta mengamalkan sistem format.[1]
Perubahan
suntingPada 10 Disember 2008[2], pihak penganjur yang diwakili Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Sandy Monteiro, dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran AIM ke-16, Freddie Fernandez, mengadakan sidang akhbar tidak rasmi untuk menerangkan perubahan-perubahan terhadap majlis penganugerahan ini dari segi kategori dan stail/genre, syarat kelulusan serta kriteria penilaian.[3] Kata Monteiro, "Kami inginkan orang di dalam industri muzik ini lebih terlibat dalam AIM. Kita hendak buka peluang dan bukannya sempitkan peluang mereka untuk berasa diiktiraf. Namun begitu, kita masih mengekalkan hala tuju AIM untuk mengalu-alukan para karyawan yang memberi sumbangan dan menaikkan nama industri."[2] Tambahnya pula, "Dua hingga tiga tahun kebelakangan ini adalah masa yang paling ketara berlakunya perubahan daripada segi jualan kaset dan cakera padat (CD). Perubahan dalam AIM16 merupakan langkah tambahan untuk mengemas kini industri muzik tempatan. Pada tahun-tahun akan datang kita akan buat lagi perubahan supaya semua yang terlibat dalam industri ada peluang untuk ambil bahagian dalam AIM. Jangan kerana peraturan dan undang-undang yang diperkenalkan sebelum ini, ada lagu-lagu yang berkualiti tidak mempunyai peluang untuk dipertandingkan."
Kategori baru
suntingTerutama sekali, AIM dan RIM menekankan fokus pada mutu muzik ke atas lagu, dengan memperkenalkan tujuh kategori baru yang mengangkat lagu semata-mata, memandangkan jualan album semakin merudum sementara media muat turun digital semakin penting kepada industri. Penyertaan calon berdasarkan lagu single digalakkan, dengan bayaran sebanyak RM50 setiap lagu yang didaftarkan – dengan syarat artis itu telah berdaftar sebagai ahli RIM, dengan bayaran minima sebanyak RM250. Penilaian dan pengadilan calon berdasarkan single tidak lagi bergantung kepada jualan dalam dalam bentuk CD semata-mata, malah jualan digital juga diambil kira.[3]
Monteiro menyentuh penerimaan jualan muat turun digital di kalangan peminat muzik dengan kata-kata berikut, "Kita telah lihat bagaimana lagu-lagu artis tempatan begitu cepat diterima disebabkan digital biarpun ketika itu album mereka masih belum siap. Malah, ada juga lagu-lagu yang dijual dalam bentuk digital mencecah ke angka ratusan ribu salinan seperti kumpulan Hujan, Misha Omar dan Aizat Amdan."[4]
Kategori-kategori berkenaan ialah:
- Lagu Pop Etnik Terbaik
- Lagu Nasyid Terbaik
- Lagu Rock Terbaik
- Lagu Pop Terbaik
- Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
- Lagu Cina Tempatan Terbaik
- Lagu India Tempatan Terbaik
Perubahan kategori
suntingTiada pencalonan untuk kategori Lagu Terbaik kerana pemenang akan ditentukan di kalangan pemenang kategori lagu mengikut genre masing-masing seperti yang dilakukan untuk kategori Album Terbaik.
Ketiga-tiga Kategori Vokal Terbaik (Lelaki, Wanita, Berkumpulan) juga diubah dasar penilaian dari album penuh ke lagu. Maka itu, sesiapa sahaja yang merakam walaupun satu lagu boleh meraih anugerah yang sama dipertaruhkan kepada pemuzik “serius” serta artis beralbum.[3]
Kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu yang sebelum ini terbahagi kepada dua iaitu lagu Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Malaysia digabungkan menjadi satu, iaitu satu kategori Susunan Muzik Terbaik tanpa mengira bahasa.
Kategori Artis Harapan Terbaik digugurkan. Sebelum ini, kategori ini diwujudkan untuk artis yang belum beralbum tetapi sekarang dengan adanya lebih penekanan terhadap lagu ataupun single, maka panel AIM/RIM berpendapat bahawa frasa 'Harapan' ini tidak lagi relevan.[3]
Pencalonan
suntingSenarai pencalonan akhir tahun ini mengusulkan bahawa tahun ini banyak band indie yang berjaya menempatkan diri dalam pencalonan ‘Top 5′ AIM 16, di’mana senario ini menunjuk’kan trend masyarakat Malaysia masa kini lebih menjurus kepada lagu-lagu berentak indie.
Sebagai contohnya, kumpulan Estranged mendapat 8 pencalonan bagi 6 kategori. Menerusi album Remain Unknownâ, Estranged tercalon bagi kategori Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Album Inggeris Tempatan Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu. Hanya Misha Omar sebagai artis pop mainstream yang mengungguli dengan 7 kategori menerusi album solo ketiganya berjudul Misha Omar termasuk 3 lagunya dicalonkan dalam kategori lagi terbaik mengikut genre. Pun begitu sedikit kontroversi apabila Misha tidak dicalonkan untuk kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di dalam Lagu biarpun dikatakan memberi persembahan vokal yang hebat dalam album tersebut.
Kumpulan Hujan dan Meet Uncle Hussain pula di’calonkan sebagai Artis Baru Terbaik. Butterfingers yang muncul dengan album terbaru tahun lagu berjaya menempat’kan diri dalam kategori Video Muzik Terbaik, (Mati Hidup Kembali, 1000 Tahun (Mahu Hidup), dan Album Rock Terbaik yang juga di’sertai oleh The Times dan Hujan. Masing-masing mempertaruh’kan album Kembali, Modern Minimals Glamour dan Hujan.
Perubahan kriteria
suntingDefinisi "album" sekarang dikurangkan daripada minimum lapan ke lima buah lagu. Biarpun tidak mempunyai album, seseorang artis masih boleh mencalonkan lima single terbaik nyanyian mereka sebagai sebuah album. Menurut Fernandez, artis-artis yang ingin mencalonkan penyertaan lima lagu single mereka kepada sebuah album boleh berbuat demikian dengan mencalonkan sebagai satu ikatan album.[4]
Acara
sunting8.30 - 9.00: Live from the Blue Carpet diacarakan oleh Nazrudin Rahman, Sazzy Falak dan Awal Ashaari.
9.00: Majlis bermula
- M. Nasir - "Langgam Pak Dogo"
- Afdlin Shauki, Adibah Noor dan Bob Lokman mengajuk lagu "Time to Say Goodbye" (nyanyian asal Andrea Bocelli)
(rehat)
- Noraniza Idris dan Yasin menyampaikan:
- Album Pop Etnik Terbaik
- Album Nasyid Terbaik
- Misha Omar - "Cinta Adam dan Hawa"
- Sazzy Falak dan Aizat menyampaikan:
- Album Hip-Hop Terbaik
(rehat)
- Faizal Tahir dan Rossa - "Terlanjur Cinta" dan "Cuba"
- Dafi, Fazley Yaakob, dan Shal Sagan menyampaikan:
- Lagu Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara
- Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di dalam Lagu
(rehat)
- Man Jiang Hong - "Man Jiang Hong"
Chakrasonic - "Hey Ma (U-Huh)"
Goldkartz - "Naal Nachna" - Jaclyn Victor dan Noryn Aziz menyampaikan
- Album Bahasa Cina Tempatan Terbaik
- Album Bahasa India Tempatan Terbaik
(rehat)
- Penyampaian Anugerah Wirama kepada Habsah Hassan oleh Pengerusi RIM Sandy Monteiro
- Alyah, Ayu Damit, Dina Nadzir, Nikki Palikat dan Shila Amzah - "Terasing"
- Ajai dan Marsha Londoh menyampaikan
- Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Wanita)
(rehat)
- Syafinaz Selamat dan Shah Indrawan Ismail menyampaikan:
- Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Lelaki)
- Joe Flizzow dan Phlowtron - "Bergerak", menampilkan pasukan PLKN
- Damien Mikhail dan Hunny Madu menyampaikan
- Album Bahasa Inggeris Tempatan Terbaik
- Artis Baru Terbaik
(rehat)
- Camelia dan Rahim Maarof menyampaikan
- Album Rock Terbaik
- Album Pop Terbaik
- Segmen "Dalam Kenangan": Dato' Sheila Majid - "Lagenda"
(rehat)
- Atilia dan Salamiah Hassan menyampaikan
- Lagu Terbaik
- Album Terbaik
- Hujan dan Meet Uncle Hussain - "Pari-pari di Bawah Angin", "Aku Skandal", "Lagu Untukmu", "Empayarmu"
11.25: Majlis berakhir
Calon dan pemenang
suntingPada 26 Mac 2009, senarai pencalonan AIM16 muktamad diumumkan di sebuah sidang media di Hotel Concorde, Kuala Lumpur[5], iaitu seperti berikut, dan para pemenang diumumkan pada majlis rasmi yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC pada 2 Mei 2009 (sebahagian kategori diumumkan pada 1 Mei 2009).
(Senarai pemenang ditebalkan)
- Artis Baru Terbaik
- Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
- Aizat – Lagu Kita
- Bob AF2 – Cinta Terhalang
- Reshmonu – Doa Untuk Dia
- Reshmonu – Sayu
- Rithan (Deja Voodoo Spells) – Rock ‘N’ Roll
- Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
- Ayu Damit – Hanya Di Mercu
- Dina Nadzir – Sejauh Ini
- Shila Amzah – Memori Tercipta
- Dato’ Siti Nurhaliza – Di Kayangan Kita
- Dato’ Siti Nurhaliza – Di Taman Teman
- Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
- Ajai & Marsha – Sayang
- All One – Bilal bin Rabah
- Pop Shuvit – Marabahaya (International Version)
- Rabbani – Bila Nur Melimpah Di Hati
- Raihan – Assubhu Bada
- Kulit Album Terbaik - Pereka
- Florence Lee – Hawa – Nikki
- Nadia Jasmin – President – Joe Flizzow
- Nicholas Chong – Transit – Altered Frequency
- Nizam Rahmat – Satu – Ferhad
- Vignes Balasingam – Remain Unknown – Estranged
- Rakaman Album Terbaik - Jururakam
- JD Wong – Remain Unknown – Estranged
- Nick Lee, Greg Henderson & CL Toh – Finally / Akhirnya – Suki
- Paul Morisson – Satu – Ferhad
- Puja, Edry, Bajai & Yudi – Adam 3 – Adam
- Reshmonu, Murali, Will Quinell & CL Toh – Harapan – Reshmonu
- Video Muzik Terbaik – Pengarah
- Douglas Lim – Hanya Di Mercu – Ayu
- Douglas Lim – Sampai Syurga – Faizal Tahir
- Kerol – Mati Hidup Kembali – Butterfingers
- Kerol – 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Butterfingers
- Reshmonu – Oh Anok Anok – Reshmonu
- Album Pop Etnik Terbaik - Artis/Penerbit
- Khazanah Pujangga – Syura
- Lentera Timur – Siti Nurhaliza
- Selagi Ada Rindu – Pak Long (Shafie Ahmad)
- Zapin Suri – Haziq
- Lagu Pop Etnik Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
- Di Kayangan Kita – Johari Teh – Keon - Dato’ Siti Nurhaliza
- Di Taman Teman – Fauzi Marzuki – Hairul Anuar Harun – Dato’ Siti Nurhaliza
- Dirgahayu – Radeen Sri – Hairul Anuar Harun – Ramlah Ram
- Nafas Cahaya – M. Nasir – Loloq – Misha Omar
- Zapin Suri – Pak Ngah – Siso Kopratasa – Haziq
- Album Nasyid Terbaik – Artis/Penerbit
- Allah Habeebi – Mawi
- Istimewa Tiada Dua – Nice
- Nasyid Nostalgia Memori The Zikir – Nazrey Johari
- Nostalgia Nadamurni – Rabbani
- Setia – Wildan
- Lagu Nasyid Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
- Allah Habeebi – Farihin – Yasin – Mawi
- Bila Nur Melimpah Di Hati – Asri Ibrahim – Ito Lara – Rabbani
- Kemuliaan Al-Quran – Amin InTeam – Amin InTeam – InTeam
- Serulah Namanya – M. Nasir – AD Samad – Mawi
- Teman Hakiki – Ku Sham – Dr. Mohd Asri – Mawi
- Album Rock Terbaik – Artis/Produser
- Bongkar – Kristal – Kristal & Bong
- Hujan – Hujan – Noh Hujan
- Keamanan – Nrocinu – Mus May
- Kembali – Butterfingers – Butterfingers/Faizal Shahrin
- Modern Minimals Glamour – The Times – Gizmo Records
- Lagu Rock Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
- 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Loque – Loque – Butterfingers
- Aurora – Estranged – Estranged – Estranged
- Bila Aku Sudah Tiada – Noh Hujan – Noh Hujan – Hujan
- Dugaannya – Noh Hujan – Noh Hujan – Hujan
- Yang Pernah – Estranged – Estranged – Estranged
- Album Pop Terbaik – Artis / Produser
- Alyah – Alyah
- Arus Qudus – Yassin
- Harapan – Reshmonu
- Misha Omar – Misha Omar
- Percubaan Pertama – Aizat
- Lagu Pop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
- Cinta Adam dan Hawa – Azmeer – Loloq – Misha Omar
- Dingin – Azlan Abu Hassan – Azalea – Ziana Zain
- Ketentuan – Azlan Abu Hassan – AD Samad – Ramlah Ram
- Lagu Kita – Aizat Amdan – Aizat Amdan – Aizat
- Sampai Disini – Ajai – Slen – Misha Omar
- Album Hip Hop Terbaik - Artis / Penerbit
(hanya 1 pencalonan untuk kategori ini)
- Lagu Hip Hop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
- Bergerak – Johan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri – Johan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri - Joe Flizzow feat Joeniar Arief
- Isabella – Johan Ishak, Iman Ishak & Search - Johan Ishak, Iman Ishak & Search – Joe Flizzow feat Hady Mirza
- Mengapa Harus Bercinta? – Johan Ishak, Terrytyelee & Hady Mirza - Johan Ishak, Terrytyelee & Hady Mirza – Joe Flizzow
- Mantera Beradu – Malique, D’Navigator & M. Nasir – Malique & M. Nasir – Malique feat M. Nasir
- OK – DJ Fuzz, Malique & Cat Farish – Malique & Cat Farish – Malique feat Fabulous Cats
- Album Inggeris Tempatan Terbaik – Artis / Produser
- Dark Sun Big Rain – Karen Nunis Blackstone
- President – Joe Flizzow
- Remain Unknown – Estranged
- Take Five with Juita Suwito at Avanti – Juita Suwito
- Tapestry of Life – Shal Sagan
- Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
- All Around My World – Johan Ishak & Ceza Mutyara - Johan Ishak & Ceza Mutyara – Joe Flizzow
- Dances of The Spirit – Estranged – Estranged – Estranged
- In No Time – Estranged – Estranged & Chow Ken Chung – Estranged
- KL Streets – Malique & D’Navigator – Malique – Malique feat Lah Ahmad
- Marabahaya (International Version) – Pop Shuvit & Dandee – Samsol Nahar, Dandee, Moots, Daly, Thaitanium & Jamir Garcia – Pop Shuvit
- Album Cina Tempatan Terbaik – Artis / Produser
- Homely Life – Rynn Lim – Ryan Lim
- Man Jiang Hong – Man Jiang Hong – Alex San
- Meet to Listen – Cheng Lee – Cheng Lee
- The Real Hou Ren – Hou Ren – Lee Nai Kong
- Will Be Good – Will Ng – Cheng Lee, Will Ng & David Koon
- Lagu Cina Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
- He, She & Me – Cheng Lee – Cheng Lee – Cheng Lee
- Man Jiang Hong – Alex San – Ah Guan – Man Jiang Hong
- Missy Missy – Will Ng – Will Ng – Will Ng
- Prisoner – Will Ng – Will Ng – Will Ng
- Zhong Du – Alex San – Yap Kah Heng – Man Jiang Hong
- Album India Tempatan Terbaik – Artis / Produser
- Agarem – Agarem
- Ethirrpaarkiren – Anbarasan & Anuratha
- Veera Puranam – Chakra Sonic
- Lagu India Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
- Enna Venum – Coco Nantha – Coco Nantha – Agarem
- Ethirrpaarkiren – Anbarasan – Divya Saraswathy – Anbarasan & Anuratha
- Sottu Sotta Remix – Sundrra – Coco Nantha – Agarem
- Sudum Mannil – Sundrra – Coco Nantha – No Entry
- Tu Khendi She – Goldkartz – Arvinder Raina – Goldkartz feat Arvin
- Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara
- Aku Dan Dirimu – Ari Lasso & Bunga Citra Lestari
- Ayat-Ayat Cinta – Rossa
- Bila Rasaku Ini Rasamu – Kerispatih
- Matahariku – Agnes Monica
- Menjaga Hati – Yovie & Nuno
- Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Penggubah
- Audi Mok – Pada Cintanya – Dato’ Siti Nurhaliza
- Azlan Abu Hassan – Tiada Maaf – Danell Lee
- Estranged – Aurora – Estranged
- Fauzi Marzuki – Di Taman Teman – Dato’ Siti Nurhaliza
- Sham Kamikaze – Bukan Mimpi – Farhan
- Lagu Terbaik - Komposer / Penulis Lirik
- Nafas Cahaya - M. Nasir- Loloq - Misha Omar
- Bila Nur Melimpah Di Hati - Asri Ibrahim - Ito Lara - Rabbani
- Bila Aku Sudah Tiada - Noh Hujan - Noh Hujan - Hujan
- Cinta Adam dan Hawa - Azmeer - Loloq - Misha Omar
- Mantera Beradu - Malique, D’Navigator & M. Nasir – Malique & M. Nasir – Malique feat M. Nasir
- Album Terbaik - Artis / Penerbit
- Misha Omar - Misha Omar
- Nostalgia Nadamurni - Rabbani
- OK - Malique
- Lentera Timur - Dato' Siti Nurhaliza
- Hujan - Hujan
- Anugerah Wirama
- Pn. Habsah Hassan
Rujukan
sunting- ^ Rudy Imran Shamsudin (2009-03-11). "Pencalonan terendah". Harian Metro. Dicapai pada 2009-03-27.
- ^ a b Siti Azira Abd. Aziz (2008-12-11). "Sandy: "Jangan tamak untuk calonkan semua lagu dalam AIM"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-11. Dicapai pada 2008-12-20. Unknown parameter
|publihser=
ignored (|publisher=
suggested) (bantuan) - ^ a b c d Izuan Shah (2008-12-18). "AIM tak kolot lagi". gua.com.my. Dicapai pada 2008-12-20.
- ^ a b Norliza Mohamad Zakaria (2008-12-17). "AIM16 bawa perubahan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2008-12-20.
- ^ Budiey Isma (2009-03-27). "Senarai Finalis Anugerah Industri Muzik ke 16". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2009-03-27.